Jagalah Gurumu


*Jagalah Gurumu*
Ada dua sumber bagaimana ilmu makrifatullah itu diperolehi. Pertama ialah daripada sumber yang asli dan kedua tidak asli. Yang dikatakan asli itu ialah ilmu yang langsung diperolehi daripada Qalbu. Dan ilmu yang tidak asli itu diperolehi daripada bacaan wacana teks seperti buku-buku dan media sosial, maka ini tidak ada berkahnya dan tidak bersanad atau terputus sanadnya kepada Nur Muhammad saw.
Tentu saja ilmu makrifatullah yang asli dan bersumber dari Qalbu itu bersanad dari Qalbu guru ke Qalbu guru yang berwasilah dan Qalbu mereka ini bersambung dengan Guru Sejati iaitu Nur Muhammad saw yang sanadnya tidak terputus hingga akhir zaman.
Justru itu jika engkau menemui guru yang berwasilah ini jagalah hatinya kerana hatinya itu adalah warid sepertimana engkau menjaga permata berlian yang memancarkan cahaya lutsinar tanpa ada titik-titik warna, hanya cahaya menyaksikan cahaya. Dialah guru yang menyambungkan Qalbumu dengan Nur Muhammad.
Hormatilah guru yang berwasilah ini sepertimana kau menghormati pewaris Nabi, jangan sesekali kau menyakiti hatinya, mengejek dengan kata-kata dusta dan nista, atau meninggalkannya dengan perasaan sombong dan angkuh diri kerana mungkin engkau tidak menyedari ia adalah pembawa hakikat Insan Kamil pada zamannya. Jika engkau tidak menghormatinya, maka Allah dan Rasul juga tidak akan hormat kepadamu di hari akhirat nanti.
Dalam setiap diri manusia yang mengenal dirinya ada Qalbu. Dalam Qalbu ada Ruh dan dalam Ruh ada Nur Muhammadi. Dalam Nur Muhammadi ada Sirr dan dalam Sirr ada Sirrul Asrar yakni Insan Kamil, dalam Insan Kamil inilah AKU (Tuhan) dalam keberadaan-Ku yang Maha Sempurna.

[ Sumber dari  H.B. Johar ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan