MA'RIFAT YANG HAQQ

 


MA'RIFAT YANG HAQQ*
Ikutilah kisahnya WALIYULLAH' ini sebagai pedoman dan teladan...
Al-Alif yang sedang duduk bersantai-santai sahaja dibawah sebatang "Pohon " sambil dia berseru;
“HU... HU... HU... HU... HU... HU... HU...”
Lalu, teman-temannya telah menyangka bahawa Al-Alif telah mengamalkan Ajaran Sesat, kerana telah BERDZIKIR dengan kata-kata yang tidak ada Nashnya.
“Engkau telah BERDZIKIR dengan perkara yang tidak ada Nashnya !” - Kata teman-temannya.
“Mana ada ?” - Al-Alif pun membantah teman-temannya.
“Engkau telah BERDZIKIR dengan : HU... HU... HU... HU... HU... Itu, daripada manakah sumbernya ?” - Tanya teman-temannya.
“Burung Merpati diatas "Pohon " ini telah menyanyi dengan berbunyi : KU... KU... KU…”
Maka aku pun mengikutilah rentaknya dengan : "HU... HU... HU..." - Jawabnya Al-Alif.
Beberapa lama kemudian, teman-temannya Al-Alif telah datang mengunjungi Al-Alif yang telah dimasukkan kerumah orang-orang Sakit Jiwa, kerana Al-Alif telah dituduh sebagai orang gila.
“Siapa kalian ?” - Tanya Al-Alif.
“Kami ini Sahabat-Sahabatmu…” - Jawab teman-temannya.
Ketika itu jugalah Al-Alif telah membaling kepada mereka dengan beberapa ketul batu, maka berlari lintang pukanglah kesemua teman-temannya...
“Kalian semua adalah pembohong dan pendusta !
Apakah orang-orang yang telah mengakui Sahabat akan lari bertempiaran hanya kerana beberapa ketul batu ?
Sikap kamu ini telah membuktikan bahawa kamu semua adalah Sahabatmu sendiri sahaja, bukannya Sahabatku.” - Kata Al-Alif.

* KESIMPULAN KIASANNYA.
Barangsiapa yang belum berjumpanya dengan GURU, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN TAUBAT.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN TAUBAT, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN ILMU.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN ILMU, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN BERAMAL.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN BERAMAL, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN USAHA.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN USAHA, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN SABAR.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN SABAR, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN TAWAKKAL .
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN TAWAKKAL, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN FANA'.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN FANA', maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN BAQO'.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN BAQO', maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN HAKIKAT.
Barangsiapa yang tidak berjumpanya dengan JALAN HAKIKAT, maka dia tidak akan pernah berjumpanya dengan JALAN MA'RIFAT.
Barangsiapa yang belum mencapainya MA'RIFAT, maka dia tidak akan sesekali pernah bermulanya dengan JALAN AGAMA.
Maka barangsiapa yang tidak BERAGAMA, maka jadilah dia sepertinya Iblis dan Syaitan semata-mata.
Itulah dia BANGKAI DUNIA YANG BERJALAN...
Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya MA'RIFAT itu adalah ANUGERAH ALLAH TA'ALA kepadamu, dan bukanlah sesuatu perkara yang sangat-sangatlah mudah untuk dicapainya.
Apabila kamu mula mendapatkan ILMU tentangnya KETUHANAN itu dengan hasil daripada kamu Belajar.
Maka MA'RIFAT itu hanyalah pada peringkat ILMU semata-mata dan dengan KEYAKINAN kamu pada ILMU tersebut, itulah dinamakannya sebagai "ILMU YAKIN".
MA'RIFAT yang HAKIKI itu ialah, kamu telahpun "MENGENALI SEGALA SESUATU DENGAN SECARA HAKIKI". Bukannya lagi berdasarkan ILMU dan DALIL.
Apabila sudah dibukakan HIJAB untuk kamu melihat dengan PANDANGAN BATINMU akan HAKIKAT WUJUD-NYA. Maka barulah itu disebutkannya MA'RIFAT.
Apabila telah menerimanya PANDANGAN BATIN, maka barulah itu dinamakannya sebagai MA'RIFAT pada Tahap "AINUL YAKIN".
Maknanya kamu telah "YAKIN" diatas PANDANGAN BATINMU tentangnya "HAKIKAT SEGALA SESUATU".
Seterusnya "KEYAKINAN" yang "SAMPAI" kepada Peringkat yang HAKIKI, iaitu "HAQQUL YAKIN".
Maknanya kamu "MENGENALI SEGALA SESUATU" itu dengan secara HAKIKI didalam PANDANGAN BATIN.
Maka ILMU dan RASA yang tidak dapat lagi digoyangkan bahkan digoncangkan.
Sepertimana Nabi Allah Khidir AS yang hanya duduk diatas 'BATU' yang kuat lagi kukuh tanpa apa-apa yang ada padanya.
Maka apabila ditanya kepada Nabi SAW. Bagaimanakah Beliau MENGENAL TUHAN, maka Beliau telah menjawab bahawa;
"AKU MENGENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU..."
Fahamkanlah benar-benar Hakikatnya...
Pesan Guru saya Allahyarham Tuan Guru Haji Rosli Siroon (AL-FATIHAH);
"Belajar biarlah sepuas-puasnya dan belajar biarlah Sampai kepada Matlamatnya..."
Maksudnya adalah : Hendaklah kita Belajar sehinggakan SAMPAI KE PUNCAK SEGALANYA ILMU dan mencapai KEPUTUSAN SEGALANYA ILMU.
Agar kita dapat Menguasai MATLAMATNYA YANG HAQQ...
Maka dengan itu, barulah dapat ia dikatakannya sebagai MA'RIFAT SEJATI.
Tanpanya Kitab, tanpanya Dalil, tanpanya Hijab dan tanpa ada apa-apa pun lagi. "Hanya daripada DIA kepada DIA semata-mata..."
Sepertimana Nabi Allah Khidir AS yang tidak ada apa-apa padanya "KOSONG" dan yang hanya DUDUK diatas "BATU" diantara PERTEMUAN "DUA LAUT".
Iaitu, hanya "DIRINYA SENDIRI" semata-mata sahaja yang "DUDUK BERSEMAYAM" diperantaraan "SYARIAT" dan "HAKIKAT"...
Firman Allah SWT didalam Hadis Qudsi;
"Jika Engkau datang Kepada-KU dengan Amal, maka Engkau akan KU timbangi akan Amalan Baik dan Buruk itu.
Jika Engkau datang Kepada-KU dengan Ilmu, maka Engkau akan KU pertanggungjawabkan atas Ilmu yang Engkau miliki itu.
Jika Engkau datang Kepada-KU dengan MA'KRIFAT, maka Engkau akan KU hujahi sebatas mana engkau MENGENAL AKU.
Jika Engkau datang Kepada-KU Dengan-KU, maka itu Urusan-KU..."

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan