MUHASABAH DIRI..


MUHASABAH DIRI..

Rupa-rupanya, TITIAN SIRATUL MUSTAQIM itu tersangat-sangatlah gelap gelita !
Sahabat bertanya kepada Nabi SAW;
"Kalau gelap macam mana kita mahu melintasinya ?"
Jawabnya Nabi SAW;
"Dengan CAHAYA yang keluar daripada Tubuh kita..."
Terang ataupun Malap "CAHAYA" itu adalah bergantung kepada "KESUCIAN ROHANI" kita semasa di duniawi ini.
Ada INSAN yang Tubuhnya BERCAHAYA dengan sangat terang benderang,
Maka akan sangat mudahlah dia nantinya melintasi di TITIAN SIRATUL MUSTAQIM.
Ada pula orang yang CAHAYANYA terdapat pada Anggotanya sahaja,
Maka, melintaslah dia dengan CAHAYA yang terbatas itu.
Ada juga orang yang CAHAYANYA sekejap menyala dan sekejap padam,
Maka, semasa keluar saja CAHAYA itu, dia pun akan mulai berjalan.
Dan, semasa CAHAYANYA itu sudah menghilang, maka dia akan berhenti dan menunggu.
Begitulah dia disepanjang perjalanannya itu...
AHLI SYURGA itu adalah INSAN-INSAN yang tidak akan bercakap dengan perkara-perkara yang merugikan ataupun yang terlalu sia-sia.
AHLI SYURGA itu adalah INSAN-INSAN yang sewaktu lapangnya hanyalah dihabiskan dengan membaca Al-Qur'an sehinggalah dapat memahami hakikatnya, senantiasa DZIKIR Memuji Allah SWT dan lain-lainnya yang berkenaan Islam.
Kata Nabi SAW;
"Ahli Neraka itu, dia tidak mati dan tidak pula hidup..."
Maknanya : Dia akan sekejap mati dan sekejap hidup.
Begitulah sehingga tamat tempohnya di Neraka itu...
Tubuh Badan anak Adam akan dilebarkan oleh Allah SWT didalam Neraka beberapa hasta, supaya kesakitan yang dirasainya itu akan menjadi lebih banyak.
Neraka itu terlalu gelap gelita, kerana apinya itu terlalulah panas !
Bayangkanlah, seberapa lamanya didalam Neraka hanya kerana Dosa-Dosa ?
Adanya yang dibakar sehingga tamat tempohnya, dan hanya terus diam didalam Neraka menjadi arang.
Nabi SAW pula akan menunggu kesemua umatnya untuk masuk kedalam Syurga, kemudian barulah Nabi SAW pula melangkah masuk kedalam Syurga.
Diriwayatkan bahawa, Nabi SAW akan menunggu umatnya. Sampailah kepada orang terakhir yang akan melintasi TITIAN SIRATUL MUSTAQIM.
Nabi SAW akan berjalan dengan terlalu perlahan, hanya kerana Nabi SAW mahu menunggu umatnya.
TITIAN itu terlalulah gelap gelita, kerana ianya dibentangkan diatas Neraka Jahanam.
Dihadapan TITIAN SIRATUL MUSTAQIM itulah adanya PINTU SYURGA...
Ada yang Berjalan selaju Angin, sesuai bagi INSAN-INSAN yang SUCI DIRINYA.
Mereka itu adalah orang-orang yang senantiasa memberi sesuatu daripada menerima sesuatu. Dan mereka juga akan sentiasa Berjuang atau Dakwah menyebarkan KEBENARAN YANG HAQQ.
Orang yang terakhir ini adalah orang yang IMANNYA paling LEMAH !
Selepas orang terakhir itu melintas saja di TITIAN SIRATUL MUSTAQIM, maka dia akan melihat sebatang Pohon Besar yang dibawahnya ada air yang mengalir.
Dia pun meminta kepada Allah untuk duduk disitu. Maka Allah SWT pun berkatalah kepadanya;
"Duduklah wahai Hamba-Ku..."
Kemudian dihadapannya, orang itu melihat adanya Pohon lain yang lebih Indah.
Maka orang itu pun meminta untuk berada dibawah Pohon itu. Maka Allah SWT pun mengizinkannya.
Kemudian orang itu melihat lagi dihadapannya ada Pohon lebih Indah yang ada banyak lagi Kenikmatannya.
Orang itu pun meminta lagi untuk duduk disitu. Maka Allah SWT pun mengizinkannya juga.
Daripada situlah orang itu dapat mendengar suara INSAN-INSAN didalam Syurga.
Suara-suara itu begitulah Merdu, orang itupun meminta dengan Allah SWT untuk masuk kedalam Syurga itu. Maka Allah SWT pun mengizinkannya juga.
Apabila masuk sahaja, dia pun keluar semula, lalu dia pun bertanya kepada Allah SWT :
Adakah tempat aku disini ?
Lalu Allah SWT pun berkata, pernah tidak mendengar semasa engkau di dunia dahulu.
Bahawa, adanya orang yang paling Kaya ?
Dia pun berkata : Pernah Ya Allah.
Lalu Allah SWT pun berkata kepadanya;
"Sesungguhnya untukmu akan Aku Anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan orang yang paling kaya itu."
Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang wahai Saudaraku...
Orang yang paling akhir sekalipun diberikan Nikmat dengan sebegitu besar. Apatah lagi bagi orang-orang yang TAAT Berserah Diri Kepada-Nya.
Sesungguhnya, PERJALANAN di Duniawi ini pun sudah terlalu gelap pekat UJIANNYA walaupun dimana-mana.
Hanya kerana Mata kita yang sedang Buta sahaja, di asbabkan Kelalaian dan Nikmat kehidupan didunia ini telah Menghijab kita.
Tanpa disedari, kita telahpun Dipesongkan dengan hal-hal yang sangat Melalaikan. Sehinggakan kita pun Tersesat kembali kepada Allah SWT.
Ada jalan yang sangat dekat, namun telah menjadi jauh...
Ada jalan yang begitu mudah, namun yang rumit juga kita pilih...
Semoga kita ditunjukkan "JALAN YANG LURUS". Iaitu;
"JALAN KEBENARAN YANG HAQQ UNTUK KEMBALI BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT, AGAR SELAMAT KEMBALI KE KAMPUNG AKHIRAT YANG KEKAL ABADI..."

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan