3 JENIS UMAT AKHIR ZAMAN
Adanya tiga golongan Umat Akhir Zaman (Penghujung Zaman) hari ini, iaitu :
1) GOLONGAN KIRI.
Hidupnya pula penuh dalam KEMUNAFIKAN dan KESYIRIKAN didalam Duniawi Palsu yang sementara ini.
Golongan ini tersangat-sangatlah ramai sekali di Akhir Zaman hari ini pada Hakikatnya.
Di ibaratkannya 1000 umat manusia yang ada, 999 itu kesemuanya adalah Yakjuj dan Makjuj.
Hanya 1 orang sahaja yang Benar-Benar BERTAUHID dan BERIMAN.
Maka, inilah golongan yang dikehidupan selanjutnya nanti akan mendapatkan penderitaan yang Maha Dahsyat...
Firman Allah SWT :
Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) di sisi Allah ? Yaitu, orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, diantara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah Thaghut.” Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."
(QS. Al-Ma'idah : 60)
2) GOLONGAN KANAN.
Yakni, golongan umat manusia yang sangat-sangat PATUH dan TAAT kepada KEBENARAN dan KEADILAN.
Walaupun ianya baru sekadar MENGENAL DIRINYA.
Namun masih belum lagi HAQIQI (Belum mencapai MA'RIFATULLAH).
Golongan ini tersangat-sangatlah sedikit jumlahnya, namun golongan ini juga masih boleh dikenali dan dijumpai.
Golongan ini akan senantiasa Berjuang dengan pelbagainya cara dan tempat.
Dan golongan ini akan tetap terlahir bertubuhkan manusia disetiap kehidupannya...
3) GOLONGAN AL-GHUROBA'.
Yakni, golongan PARA PEJUANG YANG HAQIQI.
Yang sepenuh hidupnya hanyalah akan digunakan untuk Menyebarkan AGAMA TAUHID, iaitu :
"MENTAUHIDKAN ALLAH DAN MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH..."
Hidupnya hanyalah BERJUANG DEMI KEBENARAN dan KEADILAN YANG HAQIQI dengan pelbagainya cara dan tempat.
Inilah golongan yang dikatakannya 'TERASING'.
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"ISLAM muncul dalam keadaan ASING, dan ia akan kembali dalam keadaan ASING, maka Beruntunglah orang-orang yang TERASING."
(HR. Muslim)
Dan golongan inilah yang jumlahnya tersangat-sangatlah sedikit sekali, bahkan jauh lebih sedikit daripada Golongan Kanan tadi.
Keberadaan golongan ini juga tidak dapat diketahui, bahkan tiada sesiapapun yang akan dapat mengetahui tentang dirinya yang sebenar-benarnya.
Golongan ini tidaklah terkenal dan menonjol, malah ianya sering TERSEMBUNYI.
Bahkan, kebiasaannya golongan ini Fakir dan hidup dengan SEADANYA sahaja.
Maka, inilah golongan yang akan senantiasa mendapatkan Keselamatan, Kemenangan dan Kejayaan Sejati disetiap kehidupannya...
Firman Allah SWT :
"Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari wafatku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.”
(QS. Maryam : 33)
0 comments:
Catat Ulasan