SYEIKH SITI JENAR

 


SYEIKH SITI JENAR*
(SEJARAH YANG SEBENARNYA...)
Nama asalnya Syeikh Siti Jenar adalah Sayyid Hasan ’Ali al-Husaini, beliau telah dilahirkan 1404 M di Persia, Iran.
Apabila beliau tumbuh dewasa, beliau telah mendapatkan gelaran Syeikh Abdul Jalil.
Dan ketika beliau datang untuk Berdakwah ke Caruban, sebelah tenggara Cirebon. Beliau telah mendapatkan gelaran Syeikh Siti Jenar atau Syeikh Lemah Abang.
Syeikh Siti Jenar adalah seorang Sayyid atau Habib Keturunan daripada Nabi Muhammad SAW.
Nasab lengkapnya :
Syeikh Siti Jenar (Sayyid Hasan ’Ali)
bin Sayyid Shalih
bin Sayyid ’Isa ’Alawi
bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin
bin Sayyid ’Abdullah Khan
bin Sayyid Abdul Malik Azmat Khan
bin Sayyid 'Alwi 'Ammil Faqih
bin Sayyid Muhammad Shohib Mirbath
bin Sayyid 'Ali Khali Qasam
bin Sayyid 'Alwi Shohib Baiti Jubair
bin Sayyid Muhammad Maula Ash-Shaouma'ah
bin Sayyid 'Alwi al-Mubtakir
bin Sayyid 'Ubaidillah
bin Sayyid Ahmad al-Muhajir
bin Sayyid 'Isa An-Naqib
bin Sayyid Muhammad An-Naqib
bin Sayyid 'Ali al-'Uraidhi
bin Imam Ja'far Ash-Shadiq
bin Imam Muhammad al-Baqir
bin Imam 'Ali Zainal 'Abidin
bin Imam Husain Asy-Syahid
bin Sayyidah Fatimah Az-Zahra
binti Nabi Muhammad SAW.
Semenjak kecil lagi beliau telahpun Berguru kepada ayahnya sendiri iaitu Sayyid Shalih didalam bidang Al-Qur’an dan Tafsirnya.
Dan Syeikh Siti Jenar semasa kecilnya telahpun berhasil menghafalkan Al-Qur’an seusia 12 tahun.
Kemudian, ketika Syeikh Siti Jenar telahpun berusia 17 tahun, maka beliau bersama-sama dengan ayahnya telah Berdakwah dan berdagang ke Negeri Melaka.
Di Negeri Melaka ayahnya iaitu Sayyid Shalih telah diangkat menjadi Mufti Negeri Melaka oleh Kesultanan Melayu Melaka dibawah pimpinan Sultan Muhammad Iskandar Syah.
Pada saat itu, Kesultanan Melayu Melaka berada dibawah Pimpinan Khalifah Muhammad 1 Kekhalifahan Ustmaniyyah.
Akhirnya Syeikh Siti Jenar dan ayahnya telah bermukim di Negeri Melaka.
Kemudiannya, pada tahun 1424 M, telah berlakunya perpindahan kekuasaan diantara Sultan Muhammad Iskandar Syah kepada Sultan Mudzaffar Syah.
Sekaligus pergantian Mufti baru daripada Sayyid Shalih (Ayah Syeikh Siti Jenar) kepada Syeikh Syamsuddin Ahmad.
Pada akhir tahun 1425 M, Sayyid Shalih beserta anak dan isterinya telah berpindah ke Cirebon.
Di Cirebon, Sayyid Shalih menemui sepupunya iaitu Sayyid Kahfi bin Sayyid Ahmad.
Posisi Sayyid Kahfi di Cirebon adalah sebagai Mursyid Tarekat al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah daripada Sanad Utsman bin ’Affan. Sekaligus Penasihat Agama Islam Kesultanan Cirebon.
Sayyid Kahfi kemudiannya mengajarkan Ilmu Ma’rifatullah kepada Syeikh Siti Jenar yang sewaktu itu telahpun berusia 20 tahun.
Pada saat itu, Mursyid Tarekat al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah adanya 4 orang, iaitu :
1) Maulana Malik Ibrahim, sebagai Mursyid Tarekat al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah, daripada Sanad Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq.
Untuk wilayah Jawa Timur, Jawa Tengah, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Maluku dan sekitarnya.
2) Sayyid Ahmad Faruqi Sirhindi, daripada Sanad Sayyidina ’Umar bin al-Khattab.
Untuk wilayah Turki, Afrika Selatan, Mesir dan sekitarnya.
3) Sayyid Kahfi, daripada Sanad Sayyidina Utsman bin ’Affan.
Untuk wilayah Jawa Barat, Banten, Sumatera, Champa dan Asia Tenggara.
4) Sayyid Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Bilali, daripada Sanad Imam ’Ali bin Abi Thalib.
Untuk wilayah Mekkah, Madinah, Persia, Iraq, Pakistan, India dan Yaman.
Kitab-Kitab yang telah dipelajari oleh Syeikh Siti Jenar kepada Sayyid Kahfi adalah :
- Kitab Fusus al-Hikam karya Ibnu ’Arabi.
- Kitab Insan Kamil karya Abdul Karim al-Jilli.
- Kitab Ihya’ Ulumuddin karya al-Imam al-Ghazali.
- Risalah Qushairiyah karya Imam al-Qushairi.
- Tafsir Ma’rifatullah karya Ruzbihan Baqli.
- Kitab at-Thawasin karya Al-Hallaj.
- Kitab at-Tajalli karya Abu Yazid Al-Busthamiy.
- Quth al-Qulub karya Abu Thalib al-Makkiy.
Sedangkan didalam Ilmu Fiqih Islam pula, Syeikh Siti Jenar telahpun Berguru kepada Sunan Ampel selama 8 tahun.
Dan beliau juga mempelajari Ilmu Usuluddin kepada Sunan Gunung Jati selama 2 tahun.
Setelah Wafatnya Sayyid Kahfi, Syeikh Siti Jenar telah diberikan Amanat untuk menggantikannya sebagai Mursyid Tarekat al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah dengan Sanad Utsman bin ’Affan.
Diantara murid-muridnya Syeikh Siti Jenar adalah :
- Muhammad Abdullah Burhanpuri.
- Ali Fansuri.
- Hamzah Fansuri.
- Syamsuddin Pasai.
- Abdul Ra’uf Sinkiliy.
Dan lain-lainnya.
* KESALAHAN DAN PEMALSUAN SEJARAH TENTANGNYA SYEIKH SITI JENAR YANG MENJADI FITNAH.
1) Menganggap bahawa Syeikh Siti Jenar berasal daripada cacing.
Sejarah ini telahpun bertentangan dengan Akal Sihat manusia dan Syariat Islam.
Tidak adanya bukti-bukti rujukan yang kuat bahawa Syeikh Siti Jenar berasal daripada cacing.
Ini adalah Sejarah yang bohong dan palsu !
Didalam sebuah naskah klasik, Serat Candhakipun Riwayat Jati (Alih Aksara).
Cerita yang masih sangat popular tersebut telahpun dibantah dengan secara tegas :
"Adapun diceritakan kalau Lemah Abang (Syeikh Siti Jenar) itu berasal daripada cacing, itu salah. Sebenarnya ia memang manusia yang akrab dengan rakyat jelata, bertempat tinggal didesa Lemah Abang..."
2) Ajaran "Manunggaling Kawulo Gusti” yang dikaitkan dengan Syeikh Siti Jenar oleh beberapa penulis sejarah tentangnya Syeikh Siti Jenar itu adalah bohong, tidak berasas atau sekadar cerita rekaan semata-mata.
Istilah itu adalah berasal daripada Kitab-kitab Primbon Jawa.
Padahal, didalam Suluk Syeikh Siti Jenar, beliau telah menggunakan Kalimat “FANA’ WAL BAQA".
"FANA’ WAL BAQA" sangat-sangatlah berbeza penafsirannya dengan "Manunggaling Kawulo Gusti".
Istilah "FANA’ WAL BAQA" itu merupakan ajaran TAUHID yang merujuk kepada Firman Allah SWT :
”Kullu Syai’in Haalikun Illaa Wajhahu”
Ertinya :
“Segala sesuatu itu akan rosak dan binasa kecuali Dzat Allah”.
Pada Hakikatnya Syeikh Siti Jenar adalah Pengamal Ajaran TAUHID SEJATI, TAUHID FANA’ WAL BAQA’, TAUHID QUR’ANI dan TAUHID SYAR’IY.
3) Didalam beberapa buku ada menceritakan bahawa Syeikh Siti Jenar telah meninggalkan Solat, Puasa Ramadhan, Solat Jumaat, Haji dan sebagainya.
Syeikh Burhanpuri didalam Risalah Burhanpuri halaman 19 telah membantahnya dengan berkata :
“Saya Berguru kepada Syeikh Siti Jenar selama 9 tahun, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa beliau adalah Pengamal Syariat Islam Sejati. Bahkan Solat Sunnah yang dilakukan Syeikh Siti Jenar adalah lebih banyak daripada manusia biasa..."
"Tidak pernah bibirnya berhenti daripada Berdzikir ALLAH... ALLAH... ALLAH..."
"Dan membaca Selawat Nabi..."
"Tidak pernah beliau putus daripada Puasa Daud (Isnin-Khamis, Puasa Yaumul Bidh)..."
"Dan tidak pernah saya melihat beliau meninggalkan Solat Jumaat..."
4) Beberapa penulis telah menuliskan bahawa kematian Syeikh Siti Jenar telah dibunuh oleh Wali Songo (Wali 9) dan mayatnya telah berubah menjadi anjing.
Bantahan saya :
“Ini adalah suatu penghinaan kepada seorang Waliyullah, seorang Cucu Nabi Muhammad SAW..."
"Sungguh amat keji dan terlalu biadab, dimana seseorang yang menyebutkan bahawa Syeikh Siti Jenar lahir daripada cacing dan meninggal menjadi anjing..."
"Jika ada penulis yang menuliskan seperti itu, maka itu berertinya dia tidak boleh berfikiran jernih dan hatinya yang kotor. Mungkin mereka itu adalah para Orientalis..."
"Didalam teori Antropologi atau Biologi Quantum sekalipun, manusia akan lahir daripada manusia dan akan wafat sebagai manusia..."
Maka saya meluruskan Riwayat ini berdasarkan Riwayat Para Habaib, Alim Ulama’, Para Pengkaji Sejarah yang Benar dan lain-lainnya yang terpercaya akan Kewara’annya.
Mereka rata-rata telah berkata bahawa, yang sebenar-benarnya Syeikh Siti Jenar telahpun meninggal didalam keadaan sedang Bersujud di Pengimaman Masjid Agung Cirebon. Setelah Solat Tahajjud.
Dan para muridnya baru mengetahuinya pada saat akan melaksanakan Solat Subuh.
5) Cerita bahawa Syeikh Siti Jenar telahpun dibunuh oleh Wali Songo (Wali 9) adalah bohong dan palsu. Tidak memiliki literatur primer.
Cerita-cerita sebegitu itu hanyalah sekadar khayalan yang ditokok tambah sahaja, agar ianya kelihatan lebih dahsyat, dan juga laku apabila ianya dijadikan filem atau menyembunyikan segala Kebenaran daripada seluruh Umat Islam.
Bantahan saya :
“Wali Songo (Wali 9) itu adalah Penegak Syariat Islam..."
Padahal, didalam Maqaashidus Syarii’ah telah diajarkan bahawa Islam itu memelihara kehidupan (Hifzhun Nasal wal Hayaah).
Tidak boleh sesekali membunuh Jiwa Mukmin yang didalam Hatinya memiliki IMAN kepada Allah SWT.
Tidaklah mungkin 9 WALIYULLAH yang Suci daripada Keturunan Nabi Muhammad SAW akan membunuh WALIYULLAH daripada Keturunan yang sama.
Itu tidak akan boleh diterima oleh Akal yang sihat dan Hati yang bersih !
Manipulasi dan penghancuran Sejarah ini pada Hakikatnya adalah ulah para Penjajah yang datang membawa segala Fitnah untuk memecah belahkan seluruh Umat Islam.
Agar Umat Islam akan selalu bertelingkah dan sentiasa mempertikaikan diantara Ulama’ Syariat dengan Ulama’ Hakikat.
Bahkan, Penjajah telahpun mengklasifikasikan Umat Islam Dunia Akhir hari ini dengan Politik Devide and Rule (Sistem demokrasi politikus pecah belah).
Wahai kaum Muslimin Dunia Akhir Zaman, melihat akan fenomena seperti ini, maka kita haruslah sentiasa tetap berwaspada terhadap segala upaya para kolonialist, imprealis, zionis, freemasonry dan sebagainya yang bertopengkan Orientalis terhadap penulisan Sejarah Islam atau segala agenda-agenda kejinya.
Hati-hatilah, janganlah sampai kita diadu domba dengan sesama Umat Islam, sehinggakan kita terjatuh kedalam Jurang Kenikmatan dan Jurang Pertelingkahan.
Janganlah sampai Umat Islam Dunia Akhir hari ini diperbodohkan, dijahilkan, disesatkan, dihancurkan dan Para Ulama yang Haq juga turut berpecah belah.
Maka marilah kita Bersatu Padu diatas Landasan Kebenaran Allah SWT untuk Kejayaan Islam dan Umat Islam di Dunia sehinggalah ke Akhirat...

( Sumber dari Syeh Haqtullah )



 
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan