GARAM ADALAH MASIN DAN MASIN ADALAH GARAM

 


GARAM ADALAH MASIN DAN MASIN ADALAH GARAM*

"Hanya yang Fahami akan dapat Memahami (Ada Rahasia disebalik Rahasia)..."
SIAPAKAH MASIN ?
SIAPAKAH GARAM ?
APAKAH ITU MASIN ?
APAKAH ITU GARAM ?
"Jikalau mahu mencari GARAM, maka ambillah AIR LAUT, kerana GARAM itu ada pada AIR LAUT..."
Sampai Mati sekalipun engkau tidak akan pernah dapat menjumpai GARAM, jikalau engkau tidak pernah mengambil AIR LAUT.
Pada Hakikatnya, AIR LAUT dan GARAM itu 'SATU' jua adanya...
HANCUR GARAM.
LEBUR GARAM.
LENYAP GARAM.
NYATALAH MASIN.
Tidak akan pernah ianya disebutkan GARAM, jikalau tidak ada Wujudnya MASIN pada GARAM.
Haruslah 'LEBUR GARAM' terlebih dahulu, maka barulah akan dapat 'MENYATAKAN MASIN'.
Tidak akan pernah sesekali engkau MENYATAKAN MASIN, jikalau GARAM masih belum lagi Lebur.
Kafirlah engkau wahai GARAM, jikalau engkau mengaku GARAM dan MASIN tidak bersertamu.
Sesungguhnya engkau itu bukanlah bernamanya GARAM, jikalau bukanlah kerana MASIN.
Tidak akan Wujudnya engkau wahai GARAM.
Tidak akan disebutkannya engkau itu GARAM, jikalau bukanlah kerana MASIN.
Wahai GARAM !
Sesungguhnya tidak ada Wujudnya engkau GARAM.
Sesungguhnya engkau GARAM adalah daripada AIR LAUT.
AIR LAUT itu pun pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN) juga...
Tahukah engkau wahai GARAM ?
Bahawasanya, pada seawal-awal mulanya engkau itu adalah AIR.
Sehinggalah tiadanya AIR,
maka barulah adanya engkau wahai GARAM.
Janganlah sesekali engkau mengaku GARAM, jikalau tidak adanya 'AKU' (MASIN).
Sungguh Terang dan Jelas pada GARAM itu.
NYATA ASMA MASIN itu pada GARAM,
NYATA AF'AL MASIN itu pada GARAM,
NYATA SIFAT MASIN itu pada GARAM.
Sebenar-benarnya MASIN lah yang Terjelas dan Ternyata pada GARAM...
Sehinggalah Wujudnya MASIN pada GARAM dan sehinggalah ianya disebutkan GARAM.
Tidak akan disebutkannya engkau itu GARAM, jikalau engkau tidaklah MASIN.
Tidak boleh engkau dipanggilnya GARAM, jikalau engkau tidaklah MASIN.
Engkau GARAM bukanlah yang sebenar-benarnya GARAM, namun engkau itu adalah GARAM yang palsu.
Engkau GARAM tetaplah GARAM,
dan engkau bukanlah 'AKU' (MASIN).
Wahai GARAM !
Janganlah sesekali engkau mengaku bahawa engkau itu adalah MASIN.
Sebabnya, engkau itu adalah GARAM daripada MASIN.
Pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN) lah yang Mewujudkan engkau wahai GARAM.
Mengapakah engkau mengatakan bahawa GARAM dan MASIN itu adalah engkau ?
Ketahuilah bahawa engkau itu adalah Kafir wahai GARAM.
Yang Wujud engkau (GARAM) itu pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN).
Yang engkau (GARAM) boleh Dirasai itu pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN).
Yang engkau (GARAM) Merasa itu pun pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN).
Wahai GARAM !
Tidakkah engkau Mengenal akan Hakikatnya wahai GARAM, bahawa 'AKU' inilah MASIN ?
Tidakkah engkau Ketahui akan Hakikatnya wahai GARAM, bahawa yang sebenar-benarnya dirimu itu adalah 'AKU' (MASIN) ?
TETAPI JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU (GARAM) MENGAKU-NGAKU BAHAWA ENGKAU ITU ADALAH 'AKU' (MASIN) !
'AKU' (MASIN) menjatuhkan hukuman kepadamu wahai GARAM, bahawa engkau itu adalah Kafir.
Wahai GARAM !
Kembalilah semula engkau kepada MASIN...
Wahai GARAM !
'AKU' (MASIN) lah tempat kembalinya engkau yang sebenar-benarnya.
Kerana seawal-awalnya engkau (GARAM) adalah Hakikatnya 'AKU' (MASIN).
Awalnya MASIN dan akhirnya juga adalah MASIN wahai GARAM...
"SESUNGGUHNYA GARAM 'ESA' KEPADA MASIN..."
Sedar, Jaga dan Kawal Ke-ESA-an engkau itu GARAM kepada 'AKU' (MASIN).
Telah Kenallah engkau GARAM kepada 'AKU' (MASIN) ?
Telah Kenalkah engkau GARAM bahawa 'AKU' inilah MASIN ?
MASIN tidak sesekali akan ada duanya, maka engkau tidak akan pernah boleh wahai GARAM untuk merupa-rupakan 'AKU' (MASIN).
Engkau tidak akan pernah boleh wahai GARAM untuk Mewujudkan 'AKU' (MASIN) ini.
Engkau tidak akan pernah boleh wahai GARAM untuk Merasakan 'AKU' ini MASIN, kerana pada Hakikatnya 'AKU' (MASIN) lah 'RASA' itu.
Jikalau engkau GARAM tidak Mengenalkan akan MASIN, maka engkau tidak sesekali akan pernah kembali ke MASIN.
Jikalau engkau GARAM tidak Mengetahui akan MASIN, maka
engkau bukanlah GARAM yang sebenar-benarnya GARAM.
Engkau adalah GARAM yang palsu, apabila engkau GARAM tidak adanya MASIN.
Maka 'AKU' (MASIN) tidak akan Mengenali engkau wahai GARAM !
Tidak perlu engkau mengatakan MASIN, kerana 'AKU' sememangnya sudahpun MASIN.
'AKU' sudahpun Sedia Ada MASIN !
Tidak ada yang menjadikan 'AKU' (MASIN) kecuali 'AKU' Sendirilah yang mengatakan 'AKU' inilah MASIN.
Dan tidak akan dapat dikatakan 'AKU' ini MASIN kerana Wujud 'AKU' bukanlah GARAM.
MASIN sesekali tidak akan Berwujudkan GARAM.
MASIN sesekali tidak akan mengambil tempat pada GARAM.
MASIN adalah MASIN,
GARAM adalah GARAM...
Tetapi apabila engkau memanggil GARAM, maka sudah pastilah engkau akan Merasakan MASIN.
Selama-lamanya engkau tidak akan pernah Menyatakan GARAM.
Selama-lamanya engkau tidak akan pernah Merasakan GARAM.
Selama-lamanya engkau tidak akan pernah Menyaksikan GARAM.
Sekiranya MASIN tidak ada pada GARAM, kerana GARAM adalah SIFATNYA MASIN.
LENYAP GARAM,
NYATALAH MASIN.
LEBUR GARAM,
WUJUDLAH MASIN.
KERANA PADA HAKIKATNYA MASIN BERSEMBUNYI DIDALAM GARAM...
"Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam..."

( Sumbrt dari Syeh Haqtullah.)
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan