GURU MURSYID*

 


GURU MURSYID*
Pada Hakikatnya GURU MURSYID itu adalah 'SATU'.
Kerana memang 'ISI' nya itu adalah sama sahaja, yaitu Kalimah Allah SWT Yang MAHA ESA.
Setiap daripada GURU MURSYID itu akan membawa KEBENARAN (AL-HAQ) daripada Rasulullah SAW untuk Menyebarkan "TAUHID" yang Murni agar manusia itu tidak hanyut didalam Kemusyrikan.
Maka inilah 'INTIPATI DAKWAH' daripada GURU MURSYID itu pada Hakikatnya.
Saya jarang menuliskan nama Guru didalam setiap tulisan dan hanya menyingkatkannya dengan 'SYEH SUFI' atau 'GURU SUFI' dan sebagainya sahaja.
Kerana Hakikatnya saya ingin saudara-saudara semua menganggapkan Guru saya adalah Guru kamu juga, dan Guru kamu adalah Guru saya juga.
Kita menyebutkan beliau sebagai GURU SUFI ?
Jikalau kebetulan sifat-sifat GURU SUFI yang saya ceritakan itu mendekati dengan Guru kamu, maka boleh jadi kita sama Seguru.
Dan jikalau pun secara fizikalnya Guru kita itu adalah berbeza, tetapi pada Hakikatnya adalah tetap sama sahaja, kerana 'ISI' didalam dada-dada dari GURU MURSYID itu adalah "NUR ALLAH".
Seorang Murid hendaklah fokus kepada Gurunya, agar boleh Murid itu mendapatkan segala Pelajaran dan Pengajaran HAKIKAT yang sangat-sangatlah Berharga, dan juga mendapatkan kelimpahan Ilmu yang memimpin Murid itu kepada KEBENARAN (AL-HAQ).
Walaupun pada akhirnya tujuan daripada Berguru itu bukanlah untuk mencari Ilmu, mencari Kehebatan ataupun mencari Kekeramatan dan sebagainya.
Tetapi, tujuan sebenar-sebenarnya itu adalah semata-mata hanyalah mencari RAHMAT-NYA.
Pada suatu hari, saya telahpun menceritakan sebuah Mimpi kepada Guru saya.
Didalam Mimpi tersebut, Guru dari Guru saya telah berpesan bahawa segala Ilmu telahpun dilimpahkan kepada Guru saya, dan Guru saya pula adalah 'Gudang Segala Ilmu'.
Ketika saya selesai sahaja menceritakannya, maka Guru saya pun berkatalah kepada saya :
"Sangatlah bagus Mimpi kamu itu, dan satu Hal yang haruslah kamu Ingat bahawa,
Berguru itu bukanlah semata-mata untuk mencari Ilmu. Tetapi Hakikatnya adalah untuk mencari TILIK KASIH-NYA..."
Saya pun bertanyalah kepada Guru, kerana ingin mengetahui Hakikatnya :
"Apakah itu TILIK KASIH-NYA wahai Guru ?..."
Lalu Guru saya pun menjelaskannya :
"KASIH SAYANG dan RAHMAT ALLAH SWT yang Tercurahkan melalui seorang Guru, itulah bekal yang HAQIQI dan paling Berharga sekali bagi seseorang Murid.
Kamu tahu, kenapakah Guru saya mengatakan kesemua Ilmu ada pada Gurumu ini ?..."
Saya pun menjawab :
"Tidak tahu wahai Guru..."
Lalu Guru saya pun berkata :
"Kerana, selama saya Berguru sampailah beliau Pulang Kehadirat Allah SWT, saya tidak pernahpun mencari Ilmu, tidak pernahpun mengharapkan harta dunaiwi dan tidak pernahpun mengharapkan Kekeramatan atau sebagainya.
Yang saya sangat-sangat inginkan hanyalah Guru semata-mata..."
Kemudian Guru saya pun melanjutkannya dengan nada yang sedih :
"Jikalau Guru sakit, saya sangat berharap bahawa Tuhan mahu memindahkan penyakit tersebut kepada saya. Biarlah saya yang sakit dan Guru tetap sihat.
Jikalaulah Guru susah, saya Berdoa agar Tuhan memindahkan kesusahan tersebut kepada saya. Biarlah saya yang menanggung kesusahan dan Guru tetap bahagia..."
(Saya melihat Guru saya menangis ketika mengucapkan kata-kata tersebut, sungguh jelas kelihat diwajahnya yang terlalu merindukan Gurunya...)
"Para Sahabat Nabi SAW itu adalah Insan-Insan Pilihan, mereka sanggup mengorbankan apa-apapun sahaja untuk Nabi SAW. Bahkan Nyawa pun diberikan andai itu diperlukan..." - kata Guru saya.
"Maka… Hakikatnya didalam Berguru, kamu janganlah sesekali pernah mencari Ilmu, mengharapkan Kehebatan dan mendapatkan Kekeramatan atau sebagainya.
Jikalau kamu Benar-Benar Mencintai Gurumu, maka Allah SWT akan Mencintai kamu dan seluruh alam juga akan turut Mencintaimu..."
(Nasihat dan Pelajaran yang sudahpun lama sekali saya dengar daripada Guru, rasanya seperti baru sahaja beliau mengucapkannya. Hangatnya masih terasa...)
Begitulah seorang GURU MURSYID, iaitu salah satu ciri 'KHAS' nya adalah,
Apabila ia memberikan sesuatu Pelajaran atau Pengajaran, maka akan berbekaslah di Hati Muridnya dan Muridnya itu akan berubah menjadi yang paling Terbaik.
Seseorang Guru itu sudah pastilah akan memberikan Pelajaran dan Pengajaran yang paling Terbaik sekali, tidak terkecuali Guru saya dan juga Guru kamu.
Hakikatnya Para-Para Guru itu adalah 'Insan-Insan Pilihan' yang telah Dikirimkan oleh Allah SWT untuk meneruskan 'DAKWAH RASULULLAH SAW' agar menjadikan ISLAM sebagai RAHMAT BAGI SELURUH ALAM.
Sudah tentulah juga disetiap Guru itu akan mempunyai Kemampuan yang berbeza-beza diantara satu sama yang lainnya.
Ada Guru yang mempunyai Murid yang banyak, ada yang sedikit dan ada juga yang hanya beberapa orang sahaja.
Ada yang Khusus untuk satu daerah, ada yang tersebar diseluruh dunia dan ada juga yang hanya untuk disekitarnya sahaja.
Di ibaratkannya matahari.
ia adalah tunggal, tetapi ia boleh Dilihat dan Dirasakan diseluruh dunia sesuai dengan kemampuannya masing-masing.
Ada yang melihat matahari melalui atap rumah yang bocor berbentuk persegi empat, maka matahari itu akan berbentuk persegi empat.
Dan ada juga yang melihat dari lubang segitiga, maka cahaya matahari itu akan berbentuk segitiga juga, sesuai dengan 'Wadah' yang dilewatinya.
Begitulah juga dengan CAHAYA ALLAH SWT.
Ianya itu akan melewati 'Wadah' yang berbeza-beza untuk boleh Menerangi seluruh Alam, tetapi pada Hakikatnya ianya adalah tetap 'SATU' jua.
Di ibaratkannya elektrik.
Untuk membolehkan menerima arus elektrik, ia haruslah melalui kabel, dengan bentuk dan ukuran yang berbeza-beza.
Ada yang berukuran besar dan ada pula yang berukuran kecil, bahkan ada yang sangat-sangat kecil. Tetapi semuanya tetap mempunyai isi yang sama sahaja, yaitu elektrik.
Kabel besar akan boleh menyambungkan dan membahagi-bahagikan elektrik kepada kabel-kabel yang kecil.
Dan dengan bantuan lampu akan boleh Menerangi jumlah yang banyak, sedangkan kabel yang kecil pula hanyalah boleh dipakai untuk beberapa lampu sahaja.
Walaupun kawatnya banyak dan kabelnya ribuan kilometer, tetapi ianya tidak sesekali akan menghilangkan isinya selagi kabel tersebut masih lagi bersambung dengan penjana elektrik.
Begitulah juga HAKIKAT daripada MURSYID yang 'Wadahnya' berbeza-beza, tetapi isinya tetaplah sama sahaja.
Kerana itulah, HAKIKAT daripada MURSYID itu adalah 'SATU' jua adanya.
GURU MURSYID yang mana paling hebat ???
Pertanyaan sebegitu tidak akan pernah boleh terjawab, ianya tergantung kepada siapa kamu akan bertanya.
Kerana Para Murid sejujurnya akan menganggapkan bahawa Gurunyalah yang paling hebat.
Daripada sibuk mempertandingkan GURU MURSYID itu, maka adalah lebih baik kita bertanya didalam Hati kita sendiri.
Bahawa, sudahkah kita menjadi Murid yang paling Terbaik sekali ?
Bukankah GURU MURSYID itu adalah Murid yang SHIDDIQ daripada Gurunya juga ?
Lalu, kenapakah kita hanya fokus kepada pertandingan GURU MURSYID yang bukannya wilayah kita ?
Kenapakah kita tidak fokus sebagaimana mahu menjadi Murid yang Terbaik sahaja ?
Daripada mempermasalahkan siapa GURU MURSYID yang hebat dan itu adalah 'HAK KEISTIMEWAAN ALLAH SWT'.
DIA lah yang lebih mengetahui sesiapa WALI-NYA yang paling utama.
Maka, adalah lebih baik kita belajar terlebih dahulu untuk menjadi Murid yang Terbaik dan menjadi Insan yang paling Terbaik.
Bagi saya, Guru anda adalah Guru saya juga.
Kerana GURU SEJATI itu bukanlah manusia pada Hakikatnya.
GURU SEJATI itu adalah ALLAH SWT yang menjadi "MAHAGURU" daripada segala Maha Guru...
Imam Nawawi berkata didalam kitab At-Tahdzib :
"Durhaka kepada orang tua Dosanya boleh hapus oleh Taubat, tapi Durhaka kepada Gurumu tidak ada satupun yang dapat menghapusnya."
Habib Ali bin Hasan Al-Athos berkata :
"Memperoleh Ilmu, Futuh dan Cahaya (Terbukanya Hijab-Hijab Batinnya), adalah sesuai kadar Adabmu terhadap Gurumu. Kadar besarnya Gurumu di Hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu."
(Manhajus Sawiy)
Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad berkata :
"Paling bahaya bagi seorang Murid, adalah berubahnya Hati Gurunya kepadanya. Seandainya seluruh Wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si Murid itu, nescaya tidak akan mampu kecuali Gurunya telah Redha kembali."
(Adab Sulukil Murid)
"Orang tua adalah asebab kita Selamat datang kedunia dan asebab Menyatakan Kasih Sayang Allah SWT kepada kita.
Namun, Guru pula adalah Insan yang akan Menyampaikan kita kepada Allah SWT dan dapat Menyelamatkan kita Kembali ke Negeri Akhirat..."

( Sunber dari - Syeh Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan