PUASA SYARIAT DAN PUASA TAREKAT - Banyak yang berpuasa, tetapi berbuka!


PUASA SYARIAT itu adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh di siang hari.

Sedangkan PUASA TAREKAT itu pula adalah menahan seluruh anggota tubuh secara zahir mahupun batin, siang mahupun malam daripada segala perbuatan-perbuatan yang Diharamkan, yang Dilarang dan daripada sifat-sifat yang tercela.

Sepertinya riya', ujub, takkabur, sombong, bakhil dan sebagainya.
Maka kesemuanya itu akan dapat membatalkan PUASA TAREKAT.

PUASA SYARIAT itu terbatas oleh waktu, sedangkan PUASA TAREKAT itu pula adalah selama mana hidup diatas bumi Allah SWT ini.

Rasulullah SAW bersabda :
“Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya selain hanya lapar dan dahaga.”
(HR. Ibnu Majah)

Oleh kerana itu, adanya pula ungkapan :
“Banyak yang berpuasa, tetapi berbuka. Banyak yang berbuka, tetapi berpuasa.”
Ertinya :
Orang yang perutnya tidak berpuasa, tetapi dapat pula ia menjaga seluruh anggota tubuhnya zahir dan batin daripada segala perbuatan-perbuatan yang terlarang dan daripada menyakiti orang-orang lain.
Sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Hadis Qudsi :
“Puasa itu Untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
(HR. Muslim)

Allah SWT juga Berfirman didalam Hadis Qudsi :
“Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan.
Pertama - Yaitu ketika berbuka.
Kedua - Ketika melihat Allah.”

Menurut AHLI SYARIAT ialah :
Yang dimaksudkannya dengan Berbuka itu adalah makan pada saat matahari mulai tenggelam.

Sedangkan, Ru’yah yang mereka maksudkan itu adalah melihat Hilal untuk menentukan jatuhnya Hari Raya Idul Fitri.

Adapun pengertian menurut AHLI TAREKAT pula adalah Berbuka (al-Ifthâr) ialah Kebahagiaan di saat memasuki Syurga, dan di saat merasa kesemua Kenikmatan Syurga.

Semoga Allah SWT Mengekalkan Nikmat dan Rahmat kepada kita semua...

Yang dimaksudkannya dengan Ru’yah (Menurut AHLI TAREKAT) ialah, Melihat Allah SWT dengan secara Nyata pada Hari Kiamat dengan Pandangan Sirri'.

Semoga dengan Kemuliaan dan Kebesaran Allah SWT, DIA Menganugerahkan kepada kita semua untuk Melihat-Nya dengan Nyata...

Adapun PUASA HAKIKAT pula ialah Menjaga Hati daripada Mencintai selain Allah SWT dan Menjaga Rasa (Sirri') agar tidak Mencintai Musyahadah pada selain Allah SWT.
Sebagaimana Firman Allah SWT didalam Hadis Qudsi :
“Manusia adalah Rahasia-Ku dan Aku Rahasianya.”

SIRR' itu berasal daripada 'CAHAYA ALLAH'. Sehinggakan tidak mungkin condong kepada selain Allah SWT.
Baginya, di Duniawi ini mahupun di Akhirat kelak, tidak ada yang Dicintai, Diingini dan Dicari selain dari Allah SWT.

Jika HATI dan SIRRI' telah terjatuh untuk Mencintai selain dari Allah SWT, maka Batallah PUASA HAKIKATNYA dan ia haruslah melakukan Qadha dengan kembali Mencintai Allah SWT dan Menemui-Nya.

Kenikmatan daripada PUASA HAKIKAT ini adalah bertemunya dengan Allah SWT...
Sesuai Firman Allah SWT didalam Hadis Qudsi :
"Puasa itu Untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”
(HR. At-Tirmidzi)

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA !
Puasakanlah Nafsumu wahai Insan-Insan yang Berjiwa Tenang.
Supaya ianya Diperintah kembali oleh yang Empunya Titah dan terusan Istiqomah sehingga menghadapi Sakaratul Maut kelak.

RAMADHAN AL-MUBARAK...
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan