Tuan Guru Syeikh Syamsuddin Kuang al-Qadiri ( 1915 @ 1917 - 1991 )



Hj Syamsuddin sukar dikenali sekarang ni. Jika Ada yang mencarinya pasti akan terkeliru kerana penampilan diluar kotak pemikiran manusia biasa, melampaui adat istiadat agama nenek moyang kita yang terdahulu. Kecuali ditunjukkan.

Maka beruntunglah sangat2 bagi mereka yang mengenalinya
Diam adalah sebaik2 pekerjaan Dalam Amanah beragama. Titik.
Syamsuddin bermaksud MATAHARI AGAMA. Nama ini diberi oleh gurunya.
Kamarulzaman. Bulan sepanjang Zaman. Nama diberi oleh kedua orang tuannya.
Anta Syamsun Anta Badrun....
Engkau lah Matahari Engkaulah Bulan sepanjang zaman.....
Jadi dalam perjanjian dulu2 Selagi Ada Matahari Selagi Ada Bulan, maka termetrilah Segala perjanjian itu. Titik.


Tuan Guru Syeikh Syamsuddin Kuang al-Qadiri ( 1915 @ 1917 - 1991 )

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Syeikh Syamsuddin Bin Alang Muhammad 'Aqib al-Qadiri dan beliau dilahirkan di Kampunh Gajah Perak, sekitar tahun 1915 hingga 1917. Bapanya Haji Alang Muhammad 'Aqib berketurunan Bugis, manakala ibunya berketurunan Jawa.
Beliau mendapat pendidikan awal di Teluk Intan, Perak. Antara gurunya ialah Syeikhul Islam Perak, Syeikh Muhammad Shalleh Minangkabau dan beliau juga berguru kepada Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani yang waktu itu sebagai Syeikhul Islam Selangor. Kemudian Tuan Guru Syeikh Syamsuddin melanjutkan pelajarannyanya ke Mekah. Antara gurunya di Mekah ialah Tok Syafi'e Kedah. Beliau sangat meminati bidang 'Aqidah dan mendalami dengan beberapa ulama di Mekah.

Syeikh Ismal Marica al-Qodiri

Senarai gurunya ialah :
1. Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Shalleh al-Minankabawi
2. Syeikhul Islam Selangor Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani
3. Tok Syafie Kedah
Sekembali dari Mekah, Tuan Guru aktif mengajar masyarakat dan bertugas sebagai guru agama dalam angkatan tentera, waktu itu belum ada Kor Agama (KAGAT). Tuan Guru telah dipindahkan ke Sarawak, dan diwaktu itulah Tuan Guru berjumpa dengan Syeikh Mursyid iaitu Syeikh Ismail bin Kati Shahib an-Naguri yang berasal dari Nagore, India, dan telah dibai'ah Thariqah Qadariyyah.
Syeikh Ismail an-Naguri telah melantik 10 orang muridnya sebagai khalifah Qadiriyyah namun Tuan Guru Syeikh Syamsuddin yang paling menonjol di antara 10 orang itu.
Setelah itu Tuan Guru Syeikh Syamsuddin telah menerima dan beramal beberapa lagi Thariqah iaitu :
1. Ahmadiyyah - beliau terima dari Tok Syafi'e Kedah
2. Naqsyabandiyah & Syathariyyah - beliau terima dari Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani
3. Rifa'iyyah
Tuan Guru Syeikh Syamsuddin pernah dilantik sebagai Imam Juma'at di Masjid Lama Hulu Kelang dan aktif mengajar di masjid tersebut.
Syeikh Mohsen yang merupakan mufti wilayah pada masa itu pernah memuji ke'aliman Tuan Guru Syeikh Syamsuddin dalam bidang Tasauf dihadapan orang ramai sewaktu majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1978 di Masjid Hulu Kelang.
Terjadi satu kejadian, sewaktu selepas balik dari solat Jumaat di masjid Hulu Kelang, Tuan Guru telah dilempari dengan batu oleh seorang perempuan, tanpa diketahui sebab, sehingga kepala Tuan Guru berdarah. Anak angkat Tuan Guru bernama En Zaki, ingin memarahi perempuan tersebut namun Tuan Guru melarang, katanya biarkan saja, jangan dimarahi.
Tuan Guru pernah berkata dengan seorang muridnya bahawa beliau akan meninggal seorang diri (maksudnya tanpa ada orang disekelilingnya). Beberapa hari sebelum Tuan Guru meninggal, ada satu peristiwa, 2 ekor burung terbang dan hinggap diatas kereta Tuan Guru, lalu Tuan Guru berkata kepada anak angkatnya En Zaki "Abah dah nak balik ni, tak lama lagi".
Pada petang hari Sabtu 25 Rabi'ulakhir 1411H/ 2 November 1991 sewaktu Tuan Guru memandu seorang diri, dalam perjalanan dari Kampung Datuk Harun, Jalan Klang Lama sesudah habis mengajar dan menuju ke Selayang untuk kelas berikutnya. Sampai di Jalan Bangsar, Tuan Guru memberhentikan keretanya ditepi jalan, kemudian beliau berpindah ke tempat duduk penumpang lalu merebahkan kerusi. Setelah itu orang ramai yang menjumpai Tuan Guru sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia, dalam keadaan beliau menutup wajahnya dengan kupiah yang beliau pakai dan tangannya dalam keadaan qiam seperti sudah tahu akan ajalnya.


Tuan Guru Syeikh Syamsuddin dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Masjid ar-Ridhwan Hulu Kelang, Selangor.
*Sumber - Ustaz Azrul Basarudin & Tuan Shahrir Kamil
MADAD ANA MURADI


Satu dokumenteri pengalaman perjalanan murid Syeikh Kamaruzaman dan sejarah guru kepada beliau,




Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan