AL-ARIF BILLAH MUHAMMAD SALIH

 

AL-ARIF BILLAH MUHAMMAD SALIH
Di kawasan Chinatown, terdapat salah sebuah masjid tertua yang diisytiharkan sebagai National Monument pada tahun 1974 iaitu Masjid Jamae (Chulia).
Masjid itu dibina oleh Ansar Sahib, seorang hartawan dari Pulicat (India) untuk masyarakat Chulia dari Selatan India pada tahun 1826. Ia pada awalnya dinamakan Periya Palli yang bermakna ‘masjid besar’ dalam bahasa Tamil.
Di bahagian belakang perkarangan Masjid Jamae (Chulia) pula terdapat sebuah makam.
Di dalam buku garis-panduan Preservations Of Monuments Board tahun 1991, makam itu dinyatakan sebagai tempat persemadian "Muhammad Salih Valinvah (atau Muhammad Salih Wali Allah)".
Muhammad Salih diyakini sebagai Wali Allah yang Arif Billah dan Imam pertama Masjid Jamae (Chulia). Salah satu anugerah yang Allah SWT kurniakan kepadanya ialah jenazahnya mengeluarkan aroma harum sewaktu proses mandian dan pengebumian. Perkara ini berlaku sekitar tahun 1830.
Di dalam kitab Kirttanatirattu karangan N M Muhammad Abdul Qadir Pulavar dari Nagore (India) yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1896, terdapat puisi dalam bahasa Tamil berkenaan "seorang Wali Allah yang dikebumikan di perkarangan Masjid Jamae".
Bersebelahan makam Muhammad Salih pula pada awalnya terdapat tanah perkuburan yang telah ditutup sejak tahun 1907.
Pada tahun 2000, kesemua 30 kubur di belakang perkarangan Masjid Jamae (Chulia) itu telah digali semula untuk dipindahkan ke Pusara Abadi; namun hanya makam Muhammad Salih sahaja yang dikekalkan sehingga ke hari ini.

Jejak Warisan Singapura
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan