MUHASABAH DIRI Belajarlah daripada GULA...
Walaupun hanyalah sebagai PENAMBAH RASA sahaja, sama ada didalam membancuh kopi mahupun teh.
Tetapi ianya tetap 'IKHLAS' sebagai PEMANIS dan PENYEDAP RASA...
Maka, Hidup kita haruslah setulusnya GULA didalam kopi.
Disaat kopinya KURANG MANIS, maka orang-orang akan berkata :
"GULANYA KURANG..."
Namun, disaat RASANYA telahpun menepati. Maka orang-orang akan berkata :
"Kopinya Sedap..."
Hakikatnya tidaklah penting bagi GULA, apakah ia akan DIINGATI ataupun DILUPAKAN sahaja.
Asalkan ia telahpun meredam Pahit pada kopi tersebut, kerana itu sudahpun mencukupi dan memadai baginya...
Engkau sudahpun Berjuang Menegakkan Kebenaran dengan bermatian-matian.
Engkau sudahpun Berdakwah dengan Sekuat Tenaga dan Setulus Hati.
Engkau sudahpun berbuat pelbagainya Kebaikan kepada orang-orang.
Namun, engkau tidak juga dihargai ?
Bahkan disebut-sebut pun tidak ?
Wahai saudara-saudaraku yang Berjiwa Tenang Menerima Kasih.
Insan yang telahpun berada di Maqam yang Terbaik itu tidak akan pernah sesekalipun berhenti daripada Berbuat Baik.
Walau sesekalipun tidak dihargai !
Sebabnya, bagi Insan-Insan yang sudahpun Memiliki Maqam yang paling Terbaik itu, yang ia mahukan bukanlah balasan mahupun pandangan daripada manusia.
Tetapi, Hakikatnya yang ia hendakkan dan ingin Nikmati adalah semata-mata hanyalah 'RAHMAT' daripada ALLAH SWT sahaja...
“Jikalau kita Berbuat Baik dan tidak sesekalipun dikenang orang, maka teruslah Berbuat Baik kerana akhirnya urusan kita bukanlah dengan orang-orang, tetapi dengan yang MAHA ESA, kerana Kebaikan yang telahpun kita lakukan itu Hakikatnya adalah untuk diri kita sendiri..." - Syeh Haqtullah
MENSUCIKAN ROHANI DENGAN SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKANNYA DENGAN SEPENUH KEIKHLASAN TANPA ADANYA BALASAN APA-APAPUN.
Inilah HAKIKAT TASAWWUF !
"KOSONG", HANYA "DIA SEADANYA"..
0 comments:
Catat Ulasan