PERINGKAT KEYAQINAN*

 


PERINGKAT KEYAQINAN*
"YAQIN, AINUL YAQIN DAN HAQQUL YAQIN..."
Maharaja rama-rama telah memerintahkan tiga ekor rama-ramanya untuk menyiasat "MENGENAL" keadaan api yang terbakar, tidak jauh daripada istananya.
1) Maka, terbanglah rama-rama yang pertama kearah api yang terbakar itu.
Dia melihat dengan jelas (Daripada jauh) api yang dimaksudkannya tadi.
Inilah yang dikatakannya : "YAQIN".
2) Maka giliran rama-rama yang kedua pula terbanglah kearah api yang terbakar itu.
Dia dapat melihat keadaan api itu, dan dia pun semakin mendekat kepada api yang sedang terbakar itu. Lalu dia pun merasakanlah panasnya api yang membakar itu.
Inilah yang diertikannya : "AINUL YAQIN".
3) Kini giliran rama-rama yang ketiga pula terbanglah menuju kearah api yang terbakar itu.
Dia telah melihat keadaan api itu, kemudiannya dia pun mendekatkan dirinya kepada api yang sedang terbakar serta merasakan panasnya api itu.
Kemudiannya, dia pun menjunamkan dirinya sendiri kedalam api yang membakar tersebut.
Maka terbakarlah dia (Lenyap didalam HAQ).
Kenal dengan sebenar-sebenarnya Kenal (Sampai ke Puncak atau Matlamatnya).
Inilah yang dimaksudkannya : "HAQQUL YAQIN".
Bagaikan seekor rama-rama yang Terbakar ataupun Mati...
Maka, seseorang AHLI MA'RIFAT itu telahpun 'MATI' pada Hakikatnya.
Namun, Matinya seorang AHLI MA'RIFAT itu bukanlah bermaksudnya terputus Nyawa daripada Jasad.
Terputusnya Nyawa daripada Jasad itu bukanlah Mati, tetapi hanyalah semata-mata pertukaran tempat ataupun pertukaran alamnya sahaja.
Saidina Umar al-Khattab radhiyallahu anhu berkata :
"MATILAH SEBELUM MATI..."
Maka, Syeikh Al-Alawi pun berkata :
"Mati yang sebenar-benar menurut orang-orang SUFI ialah FANA' atau lenyapnya si Hamba itu..."
AHLI MA'RIFAT itu Hakikatnya Mati kepada Dirinya sendiri, dan juga Mati kepada alam seluruhnya.
Namun, ianya tetap Hidup di 'ALAM ALLAH SWT'...
Jikalau ditanya tentang wujudnya AHLI MA'RIFAT tersebut, maka dia sekali-kali tidak akan pernah menjawab !
Abu Yazid Al-Bustami pernah ditanya tentang dirinya. Lalu beliau pun menjawab dengan berkata :
"Abu Yazid telah Mati, mudah-mudahan Allah SWT mencucuri Rahmat kepadanya..."
INILAH MATI YANG HAQIQI...
Seorang AHLI MA'RIFAT itu mestilah Wajib mencapai kepada Peringkat "HAQQUL YAQIN".
Seorang AHLI MA'RIFAT yang telahpun dapat mencapai Peringkat "HAQQUL YAQIN" itu,
Meskipun ianya dicaci hina, dituduh sesat dan menyesatkan, difitnah penipu dan gila, direndahkan dan diremehkannya, dan berbagai-bagainya lagi ancaman.
Maka, kesemuanya itu hanya akan dianggapnya sebagai hiburan penyedap halwanya semata-mata. (Hanya Mendengar dan Berdiam Diri sahaja).
Malah, adanya yang sampai ianya dibunuh dan dipaksa untuk merubah akan KEYAQINANNYA, seperti yang berlaku kepada :
Al-Hallaj, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri dan lain-lainnya.
Namun, Insan-Insan yang sudahpun mencapai Peringkat "HAQQUL YAQIN", maka ianya akan tetap menerima segala-galanya 'SEADANYA' dan senantiasa didalam 'KETENANGAN'.
"HAQQUL YAQIN" itu Hakikatnya adalah Akar Tunjang didalam BERMA'RIFAT.
Hakikatnya "HAQQUL YAQIN" itu adalah 'ANUGERAH' daripada Allah SWT.
Allah SWT telah 'Membuka Hati' seseorang Insan-Nya untuk Memperkenalkan Dirinya kepada Diri-Nya.
"Dengan 'HAQQUL YAQIN' ia datang dengan berjalan. Aku datang dengan berlari."
(Hadis Qudsi)
Semoga kita semua di Akhir Zaman (Penghujung Zaman) ini akan 'DIANUGERAHKAN' oleh Allah SWT untuk Sampai kepada Peringkat "HAQQUL YAQIN"...

"HAQQUL YAQIN" yang bermaksudnya : "KEYAQINAN YANG BENAR..."
Namun, sebenarnya diatas "HAQQUL YAQIN" itu adalah : "KAMALUL YAQIN".
"KAMALUL YAQIN" pula yang bermaksudnya : "KEYAQINAN YANG SEMPURNA..."
Maka, "KAMALUL YAQIN" itu adalah setaraf Para Anbiya', Para Auliya' dan mereka-merekalah yang kembali kepada MUHAMMAD RASULULLAH...

( Sumber dari Syeh Haqtullah )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan