HAKIKAT NAFAS - NUFUS
Pada saat kita didalam kandungan, bagaimanakah kita BERNAFAS ?
Maka ini jawapannya :
Melainkan Hidup Puji-Pujian tetap dengan Allah SWT...
Sejak NYAWA dimasukan kedalam Jasad Insan didalam kandungan Ibunya,
Kemudian lahirlah pula dia kedunia, sehinggalah sampai dia Menghembuskan NAFAS yang terakhirnya.
Maka selama itulah NAFASNYA tidak sesaat pun berhenti daripada 'BERDZIKIR' kepada :
"DIRI yang EMPUNYA DIRI, yaitu TUHAN SEMESTA ALAM..."
NYAWA itu di Tajjalikan oleh Allah SWT daripada JAUHAR BASITA' dan ianya terbahagi kepada empat peringkat. Iaitu :
1) NAFAS.
2) ANFAS.
3) TANAFAS.
4) NUFUS.
Dan sesungguhnya, bekerjanya NAFAS itu adalah diluar kawalan pancaindera umat manusia.
1) NAFAS itu letaknya di Mulut.
2) ANFAS itu letaknya di Hidung.
3) TANAFAS itu letaknya di tengah-tengah antara Telinga kanan dan kiri.
4) NUFUS itu pula letaknya di Jantung.
- Berawalnya Hidup NAFAS kerananya ANFAS.
- Hidupnya ANFAS itu dikeranakan TANAFAS.
- Hidupnya TANAFAS itu dikeranakan NUFUS.
- Hidupnya NUFUS itu adalah dengan sendirinya, kerana DIA adalah RAHASIA dan RAHASIA itu adalah daripada RAHASIA Allah SWT.
"AL-INSANU SIRRI' WAANA SIRRUHU."
Ertinya : MANUSIA ADALAH RAHASIA-KU DAN AKU RAHASIANYA.
ANFAS, TANAFAS dan NUFUS itu adalah suatu perkara yang Ghaib.
NAFAS tidak akan dapat dirasai, diraba, serta di lihat akan wujudnya.
NAFAS itu adalah AL-HAYAT yang datang daripada Tuhan.
NAFAS itu adalah RAHASIA "ILLAHI".
NAFAS itu adalah kembaran bagi "ROH".
ROH itu pula adalah HAKIKAT,
Manakala NAFAS pula adalah Syariatnya Alam ini.
Inilah yang menjadi Persembahan Hamba kepada Tuhannya yang tidak ada putus-putusnya.
Maka, ROH di ibaratkan Kapal dan Ombak pula bagaikan NAFAS.
Jikalau Ombak yang Tenang, maka tenanglah perjalanan kapal, begitulah juga dengan ROH.
Jikalau NAFAS seseorang itu mempunyai KETENANGAN,
Maka ianya akan memberi kesan kepada ROHNYA.
* Nafas juga adalah sebagai Penghidup HATI dan JASAD.
Maka dengan memahaminya serta mempelajarinya itu, tentulah akan membawa umat manusia kepada Kesempurnaan Kehidupan Dunia dan Akhiratnya...
0 comments:
Catat Ulasan