CARILAH YANG TERSIRAT

 

CARILAH YANG TERSIRAT

Wujud itu hanyalah sebagai 'PERBENDAHARAAN'...

Di dalam yang TERSIRAT itu adanya RAHASIA, dan di dalam RAHASIA itulah AKU (ALLAH SWT).
Yang 'TERSIRATLAH' yang 'HAKIKATNYA'...
Yang TERSIRAT akan Sulit untuk dinilai pada Hakikatnya, kerana ianya Tidak Berbentuk dan Tidak Berwarna juga Tidak Berhuruf dan Tidak Bersuara.

Akan tetapi !
DIA lah juga yang Mewarnai segala kehidupan keseluruhannya.
DIA lah yang Tersembunyi yang mempunyai Nilai yang tersangat-sangatlah tinggi.
DIA mempunyai RAHASIA yang perlu ianya Dikaji dengan terperinci bagi Membuktikan Kebenaran didalam kehidupan manusia dan makhluk-makhluk lainnya.

Namun,
Mengapakah kita kurang memperhatikan akan Diri-Nya ?
Apakah kerana ianya tidak kelihatan ?
Terpendam atau Tersembunyi ?
Hinggakan terkeliru ?

Ketahuilah bahawa,
Setiap segala sesuatu itu pada Hakikatnya mempunyai RAHASIA yang TERSIRAT.
Dan sememangnya, mencarinya itu tidaklah semudah membicarakanya sahaja.

Akan tetapi, Hal ini perlulah ianya Dikaji dengan secara lebih teliti, terperinci dan mendalam, kerana ia adalah SUMBER ILMU dan perkara-perkara yang HAQ.
Janganlah sesekali memandang remeh akan perihalnya yang TERSIRAT itu.
Janganlah sesekali menganggapkan bahawa yang TERSURAT itu adalah lebih penting, bermutu, yang benar dan juga yang mewarnai segala kehidupan keseluruhannya.
Pada Hakikatnya, pandangan yang sebegitu adalah kurang tepat adanya.

Oleh kerana itu,
Marilah kita Mempelajari serta Mengkaji dengan lebih terperinci akan setiap Zarah yang terlihat mahupun yang tidak terlihat.

Kerana, apa-apapun yang terlihat itu pada Hakikatnya adalah bayangan sahaja daripada RAHASIA ILMU TERSIRAT-NYA.
Yang Terbaik sekali adalah mencari ILMU dan RAHASIA yang ada pada Ilmu tersebut, agar yang HAQ itu menjadi jelas kelihatan dan nyata juga akan bertambahnya KEIMANAN.
Kenyataan Ilmu telah diambil daripada Kalam Tuhan, yaitu AL-QUR’AN.
Sedangkan AL-QUR’AN itu mengandungi RAHASIA tentangnya seluruh kejadian apa-apapun yang ada di Alam Semesta Raya ini.
“Li kulli Ayatin wa Harfim wa Nuqthotin minal Qur’aani”
Ertinya : Setiap Ayat, Huruf dan Titik didalam AL-QUR’AN mempunyai HIKMAH.
Ayat diatas itu adalah contoh yang terdapat didalam AL-QUR’AN.
Yang mana, dinyatakannya setiap Titik, Huruf, Ayat dan Surah yang mempunyai 'HIKMAH' dan 'RAHMAT'.

Maksudnya :

AL-QUR’AN itu adalah KALAMULLAH...
Setiap Huruf ada Kemanisannya.
Setiap Ayat ada Kebahagiaannya.
Setiap Kalimah ada Kemuliaannya.
Setiap Juz ada Pembalasannya.
Dan setiap Surah ada Keselamatannya.

Demikianlah juga dengan berbagai-bagainya peristiwa yang terjadi, pasti akan ada HIKMAHNYA dan menjadi ILMU serta INGATAN, juga TAULADAN bagi kita semua.
Manusia perlulah mencari RAHASIA, kerana manusia itu sendiri adalah RAHASIA-NYA.
Terutamanya tentang kejadian-kejadian yang terang, jelas dan nyata.
Agar ianya boleh dijadikan Ilmu dan Pemahaman tentangnya KEKUASAAN dan KEBESARAN TUHAN yang berlaku terhadap seluruh Makhluk-Nya.

Setiap kejadian apa-apapun itu, tidaklah ianya habis dengan sebegitu sahaja, kerana tidak akan sesekali adanya yang secara kebetulan terjadinya.
Kesemua itu perlulah ianya dijadikan sebagai Ikhtibar atau Kajian sebab dan musabab.
Dan diatas Kajian yang lebih terperinci itulah akan lahirnya 'ILMU DISEBALIK TABIR' atau apa-apapun yang disebutkannya sebagai :
"TERSIRAT..."

Kata Guruku :
"ADA RAHSIA DI DALAM RAHSIA. Maka Kenalilah dirimu itu rata-rata, maka Kenallah engkau pada yang ESA..."

( Sumber dari Syeh Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan