GOLONGAN MUNAFIQ*

 


GOLONGAN MUNAFIQ*
Ketahuilah bahawa !
Sesungguhnya MUSUH ISLAM yang sebenar-sebenarnya itu bukanlah daripada golongan Kuffar
Hakikatnya MUSUH ISLAM yang paling kuat dan yang tersangat-sangatlah bahaya sekali itu adalah daripada GOLONGAN MUNAFIQ !
GOLONGAN MUNAFIQ ini bagaikan KUMAN yang berada didalam DARAH UMAT ISLAM...
"BAGAIKAN GUNTING DALAM LIPATAN..."
Mereka sama selayaknya umat Islam yang lainnya, bahkan SUJUD (Solat) nya juga pun sama QIBLAT. Namun siapakah yang sangka, mereka adalah PARA PENGKHIANAT !
Hanya GOLONGAN MUNAFIQ sahajalah PENGKHIANAT yang boleh Menyesatkan dan Menghancurkan AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR.
Jikalau hanya diharapkan golongan Kuffar yang zalim saja datang dengan pelbagai agenda-agendanya, sememangnya tidak akan sesekalipun pernah berjaya segala agendanya itu.
Namun, GOLONGAN MUNAFIQ lah yang menjadi 'PUNCA UTAMA' bagi membuka segala PINTU-PINTU FITNAH atau memberikan ruang kepada MUSUH ISLAM untuk masuk bagi menjayakan segala agendanya yang tercela itu.
Sebab itulah juga Nabi SAW tidak sesekalipun merisaukan tentangnya Dajjal, sekiranya Dajjal muncul pada zaman Baginda SAW. Nescaya Baginda SAW lah yang akan membunuhnya.
Namun, yang lebih Dikhuatiri keatas umatnya oleh Baginda SAW adalah :
"PEMIMPIN YANG MENYESATKAN DAN ULAMA SU'..."
Ingatlah bahawa, apabila kemunculannya IMAM AL-MAHDI AL-MUNTAZAR, Peperangan yang pertama-tama dilakukannya adalah :
"MEMERANGI GOLONGAN MUNAFIQ..."
BELAJARLAH DARIPADA SEJARAH, KERANA SEJARAH AKAN SENTIASA BERULANG...
Daripada Thauban RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya aku hanya khuatir (takut) atas umatku ini para pemimpin yang menyesatkan."
(HR. al-Tirmizi)
Daripada Abu Zar RA, dia berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya : Ketika aku bersama Nabi SAW pada satu hari ke rumahnya, aku mendengar Baginda berkata :
"Bukan Dajjal yang lebih aku khuatirkan terhadap umatku daripada Dajjal." Sebelum Baginda hendak masuk, aku bertanya : 'Apakah yang lebih engkau khuatirkan atas umatmu daripada Dajjal itu ? Baginda menjawab : 'Para pemimpin yang menyesatkan orang lain.'"
(HR. Ahmad)
Dari Abu Dzar berkata, ”Dahulu saya pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda :
“Sungguh bukan Dajjal yang aku takutkan atas umatku.”. Beliau mengatakan tiga kali, maka saya bertanya,” Wahai Rasulullah, apakah selain Dajjal yang paling Engkau takutkan atas umatmu ?”. Beliau menjawab, para tokoh yang menyesatkan”.
(Musnad Ahmad 35/222)
Daripada Ali bin Abi Thalib RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Sudah hampir tiba suatu zaman apabila tiada yang tinggal daripada Islam itu kecuali Namanya sahaja dan tiada tinggal daripada Al-Qur'an kecuali Tulisannya sahaja. Masjid dibina indah, tetapi Kosong daripada Hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah langit. Daripada merekalah keluarnya segala Fitnah dan kepada mereka Fitnah itu kembali."
(HR. Baihaqi)
أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل: وما هو يارسول الله؟، فقال: علماء السوء"
"Ada yang paling aku khawatirkan dari kalian ketimbang Dajjal. Beliau kemudian ditanya, Apa itu wahai Rasulullah ?` Beliau menjawab : ulama su` (buruk)."
Dari Tsauban, ia berkata bahwa telah bersabda Rasulullah SAW :
“Hampir saja bangsa-bangsa memangsa kalian sebagaimana orang lapar menghadapi meja penuh hidangan.” Seseorang bertanya, “Apa saat itu kita sedikit ?” jawab Beliau : “Bahkan saat itu kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih-buih di laut. Allah akan cabut rasa takut dari dada musuh kalian, dan Allah sungguh akan mencampakkan Penyakit Wahn dalam hatimu.” Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah apa itu wahn ?” Beliau menjawab : “Cinta dunia dan takut mati”
(HR. Abu Daud dan Ahmad)
Didalam sebuah hadist Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat terdahulu itu” Beliau menjawab : “Penyakit itu terlah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarah, hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”
(HR. Al-Hakim)
( Sumber dariKenaliMusuhSebenar )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan