ILMU DAN AMAL*


 


ILMU DAN AMAL*

Engkau mendakwa ILMU terlalu meninggi kelangit !
Tetapi, mengapakah Hatimu masih lagi dipenuhi oleh segala sesuatu yang tidak selayaknya ?
Mengapa ???
"Hasbunallah Wani'mal Wakil..."
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung...
Rupa-rupanya, segala ILMU yang telahpun engkau ketahui itu adalah dakwaan semata-mata, apabila tidak DIJALANINYA dan DIAMALKANNYA dengan sebaik-baik mungkin.
Ibaratnya :
Seperti ladang yang besar sudahpun ada, tetapi apabila tidak mahu bercucuk tanam. Maka yang akan tumbuh disitu hanyalah tumbuhan-tumbuhan yang meliar dan semak samun semata-mata.
Begitulah juga dengan dirimu wahai anak-anak Adam...
Jikalau engkau tidak MENJALANI dan MENGALAMI akan setiap daripada ILMU yang telahpun engkau ketahui dan fahami itu.
Maka engkau tidak akan sesekali dapat menemui akan HAKIKAT KETENANGAN dan HAKIKAT KEBAHAGIAAN yang sebenar-benarnya.
Sepertimananya Insan-Insan terdahulu yang telahpun Menyatu didalam JALAN KEILMUAN ini.
Bahkan, ILMU yang engkau perolehi itu akan menjadi Hijab pada dirimu semata-mata.
Insan-Insan terdahulu itu BERILMU ZUHUD dan telah memperolehi KAROMAH. Itu adalah kerana mereka sangat-sangatlah rajin BERAMAL dan BERDZIKIR.
Janganlah sesekali engkau menjadi sepertimana burung kakak tua yang hanyalah pandai mengikuti apa-apapun sahaja yang orang-orang katakan dan lakukan.
Atau akhirnya, engkau hanyalah sepertinya tin yang kosong sahaja, dimana hanya luarannya sahaja yang cantik tetapi tidak ada langsung Kenikmatan-Nya.
ILMU itu mestilah ianya melalui PROSES AMAL dan FAHAM,
Dan pengakhirannya pula akan melahirkan HAKIKAT ZUHUD.
Maka, tidak akan adanya lagi erti gila pangkat, gila nama, gila harta, gila pengaruh, gila pengikut dan sebagainya.
Insan-Insan yang telahpun "SAMPAI PADA HAKIKAT-NYA",
Pada pandangan mereka terhadap Duniawi Tipu Daya yang sementara ini adalah rendah dan hina sahaja, juga hanyalah tempat bergurau senda atau bermain-main semata-mata.
Kerana Hakikat Kehidupan yang sesungguhnya itu hanyalah di Kampung Akhirat (Negeri Akhirat) kelak semata-mata. Maka hanya itulah Pegangan dan Matlamat mereka.
ILMU itu di ibaratkannya berkerja dengan majikan, apabila rajin Diamalkannya atau Dikerjakannya. Maka akan banyaklah Hasilnya ataupun Keuntungan yang didapatkan.
Maka haruslah di ingatkan bahawa, diatas ILMU itu Hakikatnya adalah SABAR.
Dan PERJALANAN ILMU itu pula adalah Akal Yang Senantiasa Berfikir...
* HAKIKAT BERILMU.
Apakah yang dimaksudkannya dengan BERILMU itu ?
BERILMU itu bukanlah bermaksudnya engkau telahpun menghafal segala dalil-dalil, bukanlah juga engkau pintar berteori-teori dan dengan penuturan kutipan-kutipan yang memukau mata orang-orang lain atau sebagainya.
Tetapi, BERILMU itu Hakikatnya adalah :
"BERCAHAYANYA HATIMU"...
Yang Menerangi orang-orang disekitarmu.
Yang membawa Kedamaian Hati dan 'KETENANGAN CINTA'.
Yang mengikat kuat Rasa Persaudaraan dan Kasih Sayang sesama Insan.
BERILMU itu adalah KEUNGGULAN JIWA diatas KEMULIAAN-NYA...
Mulia kerana membasuh airmata mereka-mereka yang menangis sedih, luka dan nestapa.
Mententeramkan Hati mereka-mereka yang risau, gundah, galau, kacau dan membawa RASA TENANG dan terjaminnya dengan KASIH SAYANG.
Jikalau ILMU engkau 'Tidak Sampai', maka janganlah sesekali engkau membuka buku !
Tetapi sedarilah disetiap kelemahanmu dan kekuranganmu, maka Muhasabahlah Dirimu Sendiri.
Buku hanya akan memuatkan racun-racun pemahaman dan dogmatisme !
Yang akan membentuk kerangka tempurung-tempurung sempit lagi gelap, dan juga yang akan membatasimu daripada Kebebasan Berfikir dan Kemerdekaan Dirimu serta Pencapaian Rohani.
Maka, bukalah lembaran barumu sebagai orang-orang BERILMU yang sesungguhnya.
Yang mengerti akan Hakikat Kebodohanmu dirimu sendiri !
Maka demikianlah ILMU itu akan mengalir didalam darah orang-orang yang dipenuhi ILHAM daripada Tuhan yang MAHA ESA..

( Sumber dari Syeh Haqtullah )




Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan