SYAIR TAUHID
Bacalah Syair Hamba mengarang,
Permulaan didunia KENAL TUHAN,
Salah tujuan carilah teman,
Jangan hidup tidak keruan,
Kita manusia makhluk Tuhan.
20 SIFAT MENGENAL ALLAH,
Hafal tuan janganlah mengalah,
Kenali tuan Nama Allah,
Tahulah kita siapa Disembah.
Wajib mustahil berserta harus,
Faham sedalam petanda yang bagus,
Apa dihafal janganlah terkambus,
Banyak mengulang tiadakan hangus.
Adanya Allah tercipta alam,
Wajib percaya jangan tenggelam,
DIA-lah Tuhan segenap alam,
Alam Ghaib juga disebut alam.
Tidak berjisim tidak berjirim,
Banyaklah bertanya pada yang Alim,
Diri sendiri tidaklah zalim,
Tahu membeza Dzat dan Jisim.
Gunakan Akal segala deria,
Tiada suatu melemahkan DIA,
Wujud Allah sudah Sedia,
Tahu membeza makhluk dan DIA.
Allah itu tiada berhajat,
Sedikitpun tiada mengenal penat,
Sedikitpun juga tiada yang cacat,
Tentulah makhluk banyak berhajat.
Fahamlah tuan TAUHID sebenar,
Kalau faham hilanglah susah,
Allah menjadikan fahamlah mudah,
Rezeki maut milik Allah TA'ALA.
ESA ALLAH pada KETUNGGALAN,
Makhluk wujud DIA mengadakan,
Allah jua yang menghidupkan,
Allah juga yang mematikan.
TAUHID SUFI sama difaham,
Apa disuruh kuatkan azam,
Sembahlah Allah menjadikan alam,
Pasakkan sungguh janganlah kelam.
ESA ALLAH pada perbuatan,
Apa disuruh janganlah lawan,
Kalau sakit mohonlah Kasihan,
Itulah tersurat dalam Firman.
Sujudlah Hamba pada Tuhan,
Wujud Allah usah sekutukan,
Andai berbuat sembelihan korban,
Hanya Allah memberi ganjaran.
Kita makhluk teramat lemah,
Segala mungkar sama ditegah,
Mohon Pertolongan kepada Allah,
Ibadah dibuat kerana Allah.
Hendaklah faham TAUHID SUFI,
Wajib membenarkan segala Nyata,
Baru hidup tidaklah percuma,
Belajarlah faham biarpun lama.
Perbuatan Allah tentulah bersalahan,
Makhluk hidup kejadian Tuhan,
Kesempurnaan Allah penuh Kebesaran,
Tiadakan sama makhluk ciptaan.
Wujud Allah tetaplah Sedia,
Tiada permulaan itulah beda,
Itulah alasan Allah itu ADA,
Jauhkan mengata Allah itu tiada.
Sedikit cuma Hamba mengarang,
Belajarlah tuan jangan membelakang,
Kita mahluk banyak yang kurang,
Mana yang ada sama dituang.
Kepada Allah mohon Pertolongan,
Mana terlanjur sama betulkan,
BENIH yang baik jadikan Panduan,
Dalamkan ILMU usah beralasan...
"MENTAUHIDKAN ALLAH DAN MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH..."
0 comments:
Catat Ulasan