Istilah Istilah didalam ilmu tauhid yang mesti diketahui bagi memudahkan faham

 


Istilah Istilah didalam ilmu tauhid yang mesti diketahui bagi memudahkan faham :
1) عالم : ما سوى الله الموجودات في الخارج الأعيان
Alam ialah barang yang selain Allah yang maujud diluar mata kepala yakni sah dilihat
2) مخلوق : كل شيء خلقه الله تعالى
Makhluk ialah segala suatu yang dijadikan oleh Allah Taala
3) حادث حقيقي : الموجود بعد عدم
Hadis haqiqi ialah benda yang ada kemudian daripada takdak
Misal : makhluk ini. Seperti manusia dan segala yang lain.
3.1) حادث مجازي : التجدد بعد العدم
Hadis majazi ialah membaharui kemudian daripada takdak yakni kedatangan kemudian daripada takdak.
Misal : pecah / patah / runtuh dan lain lain
4) ممكين : ما استوى وجوده وعدمه
Mumkin ialah barang yang menerima oleh wujudnya dan tiadanya. Mumkin terbahagi kepada 4 bagai :
١) ممكن حال :
mumkin sekarang, misal seperti ada kita sekarang
٢) ممكن سيوجد :
mumkin selagi akan diadakan, misal seperut mumkin yang laig akan datang
٣) ممكن وجود بعد عدم
Mumkin ada kemudian daripada takdak, misal seperti ada kita ini tetapi iktibar ada kita tu selepas daripada ketiadaan
٤) ممكن في علم الله انه لم يوجد :
Mumkin pada ilmu Allah bahawasanya tidak wujud seperti iman abu jahal.
5) ذات : ما قام بنفسه
Zat ialah barang yang membawa diri sendiri, misal pada makhluk seperti tubuh benda hidup dan tokor benda mati atau ketul. Adapun zat tuhan bukanlah tubuh tokor atau ketul sama sekali. Hanyalah zat tuhan itu ketiadaan kaif (لا يتكيف بكيفيات)
6) صفة : ما قام بغيره أو ما يتعلق بشيء ثبوتياً
او إنتفائياً او وجوديًا او حاليًا
Sifat ialah barang yang berdiri dengan jalan menumpang atau barang yang bertakluk dengan suatu samada sunguh (nafsiah) atau ternafi (salbiah) atau wujud (maani) atau hal (maknawiyah)..
7) عرض : الشيء الوجودي الحادث
Aradh ialah suatu yang bangsa ada lagi baharu seperti gerak, diam, hitam, putih, sejuk, panas, pahit, pedas, masam, kelat.
8)جرم : كل ما ملاء فراغ
Jirim ialah setiap barang yang memenuhi tempat kosong
9) جسم : كل ما تركب من جوهرين فأكثر
Jisim ialah setiap barang yang bersusun daripda dua jauhar maka lebih
# jirim dan jisim ialah umum khusus mutlak yakni jirim umum manakala jisim khusus.
Kaedah
Tiap jisim itu tentu jirim
Tiap jirim tidak tentu jisim

الأشياء الاربعة (Alashyaul arbaah)
BERMULA PERKARA @ SESUATU ITU ADA 4 BAHAGIAN
Tak dapat tidak setiap penuntut ilmu tauhid mahir didalam bahasan الأشياء kerana menghukum ilmu tauhid tidak akan terkeluar dari الاشياء yg 4 iaitu :
١) موجود - وجودى
٢) معدوم - عدمى
٣) حال - حالى
٤) امر اعتبار - امر اعتبارى
Makna tiap tiap satu daripada 4 perkara :
١) وجودى : ما تمكن رؤيته لو كشف عنا الحجاب
Wujudiyyun ialah barang yang mungkin oleh melihatnya jikalau dibukakan hijab
Masuk didalam ashyak Wujudi ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : zat dan sifat maani tuhan
2) Nisbah baharu kena kepada segala Zat dan Aradh makhluk
Murod Melihat disini : tak wajib semata mata ikut MATA kerana sifat dan zat tuhan yang wujudi maujud tiada berwarna. Sedangkan mata kita hanya bertaaluk dengan sekalian warna..
٢) عدمى : ما يدل على الانتفاء الشيء
Adamiyyun ialah barang yang menunjuk ia diatas ternafi suatu
Masuk didalam ashyak adamiy ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : Sifat Salbiah
2) Nisbah baharu kena kepada segala sifat seperti botak dan mandul dll dikatakan sifat adamiy bagi makhluk kerana botak ternafi rambut dan mandul ternafi anak.
٣) حالى : ما له تحقق فى نفسه
Haliyyun ialah barang yang terbenar @ sabit pada dirinya
Masuk didalam ashyak hal ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : sifat maknawiyah
2) Nisbah baharu kena kepada segala sifat gemuk kurus petak segi dll segala bentuk dikatakan sifat hal bagi makhluk
٤) امر اعتبارى : ما له ثبوت فى نفسه
Amrun iktibariyyun ialah barang yang baginya sabit pada dirinya
Masuk didalam ashyak amrun iktibari ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : sifat nafsiah
2) Nisbah baharu kena kepada sifat nafsiah makhluk.
Peringatan : wujudi وجودى dan wujud وجود adalah dua yang berbeza kerana wujud itu semata mata lawan bagi adam :
وجود لاون عدم
Ini dikatakan مطلق المنافى semata mata menafi. Wujud ternafi adam.
Adapun wujudi (وجودى) lawannya tiga :
وجودى لاون :عدمى، حالى، امر اعتبارى
Begitulah juga adami juga jika masuk ى nisbah lawannya juga tiga iaitu wujudi, hali, dan amrun iktibari..
Qiaslah pada lain lain..
والله أعلم
Bolehlah bagi yang alim turut komen supaya mencukupkan makna perbahasan dan betul andai tersalah
والله اعلم
( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan