"KALIMAH SYAHADAH" ATAU "KALIMAH PENYAKSIAN"...

 




SYARAT KALIMAH SYAHADAH* PENGERTIAN DAN MAKNANYA LAFAZ
DUA : "KALIMAH SYAHADAH" ATAU "KALIMAH PENYAKSIAN"...

Mengucapkan "DUA KALIMAH SYAHADAH" itu merupakan RUKUN ISLAM yang Pertama-tama sekali !
Seseorang Kafir yang ingin memeluk Islam mestilah 'WAJIB' baginya untuk Mengucapkan dan Memahami dengan sebenar-benarnya akan Pengertian dan Maknanya KALIMAH SYAHADAH tersebut.
Ini kerana, 'KEIMANAN' yang berada di Hati tidak akan sesekali diketahui, melainkan ianya dizahirkan dengan Ucapannya.
Namun, Ucapan KALIMAH SYAHADAH tanpanya KEIMANAN DI HATI dan PEMBUKTIAN DENGAN PERBUATAN yang sebenar-benarnya.
Maka tidaklah akan menjadikan seseorang itu 'SAH KEISLAMANNYA' secara Haqiqi.
* LAFAZ DUA KALIMAH SYAHADAH.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah."
* MAKSUD DUA KALIMAH SYAHADAH.
KALIMAH SYAHADAH yang Pertama bermaksudnya :
Meyakini bahawa "Tiada Tuhan Yang Sebenar-Benarnya Melainkan Allah".
DIA lah Yang Berhak DI-ESA-KAN, dan segala yang Di-esa-kan selain Allah adalah batil, salah dan palsu.
KALIMAH SYAHADAH Pertama adalah MENAFIKAN segala apa-apa yang Di-esa-kan selain Allah dan juga menetapkan bahawa segala Amalan dan Ibadah hanyalah Layak untuk Allah SWT.
Manakala, KALIMAH SYAHADAH Kedua pula berertinya MENGAKUI dan MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH...
* SYARAT SAH SYAHADAH.
"LAA ILAAHA ILLALLAH..."
Seseorang yang Mengucapkan KALIMAH SYAHADAH, tidaklah sesekali akan Sempurna SYAHADAHNYA itu melainkan dengan syarat-syaratnya seperti berikut :
1) ILMU (MENGETAHUI DAN MEMAHAMI PENGERTIAN DAN MAKNANYA KALIMAH SYAHADAH ITU).
2) YAKIN (DENGAN APA YANG DIFAHAMI DENGAN KALIMAH SYAHADAHNYA ITU).
3) MENERIMA (SEGALA KANDUNGAN KALIMAH SYAHADAH ITU DENGAN HATI DAN LIDAH).
4) PATUH (DENGAN PENGERTIAN JUGA MAKNANYA DAN TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAHNYA).
5) MEMBENARKAN HATI (DENGAN KALIMAH SYAHADAH YANG DISEBUTKAN DENGAN LIDAHNYA).
6) IKHLASKAN (KALIMAH SYAHADAHNYA HANYA KEPADA ALLAH DAN MENJAUHI SEGALA KESYIRIKAN).
7) MENCINTAI (SEGALA TUNTUTAN DAN AJARAN KALIMAH SYAHADAH ITU).
8) MENOLAK (SEGALA YANG BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN KALIMAH SYAHADAH).
1) Syarat Pertama : ILMU.
Seseorang yang BERSYAHADAH itu mestilah Mengetahui dan Memahami Pengertian dan Maknanya KALIMAH SYAHADAH itu.
Sama ada NAFI (PENAFIAN kepada sebarang Peng-esa-an selain Allah).
Ataupun ISBAT (MENYAKINI hanya ALLAH yang Layak dianggap sebagai TUHAN).
Dia mestilah Memahami apa-apa Ajaran yang Tersurat dan Tersirat di sebalik KALIMAH SYAHADAH tersebut.
Firman Allah SWT :
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya : “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah”.
(QS. Muhammad : 19)
Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Ertinya : “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”.
(HR. Muslim)
2) Syarat Kedua : YAKIN.
Pengetahuan dan Kefahaman yang ada tadi mestilah Diyakininya dengan seratus peratus (100%), tanpanya sebarang keraguan dan syak.
Ini kerana Aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah Aqidah yang sebenar-benarnya, dan ianya akan tertolak secara keseluruhannya.
Firman Allah SWT :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”.
(QS. Al-Hujurat : 15)
Abu Hurairah RA menyatakan bahawa, Nabi SAW memberikan kepadanya dua kasut Baginda dan bersabda :
فَمَنْ لَقِيْتَ مِنْ وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مَسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ، فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
Ertinya : “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”.
(HR. Muslim)
3) Syarat Ketiga : MENERIMA.
Ilmu dan Keyakinan tadi tidak akan lengkap tanpa Menerima apa-apa sahaja kandungan Ajaran KALIMAH SYAHADAH ini dengan Hati dan Lidahnya.
Janganlah sesekali menyombongkan dirinya dengan menolak sebahagian atau seluruhnya Ajaran “LA ILAHA ILLALLAH”.
Firman Allah SWT :
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya : “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka : "Laa Ilaaha Illallah" (Tiada tuhan yang Berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”.
(QS. As-Saffat : 35)
Orang-orang yang Memahami dan Meyakini bahawa ISLAM adalah AGAMA YANG BENAR, namun menolaknya.
Maka mereka adalah orang-orang yang Munafik dan Kafir !
4) Syarat Keempat : PATUH.
Kepatuhan ataupun Penyerahan Diri yang Sempurna terhadap Tuntutan KALIMAH SYAHADAH.
Dan meninggalkan segala yang Membatalkan KALIMAH SYAHADAH juga merupakan Pelengkap kepada 'SYARAT SAH SYAHADAH'.
Orang-orang yang BERSYAHADAH sekali-kali tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh Membatalkan SYAHADAHNYA.
Firman Allah SWT :
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ
Ertinya : “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La Ilaha Illallah”)”.
(QS. Luqman : 22)
Ini bukanlah berertinya orang-orang yang telahpun melakukan maksiat itu akan Terbatal SYAHADAHNYA, namun ianya akan mengurangkan KEIMANANNYA.
Dan jikalau dia tidak Patuh, sehingga melakukan apa-apa yang boleh Membatalkan SYAHADAHNYA. Maka KEIMANANNYA sudah tidak berguna lagi.
Bahkan SYAHADAHNYA itu tertolak dan tidak diterima sama sekali, sehinggalah dia kembali Bertaubat.
Iaitu, dengan BERSYAHADAH, PATUH dan MENYEMPURNAKAN keseluruhan SYARAT SAH SYAHADAH.
5) Syarat Kelima : MEMBENARKAN HATI.
KALIMAH SYAHADAH menuntut supaya Benar Ucapan Lidah dengan Keyakinan di Hatinya.
Orang-orang yang Mengucapkan KALIMAH SYAHADAH di Lidahnya, akan tetapi kosong daripada KEIMANAN di Hatinya.
Maka itu hakikatnya adalah orang-orang Munafik dan Kafir !
Firman Allah SWT :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ertinya : “Di kalangan manusia ada yang mengatakan : "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”.
(QS. Al-Baqarah : 8-9)
Kerana inilah Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal RA :
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.
Ertinya : “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”.
(HR. Bukhari dan Muslim)
6) Syarat Keenam : IKHLASKAN.
Orang-orang yang BERSYAHADAH itu Wajiblah Mengikhlaskan segala-gala Amalan dan Ibadahnya itu hanyalah kepada Allah SWT.
Dia perlulah Membersihkan Dirinya daripada sebarang bentuk Kesyirikkan, kerana ia akan Membatalkan SYAHADAHNYA.
Bahkan segala Amalan dan Ibadah yang dilakukannya juga perlulah bersih daripada segala sifat riak, takkabur, pujian, pangkat jawatan, mencari nama, kemegahan, kemewahan dan sebagainya.
Supaya segala Amalan dan Ibadahnya itu dapat diterima oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT :
وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Ertinya : “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan Kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”.
(QS. Al-Bayyinah : 5)
Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَ اللهِ.
Ertinya : “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La Ilaha Illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”.
(HR. Bukhari)
7) Syarat Ketujuh : MENCINTAI.
Kesemua Syarat yang lepas itu tidaklah akan Sempurna tanpanya Kecintaan kepada Allah dan juga akan segala Perintah dan Larangan-Nya.
Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Ertinya : “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”.
(QS. Al-Baqarah : 165)
Dan tandanya Kecintaan kepada Allah itu ialah,
"MENCINTAI apa-apa yang DICINTAI oleh Allah dan MEMBENCI apa-apa yang DIBENCI oleh Allah..."
Orang-orang yang Mencintai Allah dengan sendirinya akan Mentaati Allah dan meninggalkan segala Larangan-Nya.
Dia akan menyokong orang-orang yang menyokong Ajaran Allah dan akan Membenci orang-orang yang Membenci dan Menafikan Ajaran Allah, walau sesiapapun !
Kerana inilah Asas kepada KEIMANAN yang paling penting sekali. Iaitu :
"KECINTAAN KEPADA ALLAH SWT..."
Dan orang-orang yang Membenci Allah dan Ajaran-Nya adalah orang-orang yang Munafik, Kafir, Murtad dan Terbatal segala Amalan dan Ibadahnya.
Firman Allah SWT :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Ertinya : “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al-Quran), lalu Allah menghapuskan amalan-amalan mereka.”.
(QS. Muhammad : 8-9)
Syarat Kelapan : MENOLAK.
Disamping kesemua perkara-perkara itu tadi,
KALIMAH SYAHADAH tidak sesekali akan Sempurna melainkan setelah Ditolaknya segala Peng-esa-an selain Allah dan segala Ajaran selain Allah.
Ini kerana KALIMAH SYAHADAH yang Pertama ini bukanlah sahaja berertinya MENGISBATKAN KETUHANAN ALLAH, akan tetapi juga Menafikan Ketuhanan kepada selain Allah.
Kepatuhan yang Mutlak kepada selain Allah dan Menafikan segala Ajaran dan Hukum selain Allah.
Orang-orang yang Mengakui KETUHANAN ALLAH dan MENG-ESA-KANNYA,
Tetapi Mengesakan juga perkara-perkara lain selain Allah adalah orang-orang yang Munafik dan Kafir !
Firman Allah SWT :
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya : “Maka sesiapa yang mengkufuri thaghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain dari Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (QS. Al-Baqarah : 259)
Firman-Nya lagi :
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Ertinya : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) : "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah thaghut ".
(QS. An-Nahl : 36)
Rasulullah SAW juga bersabda :
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya : “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”.
(HR. Muslim)
Firman Allah SWT :
وَلا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Ertinya : “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan Malaikat dan Para Nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu Islam ?”.
(QS. Ali Imran : 80)
Firman-Nya lagi :
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya : “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) al-masih putera maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.
(QS. At-Taubah : 31)
Dan orang-orang yang Mengakui BERIMAN, namun masih lagi menerima selain daripada HUKUM ISLAM.
Maka sebenar-benarnya dia adalah orang-orang yang kurang Yakin dengan ISLAM dan Aqidahnya telah tertolak !
Begitu jugalah dengan orang-orang yang Mengakui BERIMAN, tetapi masih lagi menerima selain daripada Ajaran Allah dan tidak menganggapnya sesat.
Maka dia sebenar-benarnya adalah orang-orang yang Munafik dan Kafir !
Firman Allah SWT :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا ((61
Ertinya : “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka : "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”.
(QS. An-Nisa’ : 60-61)
Firman-Nya lagi :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya : “Apakah hukum jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”.
(QS. Al-Maidah : 50)
* SYARAT KALIMAH RASUL.
KALIMAH SYAHADAH yang Kedua itu adalah mengandungi Pengiktirafan bahawa MUHAMMAD RASULULLAH itu adalah merupakan RASUL ALLAH kepada seluruh umat manusia untuk Menyampaikan PENG-ESA-AN kepada Allah SWT.
SYAHADAH Kedua itu tidak sesekali akan lengkap dan Sempurna melainkan dengan :
1) MENGIKTIRAFKAN, MEYAKINI DAN MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH.
2) MELAFAZKAN PENGIKTIRAFAN DAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH TERSEBUT DENGAN LIDAH.
3) MENGIKUTI DENGAN MENGAMALKAN SEGALA KEBENARAN YANG DIBAWA OLEH MUHAMMAD RASULULLAH DAN MENINGGALKAN SEGALA KEBATILAN YANG DILARANGNYA.
4) MEMBENARKAN KEBENARAN AKAN SEGALA PENYAMPAIAN DAN PERINGATAN MUHAMMAD RASULULLAH.
5) MEMPERCAYAI AKAN SEGALA PERKARA-PERKARA GHAIB YANG DIBAWA OLEH MUHAMMAD RASULULLAH.
6) MENCINTAI MUHAMMAD RASULULLAH MELEBIHI AKAN SEGALA-GALANYA.
7) MENDAHULUKAN ATAU MENGUTAMAKAN SEGALA PENYAMPAIAN DAN PERINGATAN MUHAMMAD RASULULLAH
DAN MENGAMALKAN AKAN SEGALA SUNNAH-SUNNAHNYA.
* KELEBIHAN DUA KALIMAH SYAHADAH.
Tidak ada satu kalimah pun dibumi ini yang lebih hebat daripada Mengakui KETUHANAN ALLAH SWT dan MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH.
Bahkan, inilah Asas pertama-tamanya yang akan membezakan diantara Orang-Orang BERIMAN dengan orang-orang yang Kufur.
Orang-orang yang enggan MENGAKUINYA atau BERIMAN dengannya itu adalah merupakan penderhaka yang telah memilih jalan ke Neraka Jahanam !
Ubadah bin as-Somit RA menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.
Ertinya : “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”.
(HR. Muslim)
* ASAS AGAMA ISLAM.
Berdasarkan DUA KALIMAH SYAHADAH.
Asas atau Akar kepada AGAMA ISLAM itu, ialah :
1) Janganlah sesekali Meng-esa-kan selain daripada Allah SWT. (Difahami dengan KALIMAH SYAHADAH yang Pertama).
2) Janganlah sesekali MENG-ESA-KAN Allah SWT melainkan dengan cara yang telah ditentukan Oleh-Nya. Iaitu melalui MUHAMMAD RASULULLAH (Difahami dengan SYAHADAH yang Kedua).


(Sumber dari  Syeh Haqtullah )



 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan