TIGA PUAK MANUSIA

 


TIGA PUAK MANUSIA
IKTIBAR PENGAJARAN DARI SURAH AL-WAQI'AH
MEMPERJELASKAN TENTANG MANUSIA TERDIRI DARIPADA TIGA PUAK - IAITU PUAK MUQARRABIN (ORANG-ORANG YANG DIDAMPINGKAN DISISI ALLAH), PUAK KANAN DAN PUAK KIRI
SURAH AL-WAQI'AH
Apabila berlaku hari kiamat itu,
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
ALLAH DEKAT
2.Surah Al-Baqarah ayat 186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
50.Surah Qāf ayat 16
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
6.Surah Al-'An`ām ayat 80
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DILUPAKAN
7.Surah Al-'A`rāf ayat 172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
7.Surah Al-'A`rāf ayat 173
Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
7.Surah Al-'A`rāf ayat 174
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
DARI AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA
PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..
SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..
PENJELASAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.
Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya. Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"
Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..
Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)
"TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA" (sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah)
Sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri, jika dihuraikan secara lisan akan berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA...
APABILA KITA MERASA ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT ALLAH / TUHAN (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT ALLAH / TUHAN, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT ALLAH / TUHAN KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Keadaan inilah yang telah dimaksudkan sepertimana firman Allah
25.Surah Al-Furqān ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
JADI
Bagaimana kita nak menjaga supaya tidak menjadikan Aku diri sendiri sebagai tuhan???
SUPAYA TERCAPAI SEPERTI FIRMAN ALLAH
20.Surah Ţāhā ayat 14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...
34.Surah Saba' ayat 28
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID ALLAH TELAH BERFIRMAN
CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA..
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
78.Surah An-Naba' ayat 39
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !
72.Surah Al-Jinn ayat 11
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...
FIRMAN ALLAH TENTANG PERLUNYA MALAKUKAN JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU
IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK BOLEH HENDAK DITERANG ATAU DIPERJELASKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN
TIDAK TERTULIS TENTANG TUHAN (ALLAH)
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...
CUBA KITA LIHAT KEADAAN YANG BERLAKU DISEKELILING KEHIDUPAN KITA, RATA-RATA ORANG MENCUBA UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH BERDASARKAN KEPADA ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG TELAH DIPELAJARI DARI MURSYID MASING-MASING, MANAKALA ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN TIDAK AKAN TERTERANGKAN TENTANG ALLAH
Malah Allah telah mengajarkan kepada kita dengan firmanNya "SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."
APA YANG SEDANG BERLAKU BILA DIANALISA DAN DIHURAIKAN AKAN MENJADI SEPERTI KAMI DENGAR AKAN FIRMAN ALLAH
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."
TETAPI KAMI TETAP DENGAN INGIN MENERANGKAN TENTANG ALLAH YANG TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, WALAUPUN KAMI TAHU YANG ALLAH TIDAK BOLEH NAK DITERANGKAN....
INI SEDANG BERLAKU SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
8.Surah Al-'Anfāl ayat 21
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 57
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
APA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Lagi janji yang telah dijanjikan oleh Allah
10.Surah Yūnus ayat 9
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di
situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
22.Surah Al-Ĥaj ayat 24
Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK
4.Surah An-Nisā' ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
6.Surah Al-'An`ām ayat 82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AMAL SOLEH IALAH AMAL YANG DILAKUKAN TANPA DISERTAKAN DENGAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK,
Yang tidak disertakan dengan sebarang syirik membawa maksud yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik...
Bagaimana atau apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk sampai kepada keadaan yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik?
DENGAN BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK, (MELAKUKAN TAUBAT NASUHA)
66.Surah At-Taĥrīm ayat 6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
66.Surah At-Taĥrīm ayat 7
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Taĥrīm ayat 8
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.
Maksud daripada perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
ialah seseorang itu perlu melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri
Selain daripada ini Allah telah berfirman memperjelaskan tentang "JIWA YANG TENANG" yang berkaitan rapat dengan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid dan INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENAMPAKKAN JALAN YANG BENAR
7.Surah Al-'A`rāf ayat 201
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...
89.Surah Al-Fajr ayat 27
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
89.Surah Al-Fajr ayat 28
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
89.Surah Al-Fajr ayat 29
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
89.Surah Al-Fajr ayat 30
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT "JIWA ATAU HATI YANG TENANG" MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
ORANG YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH AKAN TENANG TENTERAM HATI MEREKA DAN AKAN MENJADI SEBAGAI PEMBUKAAN UNTUK MENDAPAT PIMPINAN DARI ALLAH KEJALAN YANG LURUS..
Firman Allah
13.Surah Ar-Ra`d ayat 28
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
BAGAIMANA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH?
BUKAN MELAKUKAN MENGIKUT PENDAPAT SENDIRI
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG ALLAH AJARKAN DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.
Selain daripada ini cuba sama-sama kita lihat bagaimana kita perlu lakukan untuk bertasbih mensucikan nama Allah sepertimana yang dikehendaki oleh Allah yang terdapat didalam firmannya
BERTASBIH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT NAMA TUHAN DENGAN LIDAH DAH HATI ...
87.Surah Al-'A`lá ayat 1
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
87.Surah Al-'A`lá ayat 2
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
87.Surah Al-'A`lá ayat 3
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
87.Surah Al-'A`lá ayat 4
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
87.Surah Al-'A`lá ayat 5
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
87.Surah Al-'A`lá ayat 6
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
87.Surah Al-'A`lá ayat 7
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
87.Surah Al-'A`lá ayat 8
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
87.Surah Al-'A`lá ayat 9
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
87.Surah Al-'A`lá ayat 10
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
87.Surah Al-'A`lá ayat 11
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
87.Surah Al-'A`lá ayat 12
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
87.Surah Al-'A`lá ayat 13
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
87.Surah Al-'A`lá ayat 14
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
87.Surah Al-'A`lá ayat 15
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
87.Surah Al-'A`lá ayat 16
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
87.Surah Al-'A`lá ayat 17
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
87.Surah Al-'A`lá ayat 18
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
87.Surah Al-'A`lá ayat 19
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH, CARA UNTUK BERTAUBAT DENGAN "TAUBAT NASUHA", CARA UNTUK BERAMAL DENGAN AMAL SOLEH, CARA UNTUK BERTASBIH KEPADA ALLAH, ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID IAITU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU
SALAH SATU DARI BERBAGAI JALAN YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
87.Surah Al-'A`lá ayat 15
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ...
Untuk melaksanakan perintah Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Ini adalah cara untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Ini apa yang Allah perintahkan yang tersirat didalamnya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Dengan melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw seperti diatas, Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"
Iaitu
ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH
Sama-sama kita muzakarahkan tentang bagaimana hendak melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan dulu kepada apa yang disedari pada masa itu (samada zat, sifat, nama atau perbuatan)
Kita jangan sangka kepada yang ditumpukan (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu sebagai ( zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri
Jika kita sangka (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai diri kita bermakna kita sedang mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri kerana sebenarnya (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah merupakan kenyataan (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah.
Kita jangan sangka kepada yang sedang ditumpukan (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah
Jika kita sangka (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah, bermakna kita sedang mengaku-ngaku ( zat, sifat, nama atau perbuatan) yang selama ini yang sedang dirasai sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri, itu yang sedang diakui atau sedang disangka sebagai ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah
Apa yang perlu dilakukan keatas apa yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah jangan sangka atau mengaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan itu sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri sendiri dan jangan disangka atau mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah
(GUNAKAN SIFIR "BUKAN AKU BUKAN ALLAH" DILUAR LATIHAN TUMPU DAN SEBUT)
Jika kita bersangka-sangka atau mengaku-ngaku samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) atau sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah
Latihan atau perlakuan yang dilakukan (tumpukan dan sebut Allah yang berdasarkan kepada firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.") Tidak akan menjadi penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah tetapi akan terjadi seperti sangkaan yang sedang disangka sebelum dari kita melakukan atau melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Ini adalah disebabkan kita sudah bersangka-sangka dahulu daripada kita melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Hasilnya tetap dengan sangka-sangkaan yang didulukan itu..
Yang paling penting ialah kita jangan mempelajari ilmu hakikat dan ilmu makrifat daripada sesama-sama makhlok kerana ini akan menimbulkan sangka-sangkaan dan mereka-reka perkara dusta kepada Allah
Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah ilmu yang akan dipimpin dan diberikan petunjuk hidayah oleh Allah kepada sesiapa yang istiqomah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu..
Jika ada secebis sangkaan yang berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah dipelajari daripada sesama makhlok (yang bukan dari dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah) berdasarkan kepada mereke-reka perkara dusta kepada Allah.
Latihan yang dilakukan berdasarksn kepada firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan"
Tidak akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama atau perbuatan Allah, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..
Ini adalah perkara awal yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu.
Jika ini tidak boleh dilakukan, tak perlulah mempelajari dan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang sedang diterangkan disini..
Cara untuk melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.
Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.
Jika apa yang kita ketahui mendahului daripada apa yang akan dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah,
Apa yang akan kita lakukan tidak akan berhasil sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana kita tidak melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Cara untuk melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.
Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.
Apa yang tersurat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Supaya berlaku pengakuan keatas apa yang disaksikan kita perlu tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada (samada kepada zat, sifat, nama atau perbuatan yang bukan yang dirasakan sebagai zat, sifat, nama atau perbuatan diri sendiri. Atau yang bukan zat, sifat, nama atau perbuatan yang disangka sebagai zat, sifat, nama dan perbuatan Allah)
Didalam latihan diperingkat awal kita mesti tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan dulu daripada menyebut Allah..
Apabila sudah dapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam satu masa yang sama, disinilah baru akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.
Tumpuan akan bertukar menjadi penyaksian dan menyebut Allah akan bertukar menjadi pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah
Latihan tumpuan dengan sebulat tumpuan dengan menyebut Allah secara serentak (pada saat yang sama) ini adalah latihan yang dilakukan supaya dapat berlaku tumpuan dengan menyebut Allah berlaku pada satu masa yang sama..
Setelah mendapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam saat yang sama atau secara serentak barulah akan berlaku akan firman Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Maksudnya pada bila-bila menyebut Allah secara automatik telah berlaku serentak beserta dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan.. kerana sudah mendapat kemahiran semasa melakukan latihan diperingkat awal..
Untuk memudahkan kepada faham kita muzakarahkan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Dengan mengambil contoh menumpukan kepada sifat ada.
Sifat ada mana yang akan kita berikan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan?
Kita perlu berikan tumpuan kepada yang selama ini yang kita sedar atau rasakan sebagai keberadaan diri kita sendiri.
Sebelum kita menumpukan kepada sifat ada yang ternyata kepada diri kita sendiri terlebih dahulu kita mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN ALLAH"
Kenapa perlu kita mengulang-ngulang perkataan "BUKAN AKU BUKAN ALLAH"
Ini perlu dilakukan supaya apabila kita merasai atau menyedari sifat ada yang ada pada diri kita sendiri, akan berlaku secara automatik ada yang sedang dirasai itu bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan pula yang disangka sebagai ada Allah
Maknanya ada yang sedang kita rasai untuk ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah ada yang bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan ada yang sedang dianggap atau disangka sebagai sifat ada Allah kerana kita belum lagi melaksanakan perintah Allah
"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
Rasakan atau sedarilah kepada sifat ada yang bukan yang sedang disedari sebagai ada diri sendiri dan sifat ada yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ada Allah.
Tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan yang bukan sifat ada yang sedang dianggap atau disangka sebagai sifat ada Allah.
Setelah penumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan dilakukan keatas sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari itu
Sebutlah Allah tanpa putus dengan tertib dan jangan terlalu laju, setiap satu sebutan Allah itu ditujukan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasakan sebagai ada diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai ada Allah supaya berlaku menyebut Allah dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tupuan kepada sifat ada ini berlaku serentak atau supaya berlaku didalam saat yang sama.
Setelah berlaku menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari pada saat yang sama atau serentak
Pada ketika inilah tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada akan bertukar menjadi penyaksian kepada sifat ada dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan bertukar menjadi pengakuan bahawa sifat ada yang sedang disaksikan itu adalah sifat ada Allah.
Ini bukan berlaku didalam perkataan yang kita perkatakan, bukan berlaku didalam fikiran yang sedang difikirkan, bukan berlaku didalam ingatan yang sedang dingatkan, bukan berlaku didalam ilmu yang diketahui tetapi perlakuan menyebut Allah yang telah berlaku serentak dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itu sendiri yang akan bertukar menjadi sebagai penyaksian dan pengakuan kepada sifat ada Allah..
Kaedah menyebut Allah seperti sabda Rasulullah saw ialah
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Cara menyebut Allah dengan kaedah yang telah diajarkan oleh Rasulullah iaitu menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan menghasilkan menyebut Allah tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf..
Jika seseorang menyebut Allah dengan secara lisan iaitu tanpa menungkatkan lidah kelangit-langit, semasa sebutan Allah yang keluar dari lisan itu lidahnya akan bergerak. Ini kaedah menyebut Allah secara lisan..
Apabila seseorang melakukan kaedah menyebut Allah dengan kaedah menungkatkan lidah kelangit-langit, lidah tidak lagi akan bergerak, sebenarnya akan ada satu anggota lain yang akan bergerak menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan.
Pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah diketika menungkatkan lidah kelangit-langit inilah tandanya seseorang itu sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf... (tersembunyi)
Cara untuk menyebut Allah didalam hati bukanlah sepertimana yang kebanyakan atau ramai orang faham sekarang ini iaitu kita menyebut-nyebut Allah didalam hati..
Kaedah untuk menyebut Allah didalam hati adalah sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah seperti didalam sabdanya
- Tongkatkan lidah kamu
- Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya
Pergerakan anggota yang bergerak diketika menyebut Allah diketika sedang menungkatkan lidah kelangit-langit yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan (diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit) inilah maksud kepada sedang menyebut Allah didalam hati....
Inilah rahsia tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya....
Yang perlu diketahui untuk diamalkan.... yang merupakan sedang ingat kepada Allah yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf...
Sesiapa yang istiqomah melakukan menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan dapat merasakan pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah diketika menyebut Allah secara lisan (lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit...
Sedang menyebut kaedah dari mana-mana cara (samada dengan kaedah lisan atau dengan kaedah yang tersembunyi) akan mendatangkan ingat kepada Allah (zikirullah)
Menyebut Allah bukan ingat kepada Allah tetapi untuk mendatangkan ingat kepada Allah mesti menyebut Allah..
Setelah istiqomah melaksanakan menyebut Allah, (samada secara lisan atau tersembunyi) barulah akan menghasilkan ingat kepada Allah yang tidak boleh nak dihuraikan didalam apa bentuk dan cara sekalipun...
Ini apa yang telah Allah perjelaskan seperti didalam firmanNya yang bermaksud "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"
Melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
ADALAH MERUPAKAN SATU IBADAT YANG PERLU DILAKUKAN DAHULU, BERSAMA SERTA DENGAN IBADAT-IBATAT YANG LAIN SEPERTI SOLAT, PUASA, ZAKAT DAN MENUNAIKAN HAJI
SAMBUNGAN KEPADA SURAH AL-WAQI'AH
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan