RAHSIA ZIKIR NAFAS

 


RAHSIA ZIKIR NAFAS*
(HURAIAN BAB : 2)
NAFAS itu adalah sumber yang utama didalam Menghidupkan HATI dan JASAD.
Memahaminya dan Menguasainya akan membawa seseorang INSAN itu kepada Kebahagiaan dan Ketenangan.
NAFAS itu adalah saluran penting bagi kita untuk meneruskan Kehidupan diatas muka bumi Allah SWT ini, jikalau adanya JASAD tanpa NAFAS. Maka tidak akan bergunalah JASAD ini.
Adanya ROH tetapi tidak adanya NAFAS, maka itu juga tidak akan bermanfaat bagi ROH pada JASAD itu.
NAFAS itu adalah Angin yang Keluar dan Masuk daripada Lubang Hidung dan Mulut (Dari luar Tubuh ke dalam Tubuh).
Jikalau menurut pengertiannya bahawa Udara yang "Keluar" daripada Mulut ataupun Hidung itu ialah Karbondioksida (CO²). Sementara yang disebutkan Udara yang "Masuk" itu ialah Oksigen (O²).
Fungsi Oksigen (O²) ini ialah untuk memutarkan DARAH didalam JANTUNG, yang akan menyebabkan NYAWA itu bergerak.
Oksigen (O²) itu dihirup daripada luar yang diproses oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah...
Betapa pentingnya Penguasan NAFAS
didalam Kehidupan kita, dan tanpanya Penguasan ini kita tidak akan pernah Bahagia secara Zahir mahupun Batin.
AHLI SUFI mengakui Hakikat ini, bahawa kesemua puncak masalah Kehidupan yang membawa pada keadaan tidak Bahagia itu adalah kerana ketidak harmonisannya diantara JASAD dan QALBU. Ketidak stabilkan EMOSI ataupun masalah PSIKOLOGI.
EMOSI dan JASAD sangat-sangatlah berkaitan, jikalau tidak dikendalikannya. Maka akan membawa mudarat kepada Tubuh Badan dan juga
Anggota Badan yang menjalankan Tugas pentingnya didalam Sistem PEREDARAN DARAH dan Sistem OXYGENASI.
Justeru Perawatan yang paling
terbaik
ialah membina Motivasi seseorang kepada Kekuatan didalam Tubuh dengan mendekatkan INSAN itu dengan RABB nya.
ZIKIR yang digabungkan dengan teknik PERNAFASAN yang betul, ataupun yang disebutkan oleh AHLI TASAWWUF sebagai ZIKIR NAFAS. Maka ianya akan memberikan kesan yang sangat-sangat
hebat
.
Al-Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa ZIKIR yang dilakukan dengan cara Menahan NAFAS akan mempercepatkan proses "PENSUCIAN HATI" (Membakar MAZMUMAH).
PERNAFASAN yang betul akan memaksimumkan penyerapan OKSIGEN (O²) yang amat terpenting didalam Kehidupan dan Kesihatan INSAN.
Kekurangan Oksigen (O²) akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami pelbagainya penyakit seperti kanser, gangguan saraf dan lain-lainnya.
* TEKNIK TERAPI ZIKIR PERNAFASAN.
- Kita hendaklah Bersuci terlebih dahulu.
Kemudian duduk dengan tenang sambil tegak, lalu amati NAFAS yang Keluar dan Masuk. Kemudian ikutilah geraknya NAFAS.
Jangan sesekali mengatur NAFAS, hendaklah dibiarkan NAFAS itu Keluar dan Masuk dengan bebas.
- Posisi badan tegak, kepala lurus dengan tulang punggung.
Sebaiknya bagi pemulaannya, mata hendaklah dipejamkan dan mulut tertutup dengan rapat.
Tarik NAFAS perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya, dada dikembungkan, perut dikempiskan sekempis yang mungkin dan dikeraskan. Agar Energi yang dibangkitkan menjadi besar dan dengan penuh perasaan.
Rasakanlah seolah-olah Energi 'ILAHI' Masuk daripada kaki naik keatas menembus Ubun-Ubun dan sampailah ke titik Omega (Titik tidak terhingga).
Tahan selama beberapa detik agar diproseskan oleh paru-paru.
Tahan NAFAS di bawah pusat, kemudian Energi 'ILAHI' yang Terang Benderang diturunkan kembali ke kepala sampailah ke tengah dada.
Dan Keluarkan NAFAS itu dengan perlahan-lahan daripada Lubang Hidung.
Bererti 1x putaran NAFAS sudahpun kita selesaikan...
- Penarikan NAFAS itu haruslah dengan tertib dan juga secara natural, tanpa adanya dipaksa ataupun didesak. Sebab hal ini akan gagal menghasilkan satu proses yang MUKAMMIL.
- Kemudian tarik NAFAS kembali sedalam-dalamnya.
Tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya (Sebaiknya 5-1-5 atau 10-1-10 ataupun 3-1-3).
Tarik 3 saat - Tahan 1 saat dan lepas 3 saat) ataupun mengikuti Kekuatan Daya Tarikan dan Hembusan.
- Lanjutkan terapi PERNAFASAN ini dengan dada tetap dikembungkan, dan perut tetap dikempiskan dan dikeraskan.
Menarik NAFAS itu dengan membayangkan Menghirup Udara yang Bersih dan Sihat, dan lepaskanlah NAFAS itu dengan membayangkan Membuang segala Penyakit, Racun dan Udara Kotor.
NAFAS ditahan agar Proses Biologis didalam Paru-Paru berlangsung dengan sempurna, yaitu : Oksigen (O²) yang di Udara diserap oleh Paru-Paru (Secara maximal) dan Udara Kotor Beracun (CO2) itu dilepaskan ke Udara untuk kemudian di Buang Keluar disaat melepaskan NAFAS.
(Dengan BERNAFAS biasa, maka proses berlangsung tidak sempurna, kerana belum sempat terjadinya pertukaran secara lengkap tetapi Udara sudah dikeluarkan lagi daripada Paru-Paru).
Ketika BERNAFAS tepat pada Tarikan Oksigen (O²), maka yang harus di fokuskan ialah Lafaz "HU".
Setelah hembusan NAFAS itu, maka di fokuskanlah pula pada Lafaz "ALLAH".
Begitu seterusnya dan berulang-ulang...
Perlu di ingatkan !
Bahawa pada Lafaz "HU" haruslah benar-benar di Rasakan yang "HU" ini mengalir di pembuluh-pembuluh Nadi dan menyebar kesegenap penjuru Organ Tubuh.
Manakala pada Lafaz "ALLAH" ketika dihembuskan, maka Rasakanlah bahawa yang diluar Tubuh tidak terlepas daripada "Tali-NYA".
Jikalau IKHLAS kerana ALLAH SWT semata-mata, maka nanti akan dapat bertatapan Dengan-NYA. Tentunyalah bukan dengan Panca Indera, tetapi ianya lebih daripada itu.
Jikalau ingin mengetahui Metode ZIKIR NAFAS WALI SONGO yang lainnya (Kecuali Raden Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati). Hanya perlu membalikkan "HU" itu kepada Hembusan NAFAS, dan "ALLAH" itu pula pada Tarikan NAFAS .
Sewaktu ingin melakukan ZIKIR NAFAS ini, maka kita wajiblah memulangkan Dzat, Sifat, Af'al kita kepada DZAT SIFAT, AF'AL ALLAH SWT.
Yang berertinya memulangkan segala Wujud kita yang Zahir ini kepada WUJUD kita yang Batin. Yaitu "RUH".
Dan pulangkanlah Wujud RUH itu kepada Hakikatnya WUJUD YANG QADIM, iaitu DZAT ALLAH TA'ALA semata-mata.
"LAA MAUJUD ILLALLAH..."
Ertinya : Tiada yang Ada di alam ini pada Hakikatnya melainkan ALLAH juga.
* HAKIKAT NAFI PADA DIRI KITA.
- LAA WUJUD (Tiada yang Wujud).
- LAA QADIR (Tiada yang Maha Kuasa).
- LAA HAYUN.
- LAA MURIDUN.
- LAA ALIMUN (Tiada yang Maha Mengetahui).
- LAA SAMI'UN (Tiada yang Mendengar).
- LAA BASIRUN (Tiada yang Maha Melihat).
- LAA MUTAKALLIMUN FILL HAQIQAH ILLALLAH.
Segala-galanya hanyalah ALLAH SWT semata-mata...
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan