"SUFI di dalam Perkahwinan dan Rumahtangga..."
"Nafkah Isteri bagi SUFI itu bukanlah hanya sekadar menunaikan nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perhatian dan syahwat (Seksual) semata-mata. Bahkan yang lebih utamanya adalah menunaikan Keperluan Fitrah Rohani (Spiritual) isteri untuk Mengenal dan Cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Rohani yang akan kembali Menghadap Allah SWT di Alam Yang Kekal Abadi, maka Rohanilah yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu..."
1) SUFI itu adalah golongan yang Berpegang kepada Kesucian di dalam Cinta Allah SWT dan Rasul-Nya. Suci Ilmunya itu adalah berasaskan Al-Qur'an, Hadist, Ijma dan Qias (Syariat, Tarekat, Hakikat, Ma'rifat dan Tasawwuf). Suci Amalnya itu adalah berasaskan Tauhid dan Iman yang Haqiqi. Suci Akhlaknya itu terbit daripada Hati yang Bernafsu Tenang (Tawadhuk, Zuhud, Redha, Sabar dan Syukur). Suci Jiwanya itu daripada segala yang bersifatkan keduniawian, lantaran Asyiknya Mengingati, Merasai atau Memandang (Syuhud) kepada Allah SWT yang dicintai.
3) Perkahwinan bagi SUFI itu bukanlah hanya sekadar kelazatan hubungan jasad, kepuasan logika akal dan romantika emosi diantara suami dan isteri. Hakikatnya Perkahwinan SUFI itu adalah bagi mengecapi segala 'Kenikmatan Kesatuan Rohani' suami dan isteri di dalam Mengenal dan Cinta kepada Allah SWT. Sehinggalah tiadanya lagi hak aku, kamu ataupun dia. Melainkan semuanya telahpun Lebur didalam HAK Allah SWT.
4) Nafkah Isteri bagi SUFI itu bukanlah hanya sekadar menunaikan nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perhatian dan syahwat (Seksual) semata-mata. Bahkan yang lebih utamanya adalah menunaikan Keperluan Fitrah Rohani (Spiritual) isteri untuk Mengenal dan Cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Rohani yang akan kembali Menghadap Allah SWT di Alam Yang Kekal Abadi, maka Rohanilah yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu.
5) Keadilan di dalam Perkahwinan (Poligami) SUFI itu bukanlah hanya sekadar Adil berbahagi giliran, duit belanja, harta benda ataupun santunan emosional. Pembahagian hal-hal ini sukar untuk memuaskan kesemua pihak pada setiap masa, kerana itulah sifat Fitrah jasad, akal dan emosi di duniawi yang sementara ini.
2) Akad Nikah bagi SUFI itu bukanlah hanya sekadar melafazkan Akad dengan Kadi atau Juru Nikah ataupun Wali Nikah semata-mata, kerana ianya tidak sesekali akan menyandarkan Akad Nikahnya itu kepada orang-orang lain. Ianya adalah 'Ikrar Hati' yang di dalam kesedaran untuk memikul segala 'Amanah Allah SWT' untuk menjaga Hamba-Nya yang bergelar isteri di duniawi yang sementara ini mengikuti Kehendak-Kehendak Allah SWT.
Firman Allah SWT :
وَلَنْ تَسْتَطِيْعُوْٓا اَنْ تَعْدِلُوْا بَيْنَ النِّسَاۤءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِيْلُوْا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوْهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۗوَاِنْ تُصْلِحُوْا وَتَتَّقُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ كَانَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(QS. An-Nisa' : 129)
Lebih utamanya sekali adalah berbagi Limpahan Cinta Allah SWT yang Maha Adil kepada Rohani isteri-isteri melalui Pimpinan dan Bimbingan yang Benar. Jiwa isteri yang telah dikurniakan segala Limpahan Cinta Agung tidak akan lagi menuntut atau merungut akan hal duniawi yang remeh temeh. Renungkanlah dan hayatilah akan kisahnya Nabi Ibrahim AS, Siti Sarah dan Siti Hajar yang dicatatkan di dalam Al-Qur'an.
6) Perceraian di dalam SUFI itu bukanlah bermaknanya permusuhan atau kebencian ataupun putusnya Silaturrahim. Apabila suami Yakin tidak lagi upaya bagi Memimpin atau Menguruskan Keperluan Fitrah Rohani isteri, bukanlah semata-mata di atas alasan ataupun tuntutan Nafsu dan kebendaan isteri. Ataupun Yakin bahawa isterinya tidak lagi sedia menyerahkan dirinya untuk Dipimpin oleh suami. Maka ketika itu Perceraian adalah jalan yang lebih terbaik. Namun ianya akan berlaku dengan kaedah Hukum yang jelas, harmoni dan saling membuahkan Kebaikan kepada kedua-dua pihak. SUFI itu akan lebih mengutamakan Hubungan Cinta Allah SWT, jikalau Perceraian itu boleh menjadi sebab munasabab lancarnya dan eratnya Hubungan Cinta kedua-duanya kepada Allah SWT. Maka itulah yang akan menjadi pilihan.
7) Bahtera rumahtangga di dalam SUFI itu bukanlah hanya sekadar tumpuan kepada urusan suami dan isteri juga pengurusan anak-anaknya. Rumahtangga itu adalah di ibaratkannya satu sel di dalam satu anggota negara dan satu tubuh umat sedunia. Satu tubuh umat bagi SUFI membawa segala Amanah atau bermaksud untuk menzahirkan Keindahan dan Kesempurnaan Cinta Allah SWT yang Maha Penguasa di dalam segala sistem kehidupan. Sepertimana yang dikemudi oleh Nakhoda Ulung Baginda Nabi SAW. Natijahnya adalah Cinta Allah SWT dan Rasul-Nya, Cinta sesama Insan dan Cinta kepada Alam dan segala makhluk yang semuanya dimiliki oleh Allah SWT.
Maka, satu Bahtera Rumahtangga SUFI yang Dipimpin oleh suami bagi memikul segala Amanah mengemudi isterinya dan anak-anak di dalam keluarganya menjadi sebahagian daripada :
"LAMBANG KESEMPURNAAN CINTA AGUNG...
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
"LAMBANG KESEMPURNAAN CINTA AGUNG...
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
0 comments:
Catat Ulasan