SAMADA aku (badan) atau Aku (diri) SENDIRI TUHAN SELAIN DARI ALLAH
@ AKU ALLAH
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
KITA TAHU ADA ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA...
APABILA KITA MERASA ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT ALLAH / TUHAN (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT ALLAH / TUHAN, MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT ALLAH / TUHAN KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
JADI
Bagaimana kita nak menjaga supaya tidak menjadikan Aku diri sendiri sebagai tuhan???
Atau apa yang telah dilakukan sendiri mengikut sepertimana yang telah dikehendaki oleh Allah
SUPAYA TERCAPAI SEPERTI FIRMAN ALLAH
20.Surah Ţāhā ayat 14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
KEAKUAN
Ada 3 katogeri keakuan.
Jika kita berpegang keakuan pada badan dimana aku itu ditujukan kepada badan atau jasad kita, Kita sedang berpegang jasad sebagai tuhan, membawa makna kita sedang bertuhankan kepada jasad kita... Atau dalam ertikata lain kita sedang bertuhankan kepada berhala yang dibentuk sendiri oleh kita melalui rasa dan pengakuan kita yang ada itu adalah jasad kita ( kita meletakkan sifat yang wajib bagi Allah kepada jasad atau badan kita).
Jika kita berpegang keAkuan pada roh atau diri, dimana Aku itu ditujukan kepada roh atau diri kita, membawa makna kita sedang bertuhankan kepada roh atau diri.. Kita telah menjadikan roh atau diri kita sebagai tuhan... Ini membawa makna kepada kita telah mengambil nafsu kita menjadi tuhan....
Keadaan ini berlaku ketika kesedaran kita sedang menyedari yang roh adalah roh kita yang memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah... (Sebenarnya roh adalah rohullah) Kita sedar dan rasa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah didalam pengakuan kita. kita mengaku sifat-sifat yang wajib itu adalah sifat roh kita sendiri...
Jika kita berpegang keAKUan pada Allah, dimana AKU itu ditujukan kepada Allah, maka roh adalah diriKU (Allah), jasad atau badan adalah badanKU (Allah)...
Dimanakah letaknya keakuan kita ?
Ini bergantung kepada kesedaran kita...
Jika kita sedar pada badan dan kita mengaku bahawa aku itu adalah badan kita dalam ertikata kita merasai bahawa badan kita ada, kita akan merasai badan kita itu hidup dengan sendiri, tanpa bergantung lagi kepada yang lain, walaupun kita tahu bahawa badan kita itu bergantung hidup kepada roh, dalam ilmu kita, kita akan berpegang bahawa roh itu adalah roh kita sendiri ( roh itu kepunyaan badan ), kita akan merasa badan kita yang berkuasa keatas roh bukan roh yang menguasai badan.. Kita langsung tidak sedar kepada kewujudan Allah, dan roh, kerana dengan berpegang yang ada itu adalah badan kita, kesedaran kita tidak sedar kepada kehadiran roh dan kewujudan Allah...
Semasa kita berpegang keakuan pada badan kita, ini memberi makna kepada kita, kita telah bertuhan kepada badan kita, kita telah menjadikan badan kita ( berhala ), sebagai tuhan, kita sedang bertuhan kepada badan.
Berasaskan kepada ilmu yang kita pelajari, dimana ilmu mengatakan jasad kita tidak hidup dengan sendiri tetapi ianya dihidupkan oleh roh. Badan kita sebenarnya sentiasa berada didalam keadaan seperti manyat didalam liang lahad...
Dengan berpegang, dengan berperasaan atau berkesedaran bahawa yang ada dan yang hidup ialah roh kita, kita telah berpindah pegangan dari aku badan kepada Aku roh, kita mula berpegang Aku adalah roh kita.. Kita akan merasai roh kita sedang menguasai badan kita, oleh kerana kita merasai yang ada adalah roh kita, kita tidak merasai badan kita itu ada, demikian juga kita tidak menyedari akan kewujudan Allah, kita sedang merasai yang ada itu adalah roh kita, badan kita dan Allah menjadi tidak ada, Semasa kita menyedari atau berkesedaran atau merasai ada yang dirasai itu adalah roh kita. Membawa makna kita sedang bertuhan kepada roh atau diri kita.... Dengan kata lain kita sedang bertuhankan kepada hawa nafsu kita... Firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Berdasarkan kepada ilmu pengetahuan, bahawa roh itu tidak hidup sendiri tatapi dihidupkan oleh Allah... ( didalam kesedaran atau didalam iktikad kita, kita sedang bertuhankan kepada roh, didalam pengetahuan kita, kita bertuhankan kepada Allah)
Sedikit tentang Roh
17.Surah Al-'Isrā' ayat 85
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Apabila kita tahu yang ada dan yang menghidupkan roh itu adalah Allah, kita rasa pada kesedaran yang sedang kita sedar sekarang ini, ada yang sedang kita rasai, hidup yang sedang kita rasai sekarang ini adalah ada Allah dan hidup Allah...
Keadaan ini hanya akan berlaku setelah seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, bukan yang diperkatakan dengan lisan lidah, bukan yang bermain-main didalam lembah pemikiran dan bukan yang terlintas didalam hati.
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Apabila ada yang sedang dirasai, hidup yang sedang dirasai itu diakui sebagai ada Allah, diakui sebagai hidup Allah, (keadaan inilah membawa maksud badan dan diri atau roh sedang bertuhankan kepada Allah)... Ini dapat dilakukan dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid bukan dengan cara mengaku-ngaku ...
Apabila ada dan segala sifat ma'ani yang 7 itu telah diakui sebagai sifat Allah sendiri (semasa merasai hidup yang sedang dirasai pada badan diri itu, dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa hidup yang sedang dirasai itu adalah hidup Allah, malah yang sedang merasai hidup Allah itu juga diakui sebagai Allah yang sedang merasai hidup Allah)...
Ini akan berlaku hanya dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid bukan dengan cara mengaku-ngaku ...
Firman Allah berkaitan pegangan atau iktiqad dan tauhid
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Ketika ini kita telah berpegang kepada AKU Allah.. (Yang terhasil daripada melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid dengan kaedah yang betul)..
Bila disebut AKU, AKU itu membawa maksud kepada Allah kerana kesedaran yang timbul pada ketika itu adalah kesedaran Allah sendiri yang sedang menyedari akan kewujudan Allah.
(Badan diri sendiri dan selain dari Allah sudah tidak ada lagi didalam kesedaran itu, yang tinggal ketika itu hanya Allah yang sedang menyedari akan wujud Allah)...
Keadaan inilah yang dimaksudkan dengan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau "MATI SEBELUM MATI"
Apabila sampai kepada AKU Allah, rohKU akan menjadi rohhullah, badanKU akan menjadi badan Allah..
(sesudah hilang rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah)
AKU adalah Allah - huwal auwalu, huwal akhiru
RohKu adalah Rohullah yang dipanggil dengan Nama Muhammad - huwal batinu
BadanKU adalah zahir Allah yang diberi nama dengan nama Adam - huwaz zohiru
Keadaan ini bukan yang diperkata, bukan yang terlintas didalam hati, bukan yang bemain-main didalam lembah pemikiran tetapi ianya akan terhasil daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut seperti mana yang dikehendaki oleh Allah..
57.Surah Al-Ĥadīd ayat 3
Allah lah yang awal, Allah lah yang akhir, Allah lah yang zahir, Allah lah yang batin,
Allah yang zahir, namanya Adam
Allah yang batin, Namanya Muhammad
Allah yang awal, Allah yang akhir iaitu rahsia Allah (Hu zat semata-mata)..
Keadaan ini akan berlaku setelah seseorang itu tidak lagi merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri yang terhasil daripada ia telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, bukan yang diperkatakan dengan lisan lidahnya, bukan yang berada didalam lembah pemikirannya dan bukan yang terlintas didalam hatinya.
CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA..
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
72.Surah Al-Jinn ayat 11
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
APA YANG PERLU DIMUZAKARAHKAN IALAH BAGAIMANA CARA HENDAK MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH SUPAYA DENGAN MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID INILAH YANG AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ZAT, SIFAT, ASMA' ATAU AFA'AL ALLAH, PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH...
BUKAN DENGAN MENGAKU-NGAKU BERDASARKAN KEPADA ILMU YANG DIKETAHUI TANPA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID.
JIKA SESEORANG ITU TIDAK TAHU, TIDAK BOLEH MENGHURAI DAN MENERANGKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG PERLU DILAKUKAN SEHINGGA BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA (PERBUATAN, NAMA ATAU SIFAT) ALLAH, PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH (KEADAAN DIMANA AKAN HILANG KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN BADAN DIRI SENDIRI)
MENUNJUKKAN YANG SESEORANG ITU SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG IA TIDAK MELAKUKANNYA.
JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN
Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu tentang makrifatullah mesti tahu dan boleh menghuraikan bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Atau melakukan jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu (ALLAH)
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
Jika seseorang itu tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Menunjukkan, yang ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak melakukannya kerana bagaimana ia hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menghuraikannya ?
SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU AKAN MENJADI SARANG SYAITAN.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām ayat 148
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
WALAUPUN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH
KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH
43.Surah Az-Zukhruf ayat 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 37
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 38
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 39
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 40
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 41
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 42
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 43
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 44
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 30
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
INI ADALAH APA YANG TELAH ALLAH TERANGKAN DIDALAM FIRMANNYA....
( Sumber dari ISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG )
0 comments:
Catat Ulasan