7 MUSUH INSAN

 


7 MUSUH INSAN
Jikalau kita diutuskan ke duniawi palsu yang sementara ini tanpanya MUSUH.
Maka nescaya inilah tempat yang Kekal bagi kita, kerana tiadalah UJIAN untuk kita kembali ke NEGERI AKHIRAT.
PERMUSUHAN diantara manusia dengan Iblis itu bukanlah ianya bermula semenjak kita lahir semata-mata. Namun ianya telahpun bermula semenjak di Syurga lagi.
Iblis itu bukanlah MUSUH kita yang paling utama pada Hakikatnya.
Dibawah ini adalah ringkasan senarai MUSUH-MUSUH kita sebagai Panduan dan Pedoman untuk kita mengenalinya.
Apa yang dituliskan ini adalah hanya berkenaan dengan MUSUH semata-mata, dan bukanlah berkenaan ANCAMAN yang dikeluarkan oleh MUSUH.
1) MUSUH YANG PERTAMA "NAFSU".
Nafsu adalah merupakan MUSUH daripada Dalaman Diri.
Dan ia juga adalah merupakan MUSUH yang paling utama sekali berbanding dengan yang lain-lainnya.
Sebahagian daripada badan, merupakan jisim yang tidak dapat dilihat dan tidak pula ianya boleh dibuang. Akan tetapi ianya boleh sahaja dikekangnya...
2) MUSUH YANG KEDUA "IBLIS".
IBLIS adalah merupakan MUSUH daripada Luaran Diri.
Ia mampu untuk menyelinap kedalam diri, memberi pengaruh dan merosakkannya. Bersifat tidak boleh dilihat namun ia boleh menyerupai.
Ini adalah diantara MUSUH-MUSUH yang paling berbahaya dan diberikan AMARAN KERAS oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW...
3) MUSUH YANG KETIGA "DAJJAL".
Dajjal adalah merupakan ANCAMAN daripada Luaran Diri.
Tidak boleh dikenalinya melainkan dia yang memperkenalkan dirinya sendiri.
Dajjal itu dipenuhi dengan segala tipu muslihat atau tipu daya. Ia menguasai kesemua sistem atau aturan kehidupan, dan ia juga adalah Ibu kepada segala Fitnah.
Ia juga merupakan MUSUH yang paling KHUSUS untuk Umat Akhir Zaman. Dan ia sesekali tidak akan dapat dikalahkan kecuali oleh Nabi Isa AS...
4) MUSUH YANG KEEMPAT "KAFIR YANG MEMERANGI".
Kafir Yang Memerangi adalah merupakan ANCAMAN daripada Luaran Diri.
Ia terbahagi kepada 2, iaitu :
a) KAFIR HARBI.
Golongan yang memerangi Islam dengan secara terang dan jelas.
Sepertinya menyerang, membunuh, menyiksa, menekan, menipu daya dan sebagainya sepertimana Alyahud Wal Nasaro.
Memerangi itu bukanlah sahaja didalam konteks ketenteraan semata-mata.
Akan tetapi adalah daripada segala aspek sosial, ekonomi, pendidikan, budaya, kesihatan, makanan dan sebagainya.
Golongan ini juga akan Menzalimi Kafir Dzimmi...
b) KAFIR DZIMMI.
Iaitu golongan yang tidak memusuhi Islam dengan secara terang dan jelas.
Mendiami sesebuah negara yang sama ataupun tidak, serta mengamalkan perdamaian dan toleransi. Boleh didekati daripada segi Dakwah.
Golongan ini adalah yang sangat tidak wajar untuk diperangi, selagi mana ianya tidak memberikan ANCAMAN. Bahkan harus dipelihara akan hak-hak mereka...
5) MUSUH YANG KELIMA "GOLONGAN MUNAFIQ".
Golongan Munafiq adalah merupakan ANCAMAN daripada Luaran Diri.
Ia menzahirkan dirinya sebagai Muslim akan tetapi ia juga menyembunyikan Kekafirannya.
Mahir tentang Ilmu-Ilmu Islam, berpakaian seperti Islam, kelihatan Alim dan Wara didalam Pengamalannya, dan petah berbicara Hal Ehwal Islam.
Akan tetapi, ianya juga menyembunyikan segala agenda-agenda kejinya untuk merosakkan dan menyesatkan Umat Islam daripada dalam...
6) MUSUH YANG KEENAM "MUKMIN YANG HASAD".
Mukmin Yang Hasad adalah merupakan ANCAMAN daripada Luaran Diri.
Mereka-mereka ini adalah golongan Mukmin, tetapi sayangnya telah terkena penyakit Kerohanian iaitu Hasad.
Antara punca-punca mereka berpenyakit ini adalah disebabkan oleh permusuhan akibat tidak bersikap berlapang dada, merasakan dirinya terlalu mulia, berlumba-lumba atau bersaing untuk menunjukkan segala kebaikan dirinya dan sebagainya.
TAKABBUR iaitu, mengangkat dirinya sendiri untuk dilihat lebih hebat dan berkuasa.
UJUB dan RIYA iaitu, berbangga-bangga dengan segala kebaikan yang dilakukannya, mengejarkan kedudukan ataupun pangkat, serta sukakan populariti.
Mereka-mereka yang sebegini adalah merupakan MUSUH !
Oleh kerana, mereka-mereka ini tidak pernah senang dengan segala kebaikan yang orang-orang lain lakukan...
7) MUSUH YANG KETUJUH "QARIN".
Qarin adalah merupakan makluk yang akan mendampingi kita semenjak lahir lagi.
Kesemua Kafir kecuali Qarin kepunyaan Rasulullah SAW.
Qarin inilah yang sering menghasut-hasut kita untuk melakukan segala perkara-perkara yang Dilarang oleh Allah SWT...
* NOTA.
Daripada kesemua MUSUH-MUSUH diatas itu tadi.
Maka 6 MUSUH yang berada di Luaran Diri dan hanya ada satu sahaja MUSUH yang berada Didalam Diri Sendiri.
Namun, MUSUH Didalam Diri Sendiri inilah yang terpaling sangat-sangatlah kuat sekali, dan teramat-amatlah sukar sekali untuk dikalahkannya.
Melainkan dengan Menjalani JALAN PENSUCIAN DIRI (TASSAWUF)...

( Sumber dari  Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan