WAHYU ~ ILHAM
ILHAM itu bukanlah ILMU,
dan ILMU pula bukanlah ILHAM...
Manakala yang dikatakannya "ILHAM" itu pula ialah Mengetahui tanpanya Diberitahu dan tanpanya melibatkan Mata dan Telinga.
Hakikatnya "ILMU" yang daripada Mata dan Telinga itu ialah Ilmu Baca dan Faham.
Hakikatnya "ILHAM" itu pula ialah Mengetahui daripada Dalam, dan tidaklah pula daripada Luar.
Satu "ILMU RASA" itu akan melebihi daripada Kekuatan seribu Ilmu Baca.
Ada yang MENGENAL ALLAH SWT dengan Ilmunya, dan ada juga yang dengan Imannya dan ada yang dengan Sangkaannya semata-mata.
Yang paling Beruntung dan Berbahagia sekali ialah, INSAN yang Allah SWT sendiri Mengenalkan Diri-Nya kepadanya.
INSAN itu akan Menjalani Hal yang dikatakannya,
"MATI SEBELUM MATI..."
Hatinya itu pula akan Allah SWT gantikannya dengan Hati yang baru.
Maka INSAN itu dia akan :
- Di Islahkan oleh Allah SWT.
- Di Taubatkan oleh Allah SWT,
- Di Khusyukkan oleh Allah SWT dan
- Di Gerakkan oleh Allah SWT.
Dan sebagainya...
Hanya Allah SWT sahajalah yang akan menentukan apa yang INSAN itu lihat, apa yang INSAN itu makan dan kesemua perilakunya itu hanya Allah SWT sahajalah yang tentukan buatnya.
FANA' itu Hakikatnya ialah 'Keadaan Tanpa Bertubuh'...
Ianya hanyalah akan terjadi dengan secara tiba-tiba sahaja, tanpanya segala Amal dan segala Doa.
Sekiranya Hal itu di Izinkan oleh Allah SWT dan jikalau Allah SWT sendirilah yang Ber-Iradat.
(Untuk memahaminya, maka hendaklah bertanya kepada GURU MURSYID, kerana mereka yang lebih mengetahuinya...)
INSAN itu akan dapat melihat Tubuhnya sendiri daripada Luar Tubuhnya, seolah-olahnya melihat Tubuh orang lainnya.
INSAN itu dikatakannya :
"ANTAL MAUTU QABLAL MAUTU..."
Bukanlah MATI MA'NAWI, akan tetapi "MATI HAQIQI"...
Mati yang tanpanya Pusara, tanpanya Talqin dan tanpanya tangisan ahli keluarga.
Bagaimanakah INSAN itu boleh terkeluar daripada Tubuhnya sendiri dan masih tetap hidup, sedar dan waras dan juga dapat melihat Tubuhnya sendiri daripada Luar Tubuhnya ?
Itulah MAHA KEKUASAAN Allah SWT yang Mutlak tanpanya dibatasi oleh apa-apa sekalipun.
Bukanlah Ilmu "Meraga Sukma"...
Allah SWT mampu Menzahirkan Kekuasaan-Nya kepada apa-apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh Makhluk (Manusia ataupun Jin).
Mustahil bagi manusia,
tetapi tiada yang Mustahil Bagi-Nya !
Sekiranya Allah SWT Berkehendakkan segala sesuatu kecuali Mati dan sifat-sifat yang Mustahil Bagi-Nya sahaja.
DZIKIR itu Hakikatnya tidaklah dihitung, kerana jikalau ianya dihitung. Maka INSAN itu masih lagi tidak dikatakannya KHUSYUK.
Setelah terhenti sahaja segala gerak DZIKIRNYA itu, maka barulah INSAN itu akan Terasa benar-benar berada didalam Tubuhnya semula.
INSAN yang didalam FANA' itu tidak akan dapat menggunakan Mulutnya lagi, kerana Lidahnya sudahpun kelu.
Mata Zahirnya pula sudah tidak lagi dapat Melihat, kerana yang Melihat itu ialah "MATA HATINYA".
Tubuh Zahirnya itu sudah tidak lagi Terasa, kerana Deria Rasanya sudahpun Dimatikan oleh Allah SWT.
INSAN itulah yang mempunyai "PENYAKSIAN".
Dan INSAN itulah MENYAKSIKAN Alam selain daripada Dunia Nyata dan Dunia Jin (Alam Malakut).
"MATA HATI..."
MATA HATI "FU'AADU" telahpun di Singkapkan Hijab MA'RIFAT dan di Pasakkannya dengan Kalimah
"KAF, HA, YA, ‘AIN, SHOD... "
Ikutilah Jejaknya Rasul, tetapi janganlah sesekali menjadi Nabi.
Kerana Nabi yang terakhir itu, Khatamul ul-Anbiya, itu adalah Sayyidina Muhammad SAW.
Ada Kalam yang ringan, dan adanya juga Kalam yang berat.
KESUSAHAN Kalam-Kalam ILHAM yang panjang dan berat, INSAN itu akan berkeringat didalam suhu yang dingin.
Nabi SAW :
“Kadang-kadang Wahyu itu datang kepadaku (kedengaran) seperti bunyi desing. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi tu berhenti, lalu aku mengerti apa yang dikatakannya".
Sesungguhnya,
Sungguhlah Benar Allah SWT mampu sahaja menukarkan Hati Pendosa menjadi Hati Pentaubat.
Dan pula Hati Warak dan Alim kepada Hati Riak, Ujub dan Takkabur.
Allah SWT mampu sahaja Mewafatkan seseorang Pendosa didalam keadaan Hati yang BERIMAN.
Dan juga Mewafatkan seseorang Ulama didalam keadaan Hati yang Munafiq.
Allah SWT mampu Mewujudkan Neraka didalam Syurga dan juga Syurga didalam Neraka...
"RAHASIA TERSIMPAN DIPURBAKALA,
ILHAM MENYUSUL LAHIR SEMULA..."
(Rujuklah GURU MURSYID...)
( Sumber dari FB )
0 comments:
Catat Ulasan