Agama dan Hakikat Manusia

 

Agama dan Hakikat Manusia
Rumusan Siri Syarahan Sabtu Bersama Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas
Pada awal pembicaraan mula-mula Prof Al-Attas menyentuh apa yang telah dibahas sebelumnya tentang pengalaman dan kebingungan yang dialami oleh orang Barat. Dari apa yang banyak terjadi di dunia Muslim sekarang, tentunya banyak dipengaruhi oleh fahaman Barat, sebab mereka (Muslim) telah melupakan sejarah mereka sendiri, sejarah idea-idea, sejarah Dunia dan lain-lain. Oleh itu, bagaimana Muslim dapat menghadapi dan mengatasi permasalahan sulit yang akan terjadi di hadapan, sementara mereka tidak mengetahui sejarah dunia, apatah lagi kalau tidak memahami sejarah sendiri?
Agama dan peradaban sebagaimana disinggung oleh Prof Al-Attas yang ajaran dan misinya banyak tersebar ialah Islam dan Kristian. Apatah lagi Islam yang merupakan agama universal, yang penyebarannya semakin pesat, kira-kira 100-150 tahun lalu telah tersebar di Afrika Utara, China, Iraq, Turki, Rusia dan alam Melayu. Begitu juga dengan kristian yang berkembang begitu pesat, kerana Kristian mempunyai banyak misi dan ajarannya juga sedikit sebanyak mempunyai ciri yang sama dengan Islam.
Prof Al-Attas pun membicarakan tentang Barat dan pengetahuan berkenaan dengan manusia (the science of men). Yang menjadi sumber rujukan terhadap pengetahuan ini adalah Aristotle dan Plato, orang yang dianggap sebagai fondasi peradaban Barat. Ketika mereka membicarakan tentang manusia, orang-orang Yunani (greeks) sentiasa membicarakan tentang jiwa (soul). Naun, ketika membicarakannya, pemahaman mereka tidak mungkin tiba-tiba muncul begitu sahaja tanpa dipengaruhi oleh idea-idea yang ada ketika itu. Idea-idea tersebut boleh jadi banyak dipengaruhi oleh ajaran-ajaran dari wahyu.

Prof Al-Attas kemudian menjelaskan teori Darwin tentang idea-idea evolusi, asal-usul spesies dan lain-lain. Idea-idea ini sebenarnya terpengaruh oleh pengalaman dari kebingungan peradaban Barat sendiri, sebab mereka selalu berfikir tentang perubahan dan adanya transisi. Berbeza dengan orang Yunani atau orang seperti Aristotle yang tidak menerima perkembangan manusia dan idea transisi.
Pada masa pencerahan dan moden, studi tentang manusia tidak lagi menjelaskan jiwa. Manusia bukan lagi entiti yang memiliki jiwa (soul), sebab jiwa merupakan sesuatu yang berbeza. Mereka membatasi manusia hanya dari segi entiti biologi dan aspek haiwan sahaja.
Barat selalu berfikir perubahan dan perkembangan, maka tidak dinafikan bahawa agama juga mengalami hal demikian (evolusi) sebagaimana ditegaskan oleh ilmuwan besar abad pertengahan, iaitu Thomas Aquinas. Agama Yahudi (judaism) dan Kristian pun ikut serta memberikan bahagian dalam pemahaman tersebut. Kerana dalam kitab suci mereka tidak banyak membicarakan tentang hakikat manusia dan jiwa. Perjanjian lama (old testament) dan perjanjian baru (new testament) banyak membicarakan tentang sejarah dan sejarah Nabi-nabi terdahulu—yang sama dengan hanya sekadar kronologi.
Prof Al-Attas juga menyatakan bahawa Barat berdasarkan pengalaman kezaliman mereka, mulai sedar memikirkan apa itu keadilan? Muslim tidak kebingungan lagi tentang konsep tersebut, sebab ianya telah ditegaskan di dalam kitab suci mereka. Oleh sebab itulah Prof Al-Attas mendefinisikan keadilan sebagai suatu kondisi dimana meletakkan sesuatu pada tempatnya yang tepat. Tentu tempat juga tidak sama, kerana manusia memang tidak sama. Walaupun persamaan di antara manusia adalah sama-sama makhluk Tuhan, tetapi yang membezakan mereka antara satu dengan yang lainnya adalah taqwa.
Para modenis seperti Jamaludin Al-Afghani dan Muhammad Abduh juga ingin menyamakan manusia. Pada hakikatnya juga mereka terpengaruh oleh Barat tentang sosialisme, kemudian berangsur-angsur ke masharakat (society). Walaupun masharakat adalah hal yang penting, tetapi ada yang lebih penting dari itu, iaitu individu. Sebab sesebuah masharakat dapat tercipta disebabkan oleh individu.
Dalam Islam, manusia didefinisikan dalam dua hal: [1] insan [2] bashar. Islam mengajarkan bahawa manusia memiliki dua komponen, iaitu jasmani (body) dan ruhani (soul). Hal ini berbeza dengan Barat, mereka mempunyai konsep dualisme, mengambil yang satu dan meninggalkan yang lain. Dari hal tersebut konsep manusia yang difahami Barat menjadi berubah. Sama juga halnya dengan sejarah, ada period klasik, pertengahan (middle), renaissance, enligtenment (pencerahan), moden dan seterusnya. Idea pembagian sejarah ini secara tidak langsung memperlihatkan idea tentang evolusi. Sementara idea ini berbeza dari apa yang dialami oleh sejarahwan Muslim, mereka tidak pernah membahagi-bahagikan sejarah sebagaimana yang dialami oleh Barat. Bagi Muslim sejarah hanya dua, sebelum Islam dan setelah Islam.
Prof Al-Attas juga menerangkan tentang apa yang telah dilakukan oleh failsuf sama ada Muslim mahupun non-Muslim terdahulu. Dari banyak aspek yang keliru dari para failasuf, Imam Al-Ghazali[1] hanya mengoreksi dan tidak sependapat tentang tiga kekeliruan idea:
[1] Dunia ini kekal. Barat ketika membincangkan tentang hal ini, tentunya idea ini mereka ambil dari Yunani Kuno (ancient greek). Begitu juga dengan Einstein yang beranggapan bahawa alam semesta: bulan, bintang, matahari ini berjalan sesuai dengan hukumnya masing serta tidak ada keterlibatan Tuhan di dalamnya. Namun bagi Muslim, Tuhan setiap saat selalu aktif menciptakan[2], tidak berhenti dari menciptakan, tidak mengenal kantuk atau pun tidur.
[2] Allah SWT tidak mengetahui perkara yang partikular. Tentunya pandangan ini tidak dapat diterima, sebab Allah mengetahui segala apa yang ada dipikiran manusia mahupun isi hatinya.
[3] Tidak adanya kebangkitan jasad. Di antara pemikir Muslim yang mengingkari adanya hari kebangkitan nanti adalah Ibn Rushd. Ia menyatakan, apabila jasad manusia sudah hancur, maka tidak mungkin ia dapat bersatu kembali. Soalannya adalah apabila jasad diganti dengan yang baru, maka bagaimana dia mampu menjadi saksi, sementara ia berbeza dari jasad sebelumnya? Kebangkitan jasad nanti tentunya dengan jasad jasad yang asli (original). Sekian…….. Wallāhu a‘lam,
ditulis oleh Rahmat Hidayat, calon Master Falsafah CASIS
[1] Imam al-Ghazali tidak mungkin mengkritik para failsuf kalau ia tidak mengerti falsafah. Baginya juga bahawa falsafah merupakan cabang daripada ilmu. Imam al-Ghazali merupakan ulama yang sangat langka, ia merupakan ulama multi disiplin keilmuwan, menguasai tidak hanya Falsafah dan Mutakallim sahaja, akan tetapi beliau juga merupakan seorang Sufi.
[2] Al-Taftazani menyatakan, perkataan khāliq atau khalaqa bukan bermaksud untuk zaman dahulu (in the past) sahaja, tetapi Dia (Allah) sekarang juga masih dalam keadaan sama. Makanya dikatakan bahawa semua alam semesta ini setiap saat dalam keadaan baru (QS Qāf: 15).


( Sumber dari Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan