TAJAM MATA HATI

 


TAJAM MATA HATI

Jikalau PEDANG telah TUMPUL, maka kesemua INSAN akan bersepakat. Bahawa apapun kaedah MENAJAMKANNYA adalah dengan MENGASAH.
Teknik MENGASAH itu pula akan menentukan KETUMPULAN PEDANG. Maka lambat ataupun cepat saja ianya akan TAJAM.
Maknanya :
Tiada kaedah lain lagi selain daripada MENGASAH...
Teknik MENGASAHLAH yang akan menentukan cepat ataupun lambat.
Ramai yang bertanya-tanya kepada saya, bagaimanakah untuk Menghidupkan Pancaindera Keenam ini ?
Dari soalan yang dihadirkan kepada saya itu adalah, kesemuanya akan bersangkut kepada hal "HIJAB" semata-mata.
Sebenar-benarnya,
"TAJAM MATA HATI" ataupun yang dipanggil sebagai "KASYAF" ini bukanlah senantiasa ada pada kita.
Kerana sifatnya itu sepertimana KAROMAH juga...
DZAT akan menzahirkan satu PANDANGAN BATIN yang diri sendiri tidak akan pernah pun memikirkan ataupun mendapatkan jawapannya.
Dan PANDANGAN itu akan hadir sepertimana kita menonton sebuah drama atau kejadian didalam tv ataupun seperti kita mendengar radio.
KAROMAH juga pun seperti itu jua, malahan Sifat KAROMAH itu sering bertukar-tukar dan diri sendiri pun tidak akan dapat mengetahuinya.
Namun adanya tanda-tanda bahawa seseorang itu akan ada memiliki Kelebihan Luar Biasa daripada manusia biasa.
Diantara Teknik MENGASAH itu adalah :
Pertamanya adalah, dengan menjaga Pemakanan sepanjang didalam Beramal.
Janganlah sesekali disumbatkan kepada mulut kita ini dengan makanan dan minuman yang HARAM ataupun yang kurang jelas KEHALALANNYA !
Yang paling penting sekali adalah HALAL dan SUCI...
Ini adalah kaedah ILMU PEMUTIH, ada juga AHLI HAKIKAT yang akan memperolehi MATA HATI YANG TAJAM walaupun mereka tidak mengikuti Syariat dengan betul.
Perkara ini tidaklah menghairankan bagi mereka-mereka yang dapat memahami RAHASIA diantara "LAA ILLAHA" dan "ILLAALLAH".
Malahan, sami buddha juga pun boleh memiliki KASYAF.
Tok Batin yang tidak mempunyai agama juga pun boleh memperolehi ILMU KASYAF ini.
TAJAM MATA HATI mereka...
ILMU PEMUTIH...
Fahamilah maksud saya yang sebenar-benarnya dan usahlah dianggap mereka itu Berilmu Hitam pula.
Perbezaan itu hanyalah diatas sifat sahaja didalam kedudukkan 'WILAYAH'.
Tidak dinafikan bahawa ramai juga orang-orang yang KASYAF telah tertipu dengan Ilmunya sendiri.
Didalam ISLAM pula,
Jikalau dirujuk kepada ajaran yang telah Disampaikan oleh Guru saya Allahyarham Haji Rosli Siroon.
Pertamanya adalah : TAUBAT.
Jikalau Berguru, sebelum memulakan latihan ataupun kaedah Pengamalan untuk MENGHIDUPKAN MATA HATI.
Maka Guru mestilah akan menekankan beberapa hal, yakni;
* 1) ILMU NAFI.
Yang akan melibatkan "HAL MATI SEBELUM MATI" yang dinamakannya sebagai "ILMU SYAHADAH".
Ilmu ini akan membawa kepada penemuan baru, dimana Allah SWT sendirilah yang akan mengajar INSAN itu akan ILMU RAHASIA.
Maka didalam bab ini, Guru Mursyid itu tersangat-sangatlah diperlukan sebagai tempat untuk Merujuk ataupun Pembuka Jalan agar Para Salik tidak akan tersasar ataupun tersesat.
Yang mana, bisikkan daripada Maqam "ILLA ALLAH" dan daripada "LAA ILLAHA".
YANG HAQ dengan YANG BATHIL...
Seperti yang saya telah nyatakan, bahawa kedua "WILAYAH" kepunyaan Allah SWT ini 'Sama' tetapi ianya 'Berbeza'...
* 2) MEMPERKEMASKAN AKAN NAFSU LAWWAMAH.
Kerana untuk menuju kearah MENAJAMKAN MATA HATI.
Perkara-perkara yang Ghaib akan mulai masuk dan Isyarat-Isyarat yang akan tembus kedalam Hati.
Perkara asas yang sering diterima oleh Para Salik kebanyakkannya adalah yang berkaitan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman.
Seandainya ada yang bertanya kepada saya, apakah yang perlu dilakukan untuk MENAJAMKAN MATA HATI ?
Maka jawapan daripada saya adalah :
Dipermulaan ini adalah sangat-sangat mudah saja, yakni TUMPUKAN DZIKIR AFA'AL.
Yakni : "LAA ILLAHA ILLA ALLAH"
Ataupun dinamakannya sebagai DZIKIR NAFI dan DZIKIR ISBAT.
Bagi Menyatakan bahawa :
"SATU PENYAKSIAN YANG MUTLAK".
DZIKIR AFA'AL itu adalah "ALAT MENGASAHNYA".
Mempraktikkan asas latihan ini WAJIB disulamkan dengan Pengamalan-Pengalaman selepas Solat Fardhu. Terutama selepas Isyak sehingga membawa ke Subuh, yakni :
1) DZIKIR HU ALLAH : 3000X
2) DZIKIR ALLAH HU : 3000X
3) HUWA HUWA : 1000X
4) LAAILLAHAILLAALAH : NAFI DAN ISBAT 10,000X
Keseluruhannya menjadi : 17,000X
Makna Angka 17 :
- 17 Raka'at Solat sehari semalam.
- 17 Ramadhan turunnya Al-Qur'an.
- Hadis ke-17 Sifat IHSAN didalam ISLAM.
Dan masih banyak lagi Rahsia-Rahsianya...
Hendaklah dilakukannya dengan penuh Istiqomah dan Zuhud...
Sebelum memulakan DZIKIR, maka bermohonlah Redha daripada Allah SWT dan Memohon Syafa'at BAGINDA SAW serta GURU MURSYID ataupun PARA WALI ALLAH.
Sewaktu Perguruan saya dahulu, saya telahpun melalui latihan asas ini selama enam bulan. Yakni setiap hari tanpanya uzur.
Maknanya setiap DZIKIR DZAT, DZIKIR SIFAT, DZIKIR ASMA dan DZIKIR AFA'AL itu dijalani selama enam bulan tiap-tiap satu. Maka menjadikan keseluruhannya selama dua tahun.
Tahun ketiganya pula adalah Gabungan untuk membawa empat perkara KE-ESA-AN ataupun QADIMKAN didalam kajian "HU ALLAH" yang bersabitkan;
"Saksikan tiap yang SATU kepada yang BANYAK".
Dan "ALLAH HU" yang bersabitkan;
"Saksikan tiap yang BANYAK kepada yang SATU".
Yang dimana Titiknya QADIM didalam "HU". Yakni bersabitkan;
"Pandang yang SATU tetap yang SATU".
Pastikan, janganlah sampai terpikat dengan beberapa hal-hal Luar Biasa yang akan terjadi disewaktu DZIKIR itu dijalankan.
Samada akan ternampak Cahaya Putih yang mendatangi kita ataupun yang keluar daripada tubuh kita.
Walaupun didatangi oleh Para Wali Allah, makan janganlah sesekali dihiraukannya, kerana mana mungkin yang Dimaujudkan oleh Allah SWT itu berani menganggu tatkala dia melihat kita sedang Bersepakat dengan Allah SWT.
Hukum zahirnya adalah, kita melihat orang yang sedang Bersolat.
Apakah kita akan menggangunya ?
Malahan mahu tumpang lalu dihadapan mereka pun kita akan fikir dua tiga kali.
Begitulah juga dengan ILMU DZIKIR, kerana DZIKIR yang kita lakukan itu adalah DZIKIR BERADAB !
Yakni melalui Wuduk dan berada ditempat yang Suci Bersih.
DZIKIR NAFI dan DZIKIR ISBAT ini adalah bertujuan untuk menghapuskan Darah Kotor Ghaib yang telah menjadi Wilayah Iblis.
Dan dengan latihan ini, maka "NUR QALBUN" ataupun yang dinamakannya juga sebagai "LAMPU MA'RIFAT" akan BERCAHAYA dan menghasilkan IMAN YANG HAQQ.
Dan inilah HAKIKAT MATA HATI sebenar-benarnya...
Dengan Menyalanya "LAMPU MA'RIFAT" ini, maka tiadalah kamu itu Dajjal lagi !
Melainkan "*********" semata-mata. Iaitu ******* pada.... (Bahaya Cakap, hanya untuk AHLINYA sahaja...)
Didalam hal-hal beginilah, TAREKAT akan memainkan peranan penting, kerana jikalau mahu diharapkan kita membuat jadual untuk BERDZIKIR.
Maka, nantinya akan lebih hanya kepada hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Kita hakikatnya telahpun banyak tewas dan dirugikan dengan MASA, sepertimana Allah SWT berfirman;
"Demi masa !
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh."
(QS. Al-'Asr)
Jadi sering-seringlah berada didalam LINGKUNGAN ataupun LINGKARAN ini !
Hanya dengan TAREKAT sahaja ALAT yang Menghidupkan serta Kekal dengan menghadirkan Diri ke DZIKIR TAWAJJUH dan SULUK..


[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan