SUFI AGUNG MANSUR AL-HALLAJ DIBUNUH PENGUASA ZALIM YANG JAHIL

 

SUFI AGUNG MANSUR AL-HALLAJ (ABUL MUGHITS)

"AKULAH KEBENARAN, BUKAN AKULAH TUHAN..."

Ungkapan yang telah terzahir daripada mulut Mansur al-Hallaj, iaitu :
“ANA AL-HAQ...”
Ertinya : AKULAH KEBENARAN atau AKU YANG BENAR.
Telah banyak disalahtafsirkan oleh para pengkritik-pengkritiknya yang jumud Berilmu, bahawa ungkapan tersebut samalah dengan permaknaannya mengaku bahawa dirinya itu adalah sebagai Tuhan atau sebutannya :

‘'AKULAH TUHAN'’.

Lantaran itu, Mansur al-Hallaj telahpun menerima hukuman bunuh yang sangat-sangatlah kejam sekali daripada penguasa zalim yang Jahil di dalam Berilmu.

Padahal, ungkapan beliau itu tersangat-sangatlah jelas dan terang sekali, bahawa beliau tidak sama sekali menyebutkan dirinya itu adalah Tuhan kecuali menyatakan akan 'KEBENARAN' atau 'HAQ' dari DZAT YANG MAHA AGUNG.

Dan pada ketika itu, menurut al-Imam al-Ghazali.
Yang sebenar-benarnya itu bukanlah Pengakuan dari Mansur al-Hallaj sendiri, tetapi ianya adalah langsung daripada KALAM DZAT YANG MAHA ADA setelah tersingkap habisnya kesemua Tabir Diri dan telah Fana ataupun Lebur didalam KEAGUNGAN DZAT MAHA MUTLAK itu.

Firman Allah SWT :
“Apabila telah tersingkap Kebenaran (Haq) maka lenyaplah semua yang batil”.
(QS. Al-Isra’ : 81)

Jikalau menurut terminologi SUFI pula, perkataan ‘TUHAN’ itu masih belum lagi Ada sebelum terciptanya alam semesta raya ini.

Yang 'ADA' hanyalah 'SI ADA' yang tanpa Sifat, tanpa Nama dan tanpa Perbuatan.
Justeru itu, perkataan ‘TUHAN’ itu sendiri sebenar-benarnya adalah suatu istilah sahaja bagi Menyatakan akan Sifat-Nya yang sebenar-benarnya WUJUD setelah 'SI ADA' itu Rindu hendak Memperkenalkan Akan Diri-Nya.

Lalu menerbitkan akan Cahaya-Nya yang teramat-amatlah Suci daripada Dzat-Nya sendiri, tetapi masih Batin didalam Ujud-Nya.

Kemudian daripada Cahaya-Nya itu DIA Membungkuskannya menjadi RUH AL-ADZAM (Penghulu Segala Nyawa) atau disebutkannya sebagai RUH MUHAMMAD.
Dan daripada RUH AL-ADZAM itu, DIA Membungkuskannya menjadi RUH IDAFI (Ruh Adam dan Keturunannya).

Dan daripada RUH IDAFI itu, DIA Membungkuskannya menjadi QALBU (Hati Insan).
Dan daripada QALBU itu, DIA Membungkuskannya kedalam benda yang bernama NASUT yang Diciptakan-Nya daripada Empat Anasir, iaitu :
- Air.
- Api.
- Angin.
- Tanah.
Dan daripada Empat Anasir itu, DIA menjadikannya Empat Warna, iaitu :
- Merah.
- Kuning.
- Hitam.
- Putih.
Dan daripada Empat Warna itu, DIA Membungkuskannya menjadi DEBU.

Dan daripada DEBU itu, DIA membentukkan Rupa Jasad Insan dengan Tangan-Nya sendiri, iaitu KEJADIAN INSAN PERTAMA.

Maksud dengan Tangan-Nya itu adalah difahaminya dengan secara Maknawi, yakni Tadbir Urusan-Nya tanpa dicampuri oleh Para Malaikat.

Ketika DZAT YANG MAHA ADA itu telah mengisytiharkan akan Diri-Nya Tuhan.
Berertinya, telahpun Ada yang Menyaksikan-Nya.

Yang Menyaksikan-Nya pula hanyalah RUH AL-ADZAM, kerana pada ketika itu belum terciptanya lagi Para Malaikat dan sekalian yang lain-lainnya.

Menurut kefahaman SUFI, bahawa yang sebenar-benarnya Penampakan Tuhan itu sendiri adalah merupakan Tabir Cahaya dan bukanlah melihat DZAT YANG MAHA ADA dan MUTLAK itu dengan secara Haqiqi.

Ibaratnya seseorang yang melihat gambar di dalam skrin komputer, tetapi penglihatan itu bukanlah melihat gambaran yang sebenar-benarnya. Tetapi hanyalah menatap bayangannya sahaja.
Firman Allah SWT :
“Alastu birobbikum ?” Qalu “Bala syahidna !”.
(QS. Al-Araf : 172)

Keadaan ini dinamakan oleh AHLI SUFI sebagai ALAM BAHUT.
Alam Bahut seumpamanya CERMIN CAHAYA di antara Alam Jabarut dan Alam Lahut.
Cermin Cahaya itu ialah Penampakan yang sebenar-benarnya ADA tidak lain daripada DZAT semata-mata atau KUNHI DZAT.

Maka RUH yang berada di Alam Jabarut sesungguhnya tidak Menyaksikan atau Melihat DZAT MUTLAK itu secara telus (Direct) kecuali melalui Tabir Cermin Cahaya, iaitu Alam Bahut.

'BA' adalah bahasa pengucapan pertama daripada makhluk, iaitu RUH dan belum adanya bahasa lain sebelum itu.
Lantaran itulah 'BA' menjadi Awal Huruf di dalam Kitab Suci Al-Qur’an, iaitu did alam Ayat Basmallah dan di dalam Hadist menyatakan bahawa Titik dib awah Huruf 'BA' itu pula mengandungi RAHASIA seluruh Al-Qur’an.

AHLI SUFI di dalam Mukasyafah tentangnya Kalimah ;
“LAA ILAHA ILLALLAH”.
Membawakan kepada Maksud yang lebih mendalam dan di sebaliknya dengan membalikkan pandangan Mata Hati, iaitu :
"TIADA YANG MAUJUD SECARA BENAR KECUALI ALLAH..."

Perkataan ‘TUHAN’ telah digantikannya dengan ‘UJUD’.
Jelas sebagaimana maksudnya ;
"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..."

Maka 'ALLAH' itulah sahaja yang 'UJUD', iaitu Nama bagi DZAT WAJIBAL WUJUD.

Perkataan ‘TUHAN’ itu Bersifat Majazi (Sementara Ada dan bukanlah perkataan itu kekal selama-lamanya dan Wujud dengan sendirinya).

Selagi perkataan ‘TUHAN’ itu disebut-sebut, maka selagi itulah terdapatnya persaingan di antara tuhan-tuhan yang menjadi penyembahan jin dan manusia. Dan ini masih memerlukan kepada Penafian dan Itsbatul Yakin.

Tidak sepertimana orang-orang awam yang memerlukan Penafian dengan berkali-kali.
Tetapi AHLI SUFI telahpun mengambil langkah dengan hanya satu kali sahaja Penafian pada seumur hidupnya, iaitu :
"MENGISBATKAN UJUD ITU HANYALAH YANG SATU..."

Yang 'SATU' itulah KEESAAN DZAT tanpa bersertanya dengan yang lain-lainnya, maka yang lain-lainnya itu adalah DIA juga walaupun bukan DIA Yang Haqiqi.
Tetapi hanya sebagai Penampakan DIA YANG MAHA MUTLAK.
"ALLAH ITULAH DZAT YANG MAHA BERDIRI DENGAN SENDIRINYA..."

Jadi bagaimanakah dikatakan Mansur al-Hallaj telahpun mendakwa bahawa dirinya itu adalah Tuhan? Sedangkan istilah Tuhan itu sendiri tidak ada di dalam kamus DZAUK AHLI SUFI kecuali semata-mata UJUD yang menamakan DIRI-NYA ALLAH ?

“AKULAH TUHAN...”
Itu adalah ungkapan Fir’aun yang zalim atau Tauhid Fir'aun.
Sedangkan, apa yang telah terungkap melalui mulut Mansur al-Hallaj adalah :
“ANA AL-HAQ...”
Ianya adalah daripada KALAM ALLAH sendiri iaitu AL-HAQ !

Pada Hakikatnya, kedua-dua ungkapan itu tersangat-sangatlah jauh bertentangan dan jauh perbezaan akan Maksudnya. Yang terkeluar daripada mulut Fir’aun itu adalah Hawa Nafsunya yang mendakwa dirinya itu sebagai Tuhan.

Tetapi yang telah terkeluar daripada mulut Mansur al-Hallaj adalah Cahaya-Nya yang teramat-amatlah Suci sebagaimana ianya jelas di dalam Surah An-Nur : 35
“Allah itulah Cahaya langit dan bumi. Umpama Cahaya-Nya itu seperti sebuah Pelita Agung di dalam sebuah Misykat.”

( Sumber dari Syeh Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan