Janganlah duduk terlalu lama di dalam mempelajari ilmu makrifat kerana di sini anda boleh saja syirik kepada Allah tanpa disedari!
Ada yang hendak mengenal dan ada yang hendak dikenal. Di sini sudah ada 2 wujud. Syirik itu seperti semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di malam yg gelap gelita.Cepat-cepat putuskan dan kembalilah kepada Syariat Muhammad Rasullulah. Bersahaja2 menempuh kehidupan seharian dengan redho dan taat mengikuti skrip yang sudah pun tertulis dari azali.
HANYA YANG MENJALANI YANG MEMAHAMI
Sesungguhnya apa yang kamu cari di dalam perjalanan menuju kepada Allah adalah DIRI MU SENDIRI! Apabila melihat kebaikan, lihatlah dengan mengunakan kaca mata syariat agar kebaikan itu boleh menjadi contoh dalam kehidupan anda.
Di dalam perjalanan menuju kepada Allah, anda akan pasti sampai ke tahap kerinduan dan cinta. Memang ashik apabila kamu itu berada di tahap kerinduan dan cinta tetapi jangan terlalu lama berada di tahap ini. Teruskan perjalanan mu sehingga tiada lagi kerinduan dan tiada lagi cinta.
Rasa itu akan hilang apabila perjalanan kamu itu sudah sampai pada destinasi. Yang kamu pandang adalah kenyataannya yang amat nyata sehingga sudah tidak ada lagi cerita.
Sesungguhnya apa yang kamu cari di dalam perjalanan menuju kepada Allah adalah DIRI MU SENDIRI!
Apabila melihat kebaikan, lihatlah dengan mengunakan kaca mata syariat agar kebaikan itu boleh menjadi contoh dalam kehidupan anda.
Apabila melihat keburukan maka lihatlah dengan mengunakan kaca mata hakikat, pasti anda
boleh melihat siapa yang empunya keburukan itu agar anda tidak cepat menjatuhkan hukum.
SESUNGGUHNYA...
SYARIATIN DAN HAKIKATON ITU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. KALAU DIPISAHKAN MAKA BATAL LAH JADINYA.
[ Sumber dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan