MENTAUHIDKAN ALLAH SWT

 


MENTAUHIDKAN ALLAH SWT ?*
Bagaimanakah boleh kita mengetahui bahawa yang seseorang itu Benar-Benar sudah dapat MENTAUHIDKAN ALLAH SWT ???
Ciri-cirinya seperti berikut;
* 1) Orang-orang yang Bijak mengetahui setiap JALANNYA, bukanlah yang hanya mengetahui CERITANYA sahaja.
Maksudnya adalah orang-orang yang Arif didalam MENGENAL dan MEMAHAMI ALLAH SWT (Diakhir Zaman ini kita ketandusan Para Guru-Guru yang mahir didalam Bab Ketuhanan).
Dia bukanlah sahaja boleh menghuraikan segala Penceritaannya semata-mata, malah Mengetahui dan juga Arifbillah' didalam JALAN-JALAN untuk SAMPAI Kepada-Nya.
"Hendaklah engkau selalu bersama Allah. Jika tidak mampu, berusahalah selalu bersama orang-orang yang dekat dengan Allah. Kerana sesungguhnya orang itulah yang akan MENYAMPAIKANMU KEPADA ALLAH."
(HR. Abu Daud)
* 2) Orang yang bilamana menyebut sahaja NAMA ALLAH ataupun KALAM ALLAH. Maka Bergetar Hancurlah Hatinya.
Kerana dia telahpun MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya KENAL (Jikalau masih tidak dapat merasakannya, maka bererti seseorang itu masih lagi bertaraf Salik paling sebaiknya dan seteruknya boleh juga jatuh ketaraf Munafiqun, Fasiqun dan sekeras Kafirun).
Firman Allah SWT;
"Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN adalah mereka yang apabila disebut NAMA ALLAH GEMENTAR HATINYA, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) IMANNYA dan hanya kepada Tuhan mereka Bertawakal."
(QS. An-Anfal : 2)
* 3) Orang yang tidak akan menganggap Buruk dan Hina kepada setiap TAKDIR dan UJIAN yang Allah SWT berikan kepadanya.
Malah, dengan setiap UJIAN-UJIAN yang didatangkan kepadanya itu akan membuatkan dia semakin bertambah BERIMAN dan BERSABAR.
Sebab itulah Ahli Tauhid / Hakikat / Ma'rifat / Tasawwuf yang SEJATI !
Yang SEJATI !
Tidak akan pernah merasa berkecil Hati, gusar dan risau disaat ada orang mencaci hina, mengecam, menjatuhkannya, menolak ilmunya ataupun disaat manusia sedang huru-hara, serabut dan sebagainya.
Dari pandangan umat manusia martabatnya mungkin dijatuhkan, namun sebaliknya pada Allah. Setiap kali dia dijatuhkan, maka akan semakin dinaikkan oleh Allah TA'ALA akan Martabatnya.
Kerana kita hidup diduniawi sementara ini bukanlah untuk meraih pandangan makhluk, tetapi adalah untuk mengutamakan PANDANGAN ALLAH SWT kepada kita.
Senantiasa mengharapkan Dimuliakan oleh Allah SWT, bukannya dimuliakan oleh umat manusia.
"Dipuji manusia tidak terbang tinggi dilangit, dan dihina manusia tidak pula jatuh terhempas kebumi..."
Sepertimana Allah SWT berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan Keyakinannya dengan berkata, ‘Tuhan kami ialah Allah.’ Kemudian mereka tetap Teguh di atas Jalan Yang Betul (dengan pengakuan Iman dan Tauhidnya itu), maka tidak ada Kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(QS. Al-Ahqaf : 13)
4) Orang yang rajin Beribadah dan Beramal.
Iaitu, orang-orang yang rajin BERSOLAT, BERPUASA dan sebagainya.
Yang paling utama, dia adalah orang yang rajin BERDZIKIR dan tidak mudah Lalai dia daripada BERDZIKIR.
Samada sedang bekerja, membawa kereta atau apa sahaja keadaan dan dimana jua dia berada, tidak lekang dimulut dan Hatinya BERDZIKIR kepada Allah SWT.
Pendek kata, setiap daripada bangun tidurnya sehinggalah membawa ke tempat tidurnya semula, dia akan senantiasa BERDZIKIR kepada ALLAH SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“(Iaitu) orang-orang yang BERIMAN dan Hati mereka menjadi Tenteram dengan MENGINGAT ALLAH. Ingatlah, hanya dengan MENGINGATI ALLAH Hati menjadi Tenteram.”
(QS. Al-Rad : 28)
5) Iaitu orang-orang yang telah Berjaya membuang segala isi Dunaiwi daripada Hatinya, dan Duniawi itu diletakkan pula diatas telapak tangannya sebagai Neraca.
Maka pada bila-bila masa sahaja mereka boleh melepaskan Duniawi itu jatuh hancur daripada dirinya, tanpa mereka bersedih akan kehilangannya.
Maksudnya, iaitu orang-orang yang memandang Duniawi Palsu ini didalam keadaan hina padanya. Yang Mulia hanyalah Allah SWT diatas segala-galanya.
Kerana orang-orang yang Berjaya MENTAUHIDKAN ALLAH itu, sudah pastilah orang yang tidak akan adanya setitik jua Kecintaannya kepada Duniawi Palsu dan tidaklah pula mereka Takut Akan Kematiannya.
Sesungguhnya, bagi mereka Kematiannya itu adalah satu tidur yang panjang, dan juga adalah Jalan untuk kembali ke tempat asalnya iaitu KAMPUNG HALAMANNYA (AKHIRAT).
Mereka juga tidak bersedih Hati hidup didalam keadaan serba Kedaifan ataupun Kefakiran. Malah mereka lebih Mencintai Kefakiran sepertimana Baginda Nabi SAW Mencintainya.
Maka terbebaslah mereka daripada Belenggu Dajjal, Iblis dan Syaitan. Maka dengan itu akan memudahkan PERJALANAN mereka untuk kembali ketaraf INSAN KAMIL MUKAMIL...
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Barangsiapa yang kehidupan Akhirat menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah akan meletakkan rasa cukup didalam Hatinya dan menghimpun semua urusan untuknya serta datanglah dunia kepadanya dengan hina. Tapi barangsiapa yang kehidupan dunia menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah meletakkan kefakiran di hadapan kedua matanya dan mencerai-beraikan urusannya dan dunia tidak bakal datang kepadanya, kecuali sekadar yang telah ditetapkan untuknya.”
(HR. Tirmidzi)
Semoga Bermanfaat...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan