RAHASIA HAJI*

 


RAHASIA HAJI*
(Bahagian : 2)
Pada Hakikatnya, menunaikan HAJ-I ke BAITULLAH itu bermaksudnya :
"PERGI KEPADA AKU YANG SATU (AHAD), YANG BERUMAH DIDALAM SETIAP DIRI INSAN YANG SEDAR..."
Perkataan ini juga adalah sebagai Metafora ataupun Kiasan semata-mata.
Namun, jikalau engkau Benar-Benar SEDAR, maka engkaulah Hakikat Mukminun itu !
Nota : Mukminun itu adalah Insan-Insan yang apabila disebutkan sahaja akan Nama Allah SWT, maka Gementarlah Hatinya dan apabila dibacakan pula Kalam-Kalam Allah SWT (Ayat Al-Qur'an). Maka akan membuatkan ia semakin bertambah Keimanannya.
Namun, jikalau engkau LALAI, maka engkau itu di ibaratkannya seperti Keldai yang hanya sekadar mengangkut Kitab-Kitab dan membawanya kehulu ke hilir tanpa sedikitpun Memahamainya.
Ketahuilah bahawa, didalam MASJIDIL HARAM itu adanya BAITULLAH yang disebutkannya KA'ABAH.
Ada ramainya orang-orang yang sedang Beribadah dan Bertawaf Mengelilingi Ka'abah demi MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Apakah itu MASJIDIL HARAM ?
Apakah itu KA'ABAH ?
Siapakah orang-orang yang BERIBADAH dan BERTAWAF itu ?
Dan siapakah ALLAH SWT ?
Adakah MASJIDIL HARAM itu lain daripada ALLAH SWT ?
Adakah KA'ABAH itu lain daripada ALLAH SWT ?
Adakah orang-orang yang BERIBADAH dan BERTAWAF itu lain daripada ALLAH SWT ?
Maka setiap Insan-Insan yang BERIMAN itu adanya MAQAM dan JALANNYA masing-masing.
a) Ada orang-orang yang Menempuh Jalannya dengan :
"LA ILAHA ILLALLAH..."
(Tidak ada tuhan yang kusembah melainkan ALLAH SWT).
b) Ada orang-orang yang Menempuh Jalannya dengan :
"LA ILAHA ILLA HUWA..."
(Tidak ada tuhan selain DIA).
c) Ada orang-orang yang Menempuh Jalannya dengan :
"LA ILAHA ILLA ANTA..."
(Tidak ada tuhan selain ENGKAU).
d) Ada orang-orang yang Menempuh Jalannya dengan :
"LA ILAHA ILLA ANA'..."
(Tidak ada tuhan selain AKU).
Namun, bagi AHLI SUFI SYUHUDIYAH pula tiadanya Jarak dan Jalan. Iaitu :
“Tidak adanya apa-apapun disetiap penjuru alam semesta raya ini, mahupun didalam ataupun diluar alam semesta raya ini kecuali hanyalah DIA (ALLAH SWT) semata-mata..."
Tidak ada TUHAN,
Tidak ada AKU,
Tidak ada DIA,
Kecuali hanyalah ALLAH SWT semata-mata...
Tiada yang ada selain daripada DIA !
Maka, kesemua pada Hakikatnya itu hanyalah DIA semata-mata yang MAHA ESA dan yang MAHA MELIPUTI akan Hal Keadaan DZAT-NYA.
Disetiap Penjuru Masjidil Haram itu adanya empat Pintu yang utama, manakala satu lagi adalah Pintu didalam Masjidil Haram. Iaitu di Ka'abah.
Pernah juga ditanyakan oleh para pengunjung, mengapakah Ka'abah mempunyai Pintu dan mengapakah Pintunya itu pula senantiasa sahaja tertutup ?
Sedangkan Pintu-Pintu yang utama Masjidil Haram pula tidak pernah ditutup sepanjang masa kerana didalam Masjidil Haram itu adanya KIBLAT, iaitu Ka'abah.
Bagi sesetengah orang-orang yang masih awam pemikirannya pula telah menyangkakan bahawa Ka'abah itu adalah tempat kediamannya bagi Allah SWT (Beranggapan Allah SWT tinggal didalam Ka'abah).
Maka tanggapan mereka ini telahpun ditertawakan oleh golongan yang Berilmu. Kerana orang yang Berilmu berkata :
Manakah mungkin Allah SWT Bertempat ?!
Padahal Allah SWT tidak sesekali Tertakluk oleh Ruang dan Waktu.
Pada Hakikatnya, Ka'abah itu hanyalah sebagai Simbol bagi Arah Kiblat semata-mata.
Namun, bagi sesetengah AHLI SUFI yang telah MABUK CINTA ILLAHIYAH pula mengatakan :
"Jikalau engkau tidak dapat Menemukan Allah SWT didalam Ka'abah, maka itu berertinya Allah SWT Ada diluar Ka'abah. Dan jikalau engkau tidak dapat Menemukan Allah SWT diluar Ka'abah. Maka itu berertinya Allah SWT Ada didalam Ka'abah..."
Dan bagi sesetengah AHLI HAKIKAT yang telah SEDAR didalam AHWALNYA pula mengatakan :
"Allah SWT tidak pernah didalam Ka'abah dan tidaklah pula pernah diluar Ka'abah. Namun Ka'abah itu tidaklah pula Berpisah dengan Allah SWT..."
Maka itulah satu-satunya "RUMAH" yang mempunyai "HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT".
Dan ianya pula tidaklah sepertimana rumah-rumah kebiasaan yang ada diduniawi ini.
Jikalau tanpanya Ka'abah, maka bagaimanakah SOLAT itu hendak DIHADAPKAN atau DITUJUKAN ?
Pada Hakikatnya, bukanlah Allah SWT tinggal didalam Ka'abah dan bukanlah juga Ka'abah itu sebagai tempat ataupun benda yang disembah bagi menggantikan Allah SWT.
Bukan !
Kerana Ka'abah itu hanyalah buatan dan binaan manusia sahaja dibumi ini.
Dan Ka'abah itu pula hanyalah sekadar menjadi Kiblat sahaja bagi Umat Islam Menghadapkan Dirinya kepada Allah SWT.
Ketika Baginda Nabi SAW masuk kedalam Ka'abah setelah menawan Kota Mekkah, maka didalam Ka'abah itu telahpun terdapatnya begitu banyak sekali berhala-berhala sembahan yang ditinggalkan oleh Kaum Musyrikin Jahiliyah sebelumnya. Serta lukisan-lukisan kepercayaan Kaum Nasrani yang masih terlekat di dinding Ka'abah.
Diantaranya adalah gambaran Nabi Isa AS yang sedang didukung oleh Ibunya Siti Mariam sebagai anak kelahiran tuhan.
Maka, segala berhala-berhala dan lukisan-lukisan itu dengan segera dicampakkan keluar daripada Ka'abah serta dihapuskannya.
Setelah itu Baginda Nabi SAW pun mengarahkan Para Sahabat-Sahabatnya yang turut berada didalam Ka'abah itu supaya menutup Pintu Ka'abah. Maka Pintu Ka'abah pun ditutup.
Didalam sebuah Hadis, Al-Hakim Ya’ala bin Syidad telah meriwayatkan :
“Ketika aku berada disisi Rasulullah SAW, tiba-tiba Beliau bersabda : “Apakah ada sesiapa lagi diantara kamu yang hadir disini ?...” Kami pun menjawab : "Tidak ada, ya Rasulullah !”. Lalu Rasulullah SAW pun bersabda : “Tutuplah pintunya !...”
Didalam sebuah Hadis yang lainnya, Baginda Nabi SAW telah bersabda :
“Hati orang Mukmin itu lebih utama dari Ka'abah...”
Jikalau seseorang itu pernah melihat Ka'abah dengan mata kepalanya sendiri di bumi Mekkah, namun itu masih belum lagi dikatakan ianya telahpun Menerima secukupnya Hidayah Allah SWT.
Dan terlepas pula daripada Belenggu Kejahilan sebagaimananya Abu Lahab dan Abu Jahal yang telahpun sering melihatnya.
Pada Hakikatnya, Ka'abah yang di Mekkah itu hanyalah Majazi dan dibangunkan oleh manusia diatas Perintah Allah SWT sebagai tempat untuk MENGINGATI ALLAH SWT di Alam Nasut ini.
Sedangkan Ka'abah Allah SWT yang Haqiqi itupula adalah didalam Relung Matahati Mukmin yang Terdalam dan hanya Allah SWT adalah MAHA PENCIPTA tanpa ada sedikitpun campur tangan makhluk.
Maka Ka'abah inilah yang dikatakan sebagai Alam Malakut, Alam Jabarut dan Alam Lahut yang tidak boleh ditelusi dengan diri Jasad yang kasar ini kecuali dengan diri yang bernama RUH.
Menurut pandangan AHLI SUFI yang telah mencapai Mukasyafah, bahawa di Matahati yang terdalam Insan itu terdapatnya ‘SIRR' yang Laksananya Cermin.
Dimana, melalui didalam diri Insan itu sahajalah Allah SWT telah mengungkapkan akan Tabir Diri-Nya dengan Sempurna dan bukanlah didalam Diri-Nya sendiri.
Jikalau DIA hanya berada didalam Tanzihnya, maka tiadalah makhluk yang dapat Mengenali-Nya.
Justeru itulah DIA hanya boleh Dikenali dengan melalui Tasybih dan pada Insan itulah Tasybih yang Sempurna untuk Mengenal-Nya Dengan Sebenar-Benarnya Kenal.
Dengan ertikata lainnya, SYUHUD MUSYAHADAH (PENYAKSIAN) itu hanyalah akan Sempurna setelah Allah SWT MENTAJALLIKAN akan Diri-Nya kepada Insan yang Kamil, kerana Insan itu di ibaratkannya Cermin yang memiliki dua permukaan. Iaitu :
- Satu Disisi yang Gelap.
- Dan satu lagi Disisi yang Cerah.
Maka kemanakah lagi Cahaya itu sewajarnya disorotkan jikalau tidak kepada sudut yang Gelap ?
Adanya suatu golongan yang Menegaskan bahawa Allah SWT tidaklah bertempat dan teramat-amatlah salah sekali jikalau mengatakan bahawa Allah SWT itu bertempat, kerana Allah SWT sememangnya tidak sesekali memerlukan tempat.
Maka Allah SWT terlebih dahulu ADA sebelum adanya tempat !
Pendapat yang sedemikian ini sememangnya adalah Benar, akan tetapi apakah Mustahil jikalau Allah SWT ingin Memperlihatkan akan Diri-Nya kepada tempat sebagaimana Dijanjikan untuk melihat Dzat-Nya di Syurga Akhirat kelak.
Atau sepertimana Baginda Nabi SAW yang dapat melihat Dzat-Nya di Sidratul Muntaha, atau seperti Firman-Nya bahawa DIA Bersemayam diatas Singgahsana-Nya yang bernama Arasy.
Sesungguhnya, apa-apa yang dikatakan tempat itu adalah juga apa-apa yang telahpun Diciptakan oleh Allah SWT, dan Allah SWT jualah yang membuat dan menentukan segala Pilihan-Nya tanpa ada sesiapapun yang boleh mempersoalkan dan menghalangi Keinginan-Nya untuk Perbuatan-Nya itu.
Sesungguhnya Allah SWT adalah MAHA BERKUASA diatas segala sesuatu !
Misalnya, DIA telahpun Memperlihatkan Unggun Api kepada Nabi Musa AS sebagai Menghadirkan Diri-Nya dengan Berkalam secara langsung kepada Nabi Musa AS.
Disini bukanlah bermaknanya Ketuhanan itu telahpun bertukar atau menjelma sebagai Api atau Api itu menjadi Ketuhanan.
Akan tetapi dengan melalui Api itulah Tadbir-Nya telahpun Tersingkap oleh kerana Api itu sendiri tidak memiliki Wujud dan sebab Penampakan adanya Api itu ialah bersandarkan semata-mata kepada WUJUD KETUHANAN.
DIA yang menamakan Diri-Nya AL-LATHIF (Yang MAHA HALUS serta Yang MAHA LEMBUT).
Justeru itu, bukankah DIA yang sebenar-benarnya telahpun Melembutkan dan Mendinginkan Api tatkala Nabi Ibrahim Khalilullah AS dihumbankan kedalam Api yang pada fikiran orang-orang awam bahawa, Api itulah yang berkuasa untuk menghangatkan dan membakarkan.
Padahal Api itu hanyalah sekadar asbab sahaja yang tertakluk kepada Hukum Akal, dan hanyalah sekadar misal ataupun gambaran yang tidak adanya wujud.
Dan sesungguhnya DIA lah yang Menampakkan rupa Api itu serta memberikan sifat yang panas atau dingin menuruti Kehendak-Nya.
Jika DIA telah Melembutkan Api itu agar Kekasihnya Nabi Ibrahim AS tidak terbakar, maka apakah DIA juga tidak boleh Melembutkan ‘Tempat’ agar DIA dapat Dipandang oleh Makhluk-Nya iaitu Insan ?
Diceritakan didalam Suluk Wujil, ketika Sunan Kalijaga berada di Negeri Melaka. Tiba-tiba sahaja beliau telah Berhasrat untuk pergi ke Tanah Suci Mekkah untuk Menunaikan Ibadah Haji.
Namun Hasratnya itu telahpun ditahan dahulu oleh Sunan Maulana Maghribi dan memohon agar beliau pulang semula ke Tanah Jawa.
Alasan yang diberikan oleh Maulana Maghribi ialah, jikalau Sunan Kalijaga meninggalkan Tanah Jawa pada masa itu. Maka orang-orang Jawa yang sebelumnya Beragama Hindu dan baru sahaja Memeluk Islam akan menjadi Murtad dan terus meninggalkan Agama Islam, kerana mereka sememangnya terlalu Lemah Pegangannya.
Telah diceritakan juga didalam Riwayat Suluk Linglung, iaitu sebaik sahaja Sunan Kalijaga sudahpun bersiap-siap dan tetap hendak juga menuju ke Mekkah. Maka tiba-tiba dipertengahan perjalanan itu beliau telah terserempak dengan Nabi Khidir AS.
Nasihat Nabi Khidir AS kepada beliau adalah supaya tidak meneruskan perjalanannya itu jikalau beliau sendiripun masih belum lagi dapat Memahami akan Hakikat apa yang mahu Ditujuinya itu.
Kemudiannya, dengan melalui Pengajaran yang telahpun didapatinya daripada Maulana Maghribi. Maka barulah Sunan Kalijaga dapat mengerti akan Hakikatnya.
Bahawa, Mekkah yang berada di Jazirah Arab itu hanyalah apa yang ada diatas muka bumi ini yang tidaklah kekal selamanya dan akan Fana.
Sedangkan Mekkah yang Haqiqi atau yang Sejati itu sebenar-benarnya berada didalam Dirinya sendiri.
Ka'abah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS itu hanyalah merupakan Khazanah batu-batu asas peninggalan oleh Nabi Ibrahim AS dan juga Puteranya Nabi Ismail AS.
Ka'abah yang berada di Mekkah itu, jikalau ianya dilihat daripada Bawah, maka akan tampak langit Diatas. Dan jikalau dilihat pula daripada Atas, maka akan tampak langit Dibawah.
Jikalau dilihat pula daripada arah Timur, maka akan tampaklah Barat, dan jikalau dilihat daripada arah Barat pula, maka akan tampaklah Timur.
Maka Hakikat Penglihatan itu boleh sahaja berbalik-balik kearah mana-manapun kita memandangnya.
Dipenjuru Tenggara Ka'abah itu adanya “Ceruk”.
Didalam “CERUK” itu pula adanya "HAJAR ASWAD".
Iaitu Batu Hitam yang diturunkan daripada Syurga dan Sunnat Dikuncup oleh Para Jemaah Haji.
“Ceruk” itu ada juga disebutkannya didalam Al-Qur'an Surah An-Nur ayat 35 yang dinamakannya “MISYKAT”.
Yakni sebuah "Ceruk" yang didalamnya adanya 'Pelita Besar'.
Seperti yang telahpun dinyatakan didalam Hadis, iaitu :
"HATI MUKMIN ITU ADALAH BAITULLAH..."
Lantaran itu, Hati Mukmin adalah Ka'abah yang Haqiqi.
Yang tidak di Timur dan tidak pula di Barat, tidak berada Diatas dan tidak pula Dibawah. Ianya bertempat didalam atau ditengah-tengah Jasad Insan.
Didalam Hati Mukmin yang bernama “CERUK” itu adanya pula "MATAHATI" yang lebih Terdalam, iaitu :
"CAHAYA DIATAS CAHAYA..."
Sebagaimana didalam Ka'abah itu Kosong, maka begitulah juga seharusnya Hati seorang Mukmin itu Kosong daripada segala AKWAN (Gambaran-gambaran Duniawi Tipu Daya Yang Sementara).
Didalam 'KESEDARANNYA' bahawa Allah SWT yang MAHA ESA dan tiadalah Sekutu Bagi-Nya.
Hati seorang Mukmin yang layak bergelar BAITULLAH, maka didalamnya Wajiblah selalu adanya ALLAH SWT.
Hidup bersama Allah SWT, dimana sahaja pun Insan itu berada. Maka Insan itu Kekal dengan Allah SWT tanpa mengira Waktu dan Tempat...

[  Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan