CARA MENGENAL SUARA JANTUNG (SUARA HATI) DENGAN SUARA FIKIRAN

 


CARA MENGENAL SUARA JANTUNG (SUARA HATI) DENGAN SUARA FIKIRAN
Suara hati, kata hati, gerak hati, bisikan sanubari, dorongan batin, firasat, intuisi atau apa pun gelarannya adalah hal JANTUNG, bukan hal otak. Arab memanggil jantung sebagai “qalb”. Kita biasa memanggilnya sebagai “kalbu”. Kalbu atau “qalb” bukan merujuk kepada “hati”, ia merujuk kepada “jantung”. Dalam bahasa Arab, hati ialah “kibdun”. Namun, kerana kita telah terbiasa beranggapan “hati” ialah “qalb” atau kalbu, maka “hati” itulah yang mendapat nama.
Sains mendapati, jantung mempunyai 5,000 kali kekuatan gelombang elektromagnet berbanding otak. Sains juga mendapati jantung menerima maklumat seawal satu atau dua saat lebih cepat sebelum alam bawah sedar merekodkannya. Justeru itu, tidak hairanlah jika alat electrocardiogram (ECG) dapat mengesan “gelombang jantung” seseorang berada kurang lebih 3 kaki dari badannya. Sebab itu bila seseorang berada hampir dengan kita, kita dapat merasakan “getarannya”.
SUARA JANTUNG vs FIKIRAN
1. NEUTRAL. Suara jantung tidak memihak kepada salah benar, baik buruk atau positif negatif. Jika sudah ada pertimbangan, itu adalah kata fikiran kerana “pertimbangan” adalah hal pengalaman. Pengalaman adalah hal “fikiran” yang bernama memori. Memori menyimpan emosi dan membentuk ego. Makanya, jika ada pertimbangan salah benar, baik buruk, positif negatif, itu ialah suara fikiran.
2. BAHASA RASA. Suara jantung ialah bahasa rasa, bukan bahasa kata-kata. Ia adalah rasa yang mendamaikan bukan menakutkan. Rasa “damai” inilah getaran yang paling awal dapat dirasakan oleh diri. Bila maklumat dihantar ke otak, barulah ia ditafsirkan dengan bahasa kata-kata. Barulah ia jadi hal “fikiran”, barulah ia jadi hal menakutkan kerana takut ialah hal pengalaman. Pengalaman terbina dari memori dan memori adalah hal fikiran. Makanya, jika kita “seolah-olah” terdengar kata-kata bisikan, itu ialah suara fikiran, bukan “suara jantung”.
3. DENYUTAN JANTUNG BERUBAH. Tanda sesuatu maklumat itu dari suara jantung ialah degupan jantung seseorang akan berubah samada menjadi lebih laju, lebih perlahan atau melahirkan degupan yang tidak sekata, yang berbeda dari degupan jantung yang biasa. Belajar peka kepada denyutan jantung sebelum menerima maklumat ialah kaedah yang paling senang untuk mengenal pasti samada sesuatu maklumat itu datangnya dari suara jantung atau fikiran.
4. TAK DAPAT DIJELASKAN OLEH AKAL
Suara jantung tidak dapat dijelaskan melalui prinsip “APAKELAGI” (apa, kenapa, bila, bagaimana). Soalan tentang “apa” yang dirasakan, “kenapa” merasakan, “bila” perlu buat, “bagaimana” harus buat dll hanya dapat dijawap dengan “entah” atau “tidak tahu”. Ia tidak dapat dijelaskan oleh akal tetapi entah bagaimana “suara jantung” itu dapat memberi pedoman dan diri tahu melakukannya.
5. MAKLUMAT DISAMPAIKAN SECARA BERPERINGKAT. Maksudnya, suara jantung menyampaikan maklumat tertentu secara sedikit-sedikit bukan sekaligus. Bila kita melakukan perbuatan menurut “suara jantung”, nantinya ada maklumat-maklumat lain yang akan diperolehi. Selepas buat itu, dapat ini. Selepas dapat itu dan buat ini nantinya dapat begini pula. Maklumat diberikan secara berperingkat, bukan sekaligus. Namun, walau apa pun keadaannya, kita tetap tenang, redha, tidak takut dan sentiasa dalam situasi “Let It Be”.
BUNYI, CAHAYA DAN KAITANNYA DENGAN NUR MUHAMMAD ~ SUATU PERSPEKTIF BERBEDA
Bilamana kita berfikir, bilamana kita merasa sesuatu, tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang menghasilkan bunyi. Cumanya frekuensi bunyi ini tidak dapat didengari oleh telinga kita. Bunyi yang terhasil dari PERBUATAN jasad ini kemudiannya menukarkan TENAGA kepada suatu benda yang BERBENTUK. Maka jadilah sesuatu itu dengan bentuk-bentuk dan sifatnya tersendiri. Dari bentuk, kemudiannya benda itu dinamakan dengan pelbagai NAMA tertentu mengikut kesesuainya.
Maksudnya, fikiran, emosi dan perasaan menghasilkan getaran yang frekuensinya tak dapat didengar oleh telinga. Frekuensi ini disimpan di dalam DNA dan menjadi suatu bentuk maklumat. Untuk memecahkan maklumat, ia memerlukan BUNYI yang ada frekuensi tertentu. Bila maklumat pecah, ia menghasilkan cahaya yang dipanggil neuron.
Pemecahan maklumat bermaksud, frekuensi maklumat yang tersimpam dalam data DNA sudah jadi ilmu. Makin banyak ilmu, maka makin banyak neuron dihasilkan. Banyaknya neuron bermaksud, banyaknya ledakan cahaya terhasil dalam jasad. Ledakan CAHAYA ILMU yang banyak ini dinamakan ‘Cahaya Terpuji’ kerana ia adalah cetusan neuron yang penuh dengan ilmu yang menjadikan seseorang itu terpuji dek kebijaksanaan ilmuNya. Cahaya Terpuji dalam bahasa arab dipanggil ‘Nur Muhammad’.
AURA
Cahaya atau Nur yang meledak ini kemudiannya terpancar dari jasad lantas dipanggil Aura. Itu sebab orang-orang berilmu yang bijaksana, aura mereka nampak putih kerana diri mereka penuh dengan ledakan neuron yang terang benderang. Itu sebab ada gelaran ’wajah bercahaya’ terhadap seseorang yang berilmu.
Namun, aura mereka tidak semestinya nampak putih kerana putih adalah warna polycromatic
yang mencetuskan spectrum warna-warna lain. Frekuensi aura putih ini sangat senang didekati oleh makhluk dan sangat senang juga dimanupulasi. Namun, samada mereka mudah didekati atau mudah dimanupulasi, ianya tidak mendatangkan apa apa mudarat kepada mereka dek kerana kebijaksanaan mereka menguruskannya.
Itu sebab dalam pengajian chromatics, putih tidak dianggap sebagai warna. Ia tanda ketidakhadiran warna. Ia pencetus kepada kewujudan warna-warna lain. Ia boleh menjadi warna apa apapun. Tanpa putih, warna-warna lain tidak wujud.
Daripada putih, kita dapat mengenal warna warni kehidupan...

( Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan