RAHASIA HAJI*

 


RAHASIA HAJI
Segala Puji-Pujian hanyalah bagi Allah SWT, TUHAN SEKALIAN ALAM.
Dan katakanlah Kepunyaan Allah-lah Timur dan Barat, dan hanya DIA yang memberikan segala Taufiq dan Hidayah, Petunjuk serta Rahmat kepada sesiapa sahaja yang Dikehendaki-Nya kepada Jalan yang Lurus lagi Benar.
Rahmat Allah SWT dan Salam-Nya keatas Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah SWT dan penutup sekelian Nabi.
Tempatnya "PERBENDAHARAAN RAHASIA TAUHID" dan "RAHASIA MA'RIFATULLAH".
Dan keatas Keluarga Baginda SAW dan Para Sahabatnya R.A yang jejak-jejak dan Munajat mereka itu berada disekeliling Baitullah Al-Haram yang Dimuliakan dan Diberkati ILAHI.
Firman Allah SWT :
"Dan Allah Mewajibkan Ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah, bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan barangsiapa yang kufur (ingkar) Kewajiban Ibadah Haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam."
(QS. Ali Imran : 97)
Firman Allah SWT :
"Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan Ibadah Haji, nescaya mereka akan datang kerumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh."
(QS. Al-Hajj : 27)
Firman Allah SWT :
"Supaya mereka Menyaksikan berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut Nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan, kerana Rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah dan Fakir Miskin."
(QS. Al-Hajj : 28)
Firman Allah SWT :
"Dan kemudian hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka, dan hendaklah mereka Tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu."
(QS. Al-Hajj : 29)
Firman Allah SWT :
"Dan ingatlah ketika Allah menjadikan Baitullah tempat yang Aman. Dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat Solat. Dan telah Allah Perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-KU untuk orang-orang yang Tawaf, yang I'tiqaf, yang Rukuk' dan yang Sujud."
(QS. Al-Baqarah : 125)
Maka Jejakilah akan Kemuliaan dan Keberkatan dan segala tanda-tanda Pengajaran dan RAHASIA-RAHASIA yang berada disekeliling Rumah Allah (BAITULLAH) yang Dimuliakan dan Diberkati itu bagi meneguhkan "KEIMANAN" kamu didalam Zaman Fitnah yang teramat-amatlah besar ini.
Seumpama datangnya malam yang gelap-gelita tanpanya sedikitpun Cahaya.
"Wala haula wala quwwatta illa billahil aliyyil adzim..."
Ketahuilah olehmu wahai Insan-Insan yang mencari HAKIKAT segala sesuatu.
Bahawasanya Ibadah Haji itu terkandung ia didalamnya akan "RAHASIA ISLAM" iaitu "BERSERAH DIRI" kepada Allah SWT, TUHAN SEKALIAN ALAM.
Maka barangsiapa yang mengerjakan Ibadah Haji itu dengan Tubuhnya dan Hatinya, dan Suci pula ia daripada segala Najis-Najis Maknawiyah yang didalam Hatinya.
Serta ada ia kefahaman Yakin yang Suci dan Teguh, maka telah Sempurnalah Rukun Islam yang lima baginya.
Firman Allah SWT :
"Pada hari ini telah AKU Sempurnakan untukmu Agamamu, dan telah AKU cukupkan kepadamu Nikmat-KU, dan telah AKU Redha Islam menjadi Agamamu."
(QS. Al-Maa'idah : 3)
Bahawasanya Ibadah Haji itu terkandung ia didalamnya akan "RAHASIA SYAHADAH". Iaitu :
"LAA ILAHA ILLAALLAH MUHAMMADURRASULULLAH...''
Dan terkandungnya akan "RAHASIA SOLAT" dan "RAHASIA PUASA" juga "RAHASIA HAJI".
Maka keseluruhannya itu terkandunglah ianya didalam "HAJI MABRUR".
Firman Allah SWT :
"Tiada AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan bagi Beribadah akan Daku."
(QS. Adz-Dzariyat : 56)
Dan supaya terpakai mereka itu dengan Menyempurnakan Ibadah Bagi-KU.
Kerana "RAHASIA MA'RIFATULLAH" itu terkandung didalam Ubudiyah Bagi-KU.
Ia adalah merupakan "RAHASIA HAJI MABRUR" bagi sesiapa yang Dianugerahkan Kurniaan-NYA.
Maka, barangsiapa yang Tekun akan dirinya dibawah segala Perintah Allah SWT dan Redha (Suka) ia dengan segala Qada-NYA dan segala Hukum-NYA.
Maka ia adalah tempat Kenyataan bagi JAMALULLAL.
Dan barangsiapa yang Angkuh ia dan berpaling ia daripada segala Hukum-Hakam-NYA.
Maka ia adalah tempat Kenyataan bagi JALALULLAH.
Ketahuilah !
Bahawa BAHAGIA dan SYURGA itu ialah JAMALULLAL.
CELAKA dan NERAKA itu pula ialah JALALULLAH.
Bicara Tuhan :
"Celaka dan Bahagia telah AKU tentukan diazali dan jangan engkau hiraukan, maka berhadaplah Kepada-KU."
"Wala haula wala quwwatta illa billahil aliyyil adzim..."
* RAHASIA PERJALANAN HAJI.
Seorang lelaki telah datang kepada Junaid Al-Baghdadi, maka Junaid Al-Baghdadi pun bertanyalah kepadanya.
Dari manakah dia datang, lalu lelaki itupun menjawab :
”Aku baru sahaja melakukan Ibadah Haji...”
Junaid Al-Baghdadi pun bertanya lagi :
“Dari saat engkau pertama kali berjalan daripada rumahmu, apakah engkau juga telah meninggalkan kesemua Dosa ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !..."
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya...
Engkau tidak pernah mengadakan Perjalanan.
Disetiap tahap dimana engkau beristirahat dimalam hari, apakah engkau telahpun melintasi sebuah Makam di Jalan Menuju Allah ?...”
Lelaki itu berkata :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah menempuhi Perjalanan Tahap Demi Tahap.
Ketika engkau mengenakan pakaian Ihram ditempat yang telahpun ditentukan, apakah engkau telah membuang segala sifat-sifat manusiawi sebagaimana engkau melepaskan pakaian-pakaian sehari-harimu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak mengenakan Pakaian Haji.
Ketika engkau Singgah di Arafah, apakah telah singgah barang sebentar didalam MUSYAHADAH kepada Tuhan ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Singgah di Arafah.
Ketika engkau pergi ke Muzdalifah dan mencapai keinginanmu, apakah engkau sudah meniadakan kesemua Hawa Nafsu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah pergi ke Muzdalifah.
Ketika engkau Mengelilingi Ka’bah, apakah engkau sudahpun memandang Keindahan Tuhan Ditempat Suci ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Mengelilingi Ka’bah.
Ketika engkau Berlari diantara Safa dan Marwah, apakah engkau telahpun Mencapai Peringkat Kesucian dan Kebajikan ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Berlari.
Ketika engkau datang ke Mina, apakah kesemua keinginanmu telahpun Termakbul ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau belum lagi Mengunjungi Mina.
Ketika engkau sampai ditempat Penyembelihan dan melakukan Korban, apakah engkau telah Mengorbankan segala Hawa Nafsumu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau tidak pernah Berkorban.
Ketika engkau Melemparkan Batu-Batu, apakah engkau telahpun Melemparkan segala Fikiran-Fikiran Hawa Nafsu yang menyertaimu ?...”
Lelaki itu menjawab :
“Tidak !...”
Junaid Al-Baghdadi pun berkata :
“Berertinya engkau belum Melemparkan Batu-Batu, dan engkau belum pun Melaksanakan Ibadah Haji pada Hakikatnya.
Maka kembalilah dan lakukanlah Ibadah Haji seperti yang telahpun aku gambarkan, supaya engkau boleh SAMPAI kepada Makam Ibrahim...”

( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan