RAHASIA HAJI*
Hakikat Menunaikan Haji...
1) MENUJU KE BAITULLAH.
2) MENUJU KE ARAFAH.
Setelah Titik adalah Fana.
3) MENUJU KE MUDZALIFAH.
Mengutip Tujuh Biji Batu iaitu Hakikatnya adalah Mengenal Diri yang Tujuh Sifatnya Milik Allah SWT. Iaitu :
(Sifat Ma'ani)
- Kudrat.
- Iradat.
- Ilmu.
- Hayat.
- Sama'
- Bashar.
- Kalam.
4) MENUJU KE MINA.
Melontar Jamrah Aqabah bagi mengembalikan Tujuh Sifat yang "DIAMANAHKAN" oleh Allah SWT keatas Insan. Iaitu :
- Laa Haiyun.
- Laa Qadiirun.
- Laa Muriidun.
- Laa Samii’un.
- Laa Basiirun.
- Laa Aalimun.
- Laa Mutakallimun.
5) BERADA DI MINA PADA TIGA HARI TASYRIK DENGAN MELONTAR TIGA JAMRAH DAN MENYELESAIKAN LONTARAN SEBANYAK TUJUH PULUH BIJI BATU.
Mengapakah Tiga Hari ?
Kerana Tiga Hari itu pada Hakikatnya adalah Menyingkap ke Tiga Alam. Iaitu :
- Alam Nasut.
- Alam Malakut.
- Alam Jabarut.
Manakala Tujuh Puluh Biji Batu itupula laksananya Tujuh Puluh Ribu Hijab diantara Insan dan Allah SWT. Iaitu :
- Ahadiyah.
- Wahdah.
- Wahidiyah.
6) TAWAF HAJI.
Iaitu kembali ke Titik
setelah Menanggalkan Tujuh Sifat ataupun 'KEAKUAN MANUSIA'.
Kini manusia itu pada Hakikatnya Tiada !
Ianya telah kembali ke Martabat INSAN KAMIL MUKAMIL.
Maka "Kemana pun kamu Mengadap, maka Disitulah Wajah Allah SWT..."
7) SA'IE.
Iaitu Berjalan dengan Ulang-Alik sebanyak Tujuh Kali diantara Safa dan Marwah.
Pada Hakikatnya adalah MIKRAJ ke Tujuh Langit bagi Menemui Allah SWT.
Tahallul, iaitu Bebas daripada Wujud.
Lalu Insan Mengenal Dirinya Yang Haqiqi.
"LAMAUJUDA BI HAQQI ILLALLAH..."
- Wa Dzohiri.
- Wa Bathinu.
- Wa Awwalu.
- Wa Akhiru.
WUQUF.
Huuuuuuu... !
Kugulung Alam ini didalam RAHASIA NAFASKU.
NAFASKU HALAL di Dunia sampailah di Akhirat...
* HAKIKAT HAJI.
Makna Menunaikan HAJ-I daripada Perspektif Kerohanian...
Perkatakan "HAJ" itu adalah perkatakan Arab yang bermaksudnya "PERGI".
Huruf "I" itupula adalah Metafora ataupun Simbolik yang merujuk kepada "AKU YANG SATU".
Maka, pada Hakikatnya HAJ-I itu daripada Perspektif Kerohanian adalah bermaksudnya :
"PERGI KEPADA AKU YANG SATU (AHAD)..."
Didalam Syariat Islam, HAJ itu bermaksudnya PERGI ke BAITULLAH di Mekkah bagi Menunaikan salah satu daripada Rukun Islam.
Perkataan BAITULLAH ataupun BAYIT-AL-LAH itu adalah merujuk kepada :
BAYIT : RUMAH.
AL-LAH : HAKIKAT PENCIPTA, ALLAH SWT.
Perlu di ingatkan bahawa, perkataan Arab itu Berakar Umbi daripada perkataan Hebrew.
Makanya, perkataan BAYIT didalam Hebrew dan AL-BAIT didalam Arab pula adalah membawa maksud yang sama.
Iaitu : "RUMAH".
Apakah Allah SWT memiliki Rumah ?
Perkataan BAITULLAH ataupun RUMAH ALLAH itu bukanlah bermaksudnya Allah SWT adanya rumah.
RUMAH ALLAH yang dimaksudkan itu adalah sekadar Metafora atau Kiasan ataupun Simbolik semata-mata.
Allah SWT adalah yang MAHA SUCI daripada segala sesuatu.
Allah SWT adalah yang MAHA BESAR dan MAHA SEMPURNA yang tidak sesekali memerlukan segala ssesuatu.
Termasuklah tidak sesekali memerlukan rumah sebagaimananya manusia yang memerlukan rumah sebagai tempat tinggalnya.
Golongan Syariat telah Berkias bahawa BAITULLAH itu berada di Mekkah.
Manakala bagi golongan Ma'rifat pula telah Berkias bahawa BAITULLAH itu berada di QALBU MUKMININ (Didalam Hati orang-orang Mukmin).
Pada Hakikatnya, Allah SWT tidaklah sesekali berumah di Mekkah dan Allah SWT juga bukanlah bertempat didalam Hati orang-orang Mukmin semata-mata.
Itu hanyalah sekadar perkataan Kiasan ataupun Simbolik semata-mata.
Sangatlah Mustahil sekiranya Allah SWT masih lagi memerlukan rumah di Mekkah, sepertimananya manusia yang memerlukan rumah.
Dan sangatlah Mustahil juga bahawa Allah SWT hanya berada di 'Dada Para Mukmin' (Yang Benar) sahaja dan tiada pula di 'Dada yang bukan Mukmin' (Yang Batil).
Sedangkan Allah SWT adalah yang MAHA ADIL, yang MAHA PENGASIH, yang MAHA PENYAYANG dan yang MAHA PENGAMPUN.
DIA yang Menciptakan Makhluk-NYA yang terdiri daripada orang-orang Beragama Islam dan juga orang-orang yang bukan Beragama Islam.
Allah SWT jugalah yang Menciptakan orang-orang Kafir iaitu orang-orang yang Tidak Mempercayai-NYA (Kafirun), orang-orang yang Musyrik (Yang Mempersekutukan-NYA), orang-orang yang Fasik (Buruk Kelakuannya) dan orang-orang yang Munafiq (Hipokrit).
Allah SWT pada Hakikatnya adalah OMNIPRESENT (MAHA MELIPUTI) ataupun MAHA WUJUD.
Allah SWT adalah MAHA WUJUD pada sekalian yang Ada dan juga pada sekalian yang Tiada.
Allah SWT adalah MAHA WUJUD pada Insan-Insan Yang Benar (Al-Mukminun) dan juga pada orang-orang yang Batil (Al-Kafirun).
Allah SWT adalah MAHA WUJUD didalam Islam dan juga diluar Islam.
Allah SWT adalah MAHA WUJUD pada Insan-Insan yang Mempercayai-NYA dan MAHA WUJUD juga pada orang-orang yang tidak Mempercayai-NYA.
WUJUD Allah SWT adalah yang MAHA MELIPUTI pada setiap Ruang Yang Bertempat dan pada setiap Ruang Yang Tidak Bertempat.
DIA yang MAHA WUJUD pada setiap Ruang Waktu dan setiap Ruang yang Tidak Berwaktu.
Itu tandanya Allah SWT adalah MAHA SEMPURNA yang tidak sesekali memerlukan rumah sebagaimananya manusia yang sangat-sangatlah memerlukan rumah.
Termasuklah tidak sesekali memerlukan rumah di Mekkah dan tidaklah juga sesekali memerlukan rumah didalam Hati orang-orang Mukmin.
Itu tandanya Allah SWT adalah yang MAHA MELIPUTI atau AL-QUDRAT (MAHA BERKUASA lagi MAHA HEBAT), yang sesekali tidak pernah memerlukan segala apa-apapun. Melainkan segala-galanya pula yang Memerlukan-NYA.
Itu tandanya Allah SWT adalah yang MAHA MELIPUTI ataupun AL-ILMUN (MAHA MENGETAHUI lagi MAHA BIJAKSANA).
Yang Pengetahuan-NYA MAHA MELIPUTI pada Umat Islam, pada orang yang bukan Islam, pada orang-orang Mukmin dan juga pada orang-orang Musyrikin.
{ Sumber dari Syeh Haqtullah }
0 comments:
Catat Ulasan