Tok Selehor

 

Tok Selehor adalah seorang ulama yang telah memasyhurkan nama sebuah kampung pedalaman di Jajahan Tumpat, kerana ilmu pengetahuan yang disebarkan olehnya kepada para pelajar yang membina pondok-pondok di Kampung Selehor. Mereka datang dari Patani, Kemboja, Palembang, Jawa, Siak dan seluruh Malaysia.
NAMA penuhnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman bin Senik. Dilahirkan di Kampung Lubuk Jong, di pinggir Sungai Selehor oleh ibunya, Mek Wi binti Muhammad Amin pada tahun 1871. Beliau diasuh dan dibesarkan di kampung itu dengan air Sungai Selehor yang tenang.
Pada zaman itu di Kelantan, pengajian al-Quran dipandang suatu perkara yang amat mustahak, di mana muda-mudi yang tidak menghabiskan al-Quran 30 juzuk itu dipandang dengan suatu pandangan kehinaan dan sukar mendapat pasangan. Bagi Tok Selehor, beliau beruntung besar kerana bapanya seorang guru al-Quran yang menyebabkan beliau dapat menghabiskan pengajian al-Quran dengan bapanya sendiri.
Haji Uthman bin Senik mempunyai cita-cita supaya anaknya menjadi seorang ulama, kerana pada pandangannya anak yang salih itu akan dapat memberikan faedah besar kepadanya, sama ada ketika hidup apatah lagi setelah meninggal dunia. Oleh kerana hasrat itulah beliau telah menghantar anaknya belajar di Sungai Pinang kepada Tuan Guru Haji Abdul Malek. Di sini, beliau hanya sekadar mempelajari pelajaran bahasa Arab sahaja, menyebabkan beliau terpaksa menyambung pelajarannya ke Patani.
Oleh kerana Patani ketika itu menjadi pusat pancaran Islam menyebabkan beliau ikut terpikat ke sana walaupun terpaksa menempuh beberapa kesukaran. Di Patani beliau belajar dengan Tuan Guru Haji Abdul Rashid, di Kuala Bekah. Tetapi oleh kerana Haji Abdul Rashid ditangkap oleh kerajaan Thailand disebabkan dikhuatiri pengaruhnya yang besar itu akan menimbulkan masalah politik di Selatan Thailand. Beliau menyambungkan pelajarannya pula dengan Tuan Guru Haji Abdullah Bendang Jong. Tok Selehor belajar di Patani kira-kira tujuh tahun. Demikian dinyatakan oleh Tuan Guru Haji Che Mamat bin Sharif, dari Kampung Kok Keli, Tumpat yang menjadi murid Tok Selehor selama lapan belas tahun.
Semasa belajar di Patani, beliau pernah berulang-alik ke Kelantan dengan berjalan kaki. Beliau tidak takut kepada musuh-musuh dan penyamun-penyamun yang berada di Bukit Tanjung atau sebagainya kerana beliau pandai bersilat dan pandai bermain senjata keris.Minatnya kepada seni silat menjalar kepada seni sastera sehingga Tok Selehor cenderung membaca buku-buku sastera lama berbentuk syair seperti Hikayat Siti Zubaidah, Dandan Setia dan sebagainya. Beliau pandai pula membaca dengan lagu-lagunya yang indah, tambahan pula suaranya sangat merdu menarik minat umum kepadanya. Beliau bukan sahaja pandai membaca syair, malah pandai pula mengarangnya. Pada waktu itu tidak ada orang yang pandai mengarang syair yang dapat menandinginya...

Sumber dari Cahaya Muhammad


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan