BUTA DIDUNIAWI PALSU

 


BUTA DIDUNIAWI PALSU
HAKIKATNYA KITA BUTA DARIPADA MELIHAT KEWUJUDAN ALLAH SWT...
Firman Allah SWT :
“Dan barangsiapa yang BUTA di Dunia ini, nescaya di Akhirat ia akan lebih BUTA dan lebih TERSESAT dari Jalan (Benar).”
(QS. Al-Isra : 72)
* Apabila Allah SWT telah Menyembuhkan kita daripada segala jenis Penyakit melalui Ikhtiar penawar ataupun ubat yang kita ambil.
Yang hanya kita nampak adalah penawar atau ubat itu sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA PENYEMBUH !
* Apabila Allah SWT telah Menjayakan kita didalam bidang akademik apa-apapun melalui Cerdik Pandainya kita didalam Pelajaran.
Yang hanya kita nampak kecerdikpandaian kita itu sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA BIJAKSANA !
* Apabila Allah SWT telah memberikan kita Pekerjaan yang Selesa melalui Cemerlangnya kita didalam bidang yang diceburi itu.
Yang hanya kita nampak kecemerlangan kita itu sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA PEMURAH !
* Apabila Allah SWT telah memberikan kepada kita segala Harta Kekayaan melalui asbab Gigihnya Usaha kita didalam Perniagaan.
Yang hanya kita nampak adalah kegigihan usaha kita sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA KAYA !
* Apabila Allah SWT telah Mengurniakan kepada kita Pasangan yang Soleh dan Solehah serta Keluarga yang Bahagia.
Yang hanya kita nampak adalah baiknya kita sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA MENTADBIR !
* Apabila Allah SWT telah Mengeluarkan kita daripada segala-galanya Masalah melalui Bantuan umat manusia yang berada disekeliling.
Yang hanya kita nampak adalah betapa baiknya umat manusia itu sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA PELINDUNG !
* Apabila Allah SWT telah Mengangkat Derajat kita daripada pandangan mata umat manusia di dunia ini melalui asbab Kelebihan kita.
Yang hanya kita nampak adalah betapa hebatnya kita sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA TINGGI !
* Apabila Allah SWT telah memberikan kepada kita segala jenis Nikmat-Nikmat yang tidak pernah pun meminta untuk di bayar dan tidaklah pula terhitung.
Yang hanya kita nampak adalah betapa indahnya kenikmatan itu sahaja...
Hakikatnya kita BUTA daripada melihat ALLAH SWT yang MAHA PEMBERI !
Sesungguhnya,
MATA dan HATI kita ini masih tetap Samar dan BUTA !
Oleh disebabkan Keangkuhan dan Kesombongan seorang Hamba atau mungkin terlalu kotornya segumpal Darah yang bernama Hati.
Untuk melihat betapa MAHA BERKUASANYA ALLAH SWT disebalik tiap-tiap Kejadian-Nya.
Mungkinkah PENYAKIT AL-WAHN telahpun bertahta di Hati, yang membuatkan kita di Penghujung Zaman ini menjadi sepertinya Buih-Buih di lautan sahaja.
Firman Allah SWT :
“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
(QS. Qaaf : 16)
Hakikatnya, bukanlah mudah untuk Mendidik diri kita dan Hati kita ini untuk sentiasa melihat Allah SWT didalam setiap pandangan, pendengaran, berkata-kata, perlakuan dan apa-apapun yang berlaku disekeliling kita.
Tetapi, itulah HAKIKATNYA KEHIDUPAN kita di Duniawi Palsu yang sementara ini, bukanlah ianya sekadar KEBETULAN.
Semuanya hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.
Hidup hanyalah untuk Allah SWT,
Dan kembali juga kepada Allah SWT...
Firman Allah SWT :
Katakanlah (MUHAMMAD), "Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
(QS. Al-An'am : 162)
INGATLAH !
Bahawa, kita dihadirkan di Duniawi Palsu yang sementara ini bukanlah untuk bersuka-ria dan bersenang-lenang sahaja.
Tetapi Hakikatnya adalah untuk kita BERPERANG dengan HAWA NAFSU kita sendiri.
Yang mana, jikalau kita MENANG didalam PEPERANGAN itu, maka akan SELAMATLAH kita kembali ke KAMPUNG HALAMAN yang kekal abadi (NEGERI AKHIRAT).
INGATLAH !
Bahawa Iblis itu telahpun BERJANJI kepada Allah SWT untuk Menggoda dan Menyesatkan seluruh keturunannya Nabi Adam AS, dan sesungguhnya Allah SWT telahpun mengizinkannya kecuali orang-orang yang BERIMAN kepada Allah SWT.
Jadi, janganlah sesekali kita pernah memandang rendah ataupun mengambil remeh sahaja akan PERJUANGAN IBLIS ini.
Sesungguhnya Iblis itu dahulunya juga adalah Ahli Beramal dan Ahli Beribadah kepada Allah SWT selama ribuan tahun. Bahkan dia juga ketua kepada Para Malaikat.
Dia DILAKNAT oleh Allah SWT hanyalah disebabkan KESOMBONGANNYA sahaja.
Maka, persiapkanlah diri kita dengan TAUHID dan juga IMAN yang HAQQ dengan
mantap
dan sentiasalah diatas LANDASAN KEBENARAN untuk sentiasa BERPERANG melawan IBLIS (HAWA NAFSU) ataupun KEBATILAN...
"MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MEMBENARKAN KEBENARAN RASULULLAH SAW..."
Lihat Dunia dari Mata Burung, atau lihat Dunia dari Bawah Tempurung, yang mana satukah kamu akan pilih ..???

( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan