Tok Wali Hassan ( 1915 - 1985 )

 

Jejak Ulama Nusantara - Kelantan
Tok Wali Hassan ( 1915 - 1985 )
Oleh : Tengku Yusuff
Wali Allah yang digelar Pak Chu Hassan ini lahir di Kampung Padang Jelapang, Lati, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1915.
Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Mat Saman Bin Awang Kechik. Ayahnya berasal dari Kampung Sipul, Tok Uban manakala ibunya bernama Mek Senik Binti Omar berketurunan Siam. Pak Chu merupakan anak ke 5 kepada pasangan ini.
Beliau mendapat pendidikan asas dalam ilmu Quran dari ibunya sendiri. Pak Chu agak mundur sedikit penerimaan ilmunya berbanding adik beradiknya yang lain. Diriwayatkan ketika beliau berusia 10 tahun, beliau pernah ditampar oleh abangnya Daud kerana tidak dapat kuasai bacaan al-Quran. Akibat rasa marah terhadap diri sendiri, beliau kemudiannya menghentak kepala sendiri ke dinding sehingga berdarah. Bermula dari petistiwa itu, ingatan penguasaan Pak Chu mula menyerlah dan mengatasi adik beradiknya.
Pada usianya 17 tahun, Pak Chu memasuki Pondok Lati, Pasir Mas di bawah didikan Tuan Guru Haji Abdullah Lati selama 35 tahun sehingga tahun 1967.
Perwatakan beliau :
1. Tegas dalam tutut kata
2. Mudah dirunding
3. Berkain pelikat dan baju kemeja lengan pendek
4. Ringan tulang
5. Boleh merawat orang
6. Mengasihani haiwan
Tok Wali Hassan terkenal sebagai seorang wali Allah yang penuh karomah. Di antara kisah kewaliannya ialah :
1. Beliau pernah ditangkap polis lalu dipenjarakan. Dalam penjara tersebut ada seorang polis telah menampar Pak Chu. Tangan polis itu tiba-tiba bengkak. Selepas sedar akan silapnya, polis itu bertemu Pak Chu dan mohon maaf barulah bengkaknya surut.
2. Pemandu-pemandu teksi amat suka membawa Pak Chu kemana mana. Ini kerana lepas sahaja Pak Chu naik teksi mereka, rezeki mereka datang melimpah ruah tanpa putus-putus.
3. Sebuah keretapi dalam perjalanan ke Rantau Panjang tidak dapat teruskan perjalanannya oleh kerana di waktu itu Pak Chu sedang solat. Selesai solat, Pak Chu menaiki keretapi tersebut barulah ia boleh bergerak.
4. Seorang peninju Muay Thai bernama Hadi Tomoi yang terkenal kerana tidak pernah kalah terserempak dengan Pak Chu di dalam bas. Dia mohon restu Pak Chu supaya mendoakan dia menang pertarungan. Pak Chu jawab "Ohh! Awe nok gi buat kebun atas muko..." . Ekoran ucapan tersebut, Hadi Tomoi telah kalah dalam pertarungan dan mengalami bengkak-bengkak muka.
5. Suatu hari, ada budak-budak kampung duduk bersembang di bawah pokok sambil makan. Budak-budak ini makan sambil meninggalkan sisa-sisa makanan. Datang Pak Chu mengambil sisa makanan tersebut lalu memakannya. Budak tadi tengok dan mengejeknya. Tiba-tiba semua budak-budak tersebut sakit perut dan terberak di situ juga tanpa sempat masuk bilik air.
6. Peristiwa di Kampung Golok, penduduk kampung melihatnya berjalan kaki di dalam hujan tanpa payung tetapi tidak basah. Katanya "Semuanya berlaku atas kemahuan Allah. Aku lalu di celah-celah air hujan".
7. Sebuah motosikal yang ditumpanginya kehabisan minyak lalu Pak Chu menuangkan air ke dalam tangki dan membaca Bismillah. Dengan izin Allah motor tadi boleh bergerak.
8. Seorang lelaki menziarahi Pak Chu dan berkata ingin melihat buaya. Lalu Pak Chu menggunakan jala dan menebarkan ia di hadapan rumahnya. Takdir Allah dapat menangkap seekor buaya.
Pak Chu Hassan pernah bertanding di dalam pilihanraya tahun 1982 di bawah tiket PAS.
Tok Wali Hassan meninggal dunia pada tahun 1985 ketika berusia 70 tahun dan jenazahnya disemadikan di bawah pohon bongor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Tulisan Hydzelan Hashim di dalam Buku Tok Wali Hassan
# JejakUlamaNusantara

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan