NUR

 


NUR نور

Bermula Nur itu dua. Satu Nur pada Khariz dan kedua Nur pada zihin. Pada ibarat sahaja bukan ianya pada makna dan makna Nur itu satu jua seperti kata Mursid. Yakni satu Nur yang nyata bagi diri kamu itu ghaib ia dengan segala asma dan satu Nur yang nyata bagi diri kamu bekasnya daripada langit dan bumi syurga neraka.
Maka Nur yang awal itu maujud pada Khariz dan Nur yang kedua itu maujud pada zihin, murad dengan bekasnya itu bagaimana kenyataan dalam sanubari itu ataupun sebagainya. Murad dengan Nur itu suci dan tahkid dan tetap barang itu adanya dan terangnya ada.
Sabda Nabi Solallahu Alaihi Wassalam.( )
Yakni bahwasanya di dalam jasad Anak Adam ada segumpal daging, apabila baik ia nescaya baik sekelian badan dan apabila binasa nescaya binasa sekelian badan ++ dan kata Imam Ghazali Rahmatullahi Taala. Bahawasanya, telah nyata dengan hadith Nabi Solallahu Alaihi Wassalam ini, bahawasanya asal kemuliaan manusia itu iaitu hati. Maka adapun hati itu seperti raja yang diikuti di dalam alam jasad itu. Dan segala anggota yang zahir yakni lain daripada hati itu tenteranya yang mengikut akan dia. Yakni hati itu seperti raja dan badan itu seperti negeri tempat kerajaan dan segala anggota yang zahir itu seperti tenteranya dan murad dengan anggota yang zahir itu iaitu seperti mata dan hidung dan teliga dan lidah dan tangan dan faraj dan perut dan kaki (++)
Shahdan bermula Lafaz Qolbi dan Lafaz Ruh dan Lafaz Hati dan Lafaz Nafas dan Lafaz Akal itu sebab inilah menyatakan Imam Ghazali Rahmatullahi Taala dengan katanya +++ ( )
Yakni mengenal hati dan makna ruh dan makna nafas dan makna akal. Adapun Lafaz Qolbi yakni hati iaitu di ithlakkan ( semata-mata ) bagi dua makna.
Pertama - Daging, rupanya seperti buah kayu sanubari yang ditaruh dalam pihak kiri pada dada dan di dalam batin itu berlubang tempat diam darah yang hitam iaitu tempat terbit Ruh dan tempat keluarnya. Dan daging yang dinamakan hati yang di atas rupa buah kayu sanubari itu ada pula bagi binatang dan bagi orang-orang mati (+)( )
Ertinya makna yang kedua itu Latiful Rabbaniah Ruhaniah yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada Tuhannya, ya itulah Haqiqat Ruh manusia seperti firman Allah Taala (+) - - ( ) (+)
Ertinya: Katakanlah oleh mu Ya Muhammad, bermula Ruh itu perbuatan Tuhanku dan adalah baginya berhubung dengan daging yang bernama hati sanubari dan adalah hati yang bernama Latiful Rabbaniah ini iaitu yang mengetahui akan Allah Taala yang mendapat ia bagi barang yang tiada mendapat akan dia oleh khayal dan waham maka ada pun hati yang bernama Latifatul Rabbaniah itu ia itulah Hakikat Insan dan yang di Qhitab (ditentukan)oleh Allah Taala di dalam Alam Ruh dengan katanya (+) Alastu Birabbikum (+) jawab Qolubala (+) dan adapun yang bernama Ruh Thobii namanya dan iaitu seperti asap yang tempat ternyatanya darah yang hitam yang di dalam bathin daging dan terhembur dengan segala urat-urat yang bergerak dan urat-urat yang memalu-malu di dalam segala suku-suku sekelian badan. Yakni dimisalkan itu seperti cahaya pelita di dalam rumah kerana terang segala penjuru yang di dalam rumah itu ialah daripada cahaya pelita itunya jua. Maka yang dikehendaki oleh segala ahli tholib dengan ithlak akandia itu akan Ruh Thobii itu Ruh Hawaini (++) dan dengan dialah hidup sekelian haiwan ini dengan dia itu keluar masuk segala nafas dan dengan dialah kekal darah di dalam sekelian badan dan apabila terbit Ruh Thobii itu daripada badan maka ia itu matilah sekelian badan dan putuslah nafas dan hilanglah darahnya. (++)
Adapun Latiful Rabbaniah yakni jisim yang halus maujud ia di dalam badan yang dibangsakan kepada perbuatan Tuhan iaitu makna Haqiqat Hati dan adapun Ruh dan Qolbi itu kedua-duanya itu atau bilangan dengan makna yang satu iaitu dinamakan AlLatifatulRabbaniah yang tersebut dahulu itu di datangkan kedua-duanya itu atas anuar yang satu pada hal tiada berbeza dan tiada berlainannya pada ibarat makna yang pertama jua dan kepada makna yang kedua itu kerana haqiqat Ruh itu tiada mengetahui akan dia melainkan Allah Taala ataupun orang yang diberi ilmu laduni namanya. Wallahu A’lam.


( Sumber dari Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan