AWALLUDIN MA'RIFATULLAH

 


AWALLUDIN MA'RIFATULLAH

"SEAWAL-AWALNYA AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH SWT TERLEBIH DAHULU..."
Adapun pergantungan MA'RIFAT itu adalah kepada MENGENAL DIRI.
Adapun pergantungan MENGENAL DIRI itu adalah kepada MENGENAL ALLAH SWT.
Adapun pergantungan MENGENAL ALLAH SWT itu adalah kepada semata-mata UJUDULLAH.
Adapun maksudnya :
Barangsiapa MENGENAL ALLAH SWT akan BINASA DIRINYA.
Ertinya, FANA didalam UJUDULLAH...
Adapun MA'RIFAT Hamba kepada Tuhan dengan Jalannya MUSYAHADAH.
Mengetahui akan DZAT ALLAH, UJUD yang tiada baginya rupa :
"Laisa Kameslihi Syaiun..."
Adapun MA'RIFAT itu adalah dengan MATA HATI kepada ALLAH SWT.
Tiada lain yang menanti dengan yang di nanti, maka tinggallah yang di nanti akan menggantikan yang menanti.

Maka AHLI MA'RIFAT QALBUN itu Beramal dengan DZIKIRULLAH yang berikut :
- MUJAHIDAH.
Ertinya, memerangi segala fikiran, pemandangan dan perasaan yang menjadi segala rintangan pada hatinya yang lain selain daripada Allah SWT.

- MURAQABAH.
Ertinya, menyelesaikan segala yang kusut masai didalam hatinya untuk hanya menuju kepada Allah SWT.

- MUQABALLAH.
Ertinya, menetapkan hatinya supaya jangan sesekali berpaling pada yang lain selain daripada Allah SWT.

- MUSYAHADAH.
Ertinya, memandang Allah SWT dan Ingat didalam hati dan fikirannya hanyalah semata-mata Allah SWT sahaja.

Tiap-tiap Sheikh itu mengetahui method-method yang tersebut, iaitu yang Wajib di ikuti oleh Para Muridnya MA'RIFAT.
Jikalau sekiranya mereka berkehendakan Taufiq ataupun Hidayah.
Oleh kerana itu,
Tiap-tiap ILMU itu ada GURUNYA.
RAHSIA ILMU-ILMU itu ada ditangan GURU-GURU.
RAHSIA ILMU MA'RIFAT kepada GURU-GURU MURSYID...
"Hendaklah engkau selalu bersama Allah. Jika tidak mampu, berusahalah selalu bersama orang-orang yang dekat dengan Allah. Kerana sesungguhnya orang itulah yang akan MENYAMPAIKANMU kepada Allah."
(HR. Abu Daud)

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan