ZIKIR SELEPAS SOLAT

 


HADITH MUSNAD IMAM SYAFIE
Terjemahan Dan Ringkasan Serta Sedikit Keterangan
بَابٌ فِي الذِّكْرِ بَعْدَ الصَّلاةِ
BAB PADA MENERANGKAN ZIKIR SELEPAS SOLAT
Berkata Imam Syafie r.a. :
Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :
كُنْتُ أَعْرِفُ انْقِضَاءَ صَلاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالتَّكْبِيرِ
Artinya : “Adalah aku tahu akan selesainya solat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dengan takbir.”
Hadith ini diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Dan daripada Abi Az-Zubair bahawasanya beliau mendengar akan Abdullah bin Az-Zubair r.a. berkata :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ مِنْ صَلاتِهِ يَقُولُ: بِصَوْتِهِ الأَعْلَى: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ، وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ، وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Artinya : “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam apabila telah memberi salam dari solatnya baginda ucapkan dengan suaranya yang tinggi : لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ، وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ، وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Hadith ini ada dikeluarkan juga oleh Imam Muslim dan lainnya dengan lafaz yang sedikit berbeza.
KETERANGAN
BERZIKIR SELEPAS SELESAI DARI SOLAT
Adalah disunatkan ke atas siapa yang telah selesai memberi salam daripada solatnya bahawa dia berzikir menyebut akan Allah samada yang solat sendirian atau imam atau makmum dan lelaki dan perempuan dengan ketiadaan khilaf.
Berkata Imam Nawawi :
قَدْ ذَكَرْنَا اسْتِحْبَابَ الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ لِلْإِمَامِ وَالْمَأْمُومِ وَالْمُنْفَرِدِ وَهُوَ مُسْتَحَبٌّ عَقِبَ كُلِّ الصَّلَوَاتِ بِلَا خِلَافٍ
Artinya : “Sungguhnya telah kami sebut disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang solat sendirian. Dan ia adalah disunatkan selesai dari sekelian solat fardu dengan ketiadaan khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Dan berkata Syeikh Abdul Rahman Al-‘Asimi An-Najdi Al-Hanbali :
فصل في الذكر بعدها أي: في الدعاء والذكر المشروع بعد الصلاة، وقد أجمع العلماء على استحبابه بعدها.اهـ
Artinya : “Ini satu fasal pada menerangkan tentang berzikir selepasnya yaitu pada berdoa dan berzikir yang disyariatkan selepas solat dan sungguh telah ijmak olih ulamak atas disunatkannya selepas solat.” (Kitab Al-Ihkam Syarah Usul Al-Ahkam)
Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :
(وَ) يُسَنُّ (الذِّكْرُ) وَالدُّعَاءُ (بَعْدَهَا) أَيْ: الصَّلَاةِ ثَبَتَ ذَلِكَ فِي الصَّحِيحَيْنِ بِأَنْوَاعٍ مِنْ الْأَذْكَارِ وَالْأَدْعِيَةِ
Artinya : Dan disunatkan berzikir dan berdoa selepas solat dan sabit yang demikian itu pada kitab yang sahih dengan pelbagai daripada zikir dan doa.” (Kitab Al-Iqna’)
Imam Syafie r.a. meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :
كُنْتُ أَعْرِفُ انْقِضَاءَ صَلاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالتَّكْبِيرِ
Artinya : “Adalah aku tahu akan selesainya solat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dengan takbir.”
Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari :
أَيِ: انْتِهَاءَهَا (بِالتَّكْبِيرِ) : مُتَعَلِّقٌ بِ (أَعْرِفُ) يَعْنِي: إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ يَقُولُ: اللَّهُ أَكْبَرُ
Artinya : “Diketahui akan selesainya solat dengan takbir yakni apabila baginda telah selesai dari solat baginda mengucapkan اللَّهُ أَكْبَرُ.” (Kitab Mirqatul Mafatih)
Dan berkata sebahagian ulamak adalah yang dimaksudkan dengan takbir selepas salam itu ialah membaca takbir sebanyak tiga kali.
Berkata Imam Ibnu Rajab :
قال عمروٌ: قلت له: إن الناس كانوا إذا سلم الإمام من صلاة المكتوبة كبروا ثلاث تكبيرات وهكذا هنا ثلاث تهليلات
Artinya : “Telah berkata oleh ‘Amru : Berkata aku baginya yakni Sufyan : Sungguhnya manusia adalah mereka itu apabila telah memberi salam dari solat fardu mereka mengucapkan takbir tiga kali takbir. Dan seperti ini tiga kali ucapan tahlil.” (Kitab Fathul Bari)
Berkata Imam Ibu Rajab lagi :
فقد تبين بهذا أن معنى التكبير الذي كان في عهد رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عقب الصلاة المكتوبة : هو ثلاث تكبيراتٍ متواليةٍ. ويشهد لذلك: ما روي عن مسعرٍ، عن محمد بن عبد الرحمن، عن طيسلة، عن ابن عمر، قال: قال رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: من قال في دبر الصلوات، وإذا أخذ مضجعه: اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، عدد الشفع والوتر، وكلمات الله الطيبات المباركات ثلاثاً ، ولا إله إلا الله مثل ذلك كن له في القبر نوراً، وعلى الحشر نوراً، وعلى الصراط نوراً، حتى يدخل الجنة
Artinya : “Maka sungguhnya telah jelas dengan ini makna takbir yang ada ia diucap pada zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam selepas solat fardu yaitu tiga kali takbir yang berturut-turut dan dalil bagi yang demikian itu ialah hadith yang dirwayatkan dari Mis’ar daripada Muhammad bin Abdurrahman daripada Thaisalah daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata : Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Barangsiapa mengucapkan selepas solat fardu dan ketika dia hendak berbaring di tempat tidurnya : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا dengan bilangan genap dan ganjil dan كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الطَّيِّبَاتِ الْمُبَارَكَاتِ tiga kali dan لا إلَهَ إِلاَّ اللَّهُ seperti demikian juga nescaya jadilah ia di dalam kuburnya cahaya dan di padang mahsyar cahaya dan di atas titian cahaya sehingga masuk ia ke dalam syurga.” (Kitab Fathul Bari)
Adalah berzikir selepas selesai solat itu sunat hukumnya ke atas sekelian yang solat itu samada berzikir ia di tempat duduknya solat tadi atau sambil berdiri atau sambil berjalan kerana ada keperluan baginya keluar dari tempat solatnya itu.
Dan tidak diwajibkan ke atas makmum berzikir bersama imamnya bahkan harus atas makmum berzikir dengan zikirnya sendiri dan imam dengan zikirnya sendiri kerana yang diwajibkan atas makmum mengikut akan segala perbuatan imamnya itu ialah dari takbiratulihram sehingga memberi salam sahaja maka apabila imam telah selesai memberi salam nescaya tiada lagi dimestikan makmum mengikut akan imamnya akan tetapi yang afdhal ialah duduk makmum itu bersama imam berzikir dan berdoa bersama kerana sentiasa di dalam rahmat Allah dan naungan para malaikat mereka yang duduk di dalam majlis zikir.
Berkata Imam Nawawi :
اتَّفَقَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ وَغَيْرُهُمْ رَحِمَهُمْ اللَّهُ عَلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى بَعْدَ السَّلَامِ وَيُسْتَحَبُّ ذَلِكَ لِلْإِمَامِ وَالْمَأْمُومِ وَالْمُنْفَرِدِ وَالرَّجُلِ وَالْمَرْأَةِ وَالْمُسَافِرِ وَغَيْرِهِ
Artinya : “Telah sepakat olih Imam Syafie dan Ashab dan selain mereka itu atas sungguhnya disunatkan berzikir akan Allah Taala selepas salam sembahyang. Dan disunatkan yang demikian itu (berzikir) bagi imam dan makmum dan yang sembahyang sendirian dan lelaki dan prempuan dan musafir dan yang mukim.” (Kitab Al-Majmu’)
ZIKIR PERLAHAN DAN KUAT
Harus selepas salam dari solat fardu seorang itu hendak berzikir dengan perlahan atau dengan kuat.
Dan ada pun imam dan makmum maka yang afdhal ialah mereka berzikir dengan perlahan melainkan jika imam itu hendak mengajar akan jemaah dengan zikir maka afdhal dia menguatkan dengan zikir.
Dan yang dimaksudkan dengan zikir perlahan itu ialah dengan suara yang didengar oleh dirinya sahaja bukan bermkasud zikir di dalam hati.
Dan yang dimaksudkan dengan zikir kuat itu ialah sekira-kira di dengar oleh para hadirin bukan bermaksud betempik dan berteriak.
Berkata Syeikh Al-Mubarakfuri :
قال النووي: هذا الحديث دليل لما قاله بعض السلف: أنه يستحب رفع الصوت بالتكبير والذكر عقب المكتوبة، وممن يستحبه من المتأخرين ابن حزم الظاهري
Artinya : “Telah berkata Imam Nawawi : Hadith ini menjadi dalil bagi barang yang telah berkata oleh sebahagian salaf bahawa disunatkan mengankat suara dengan bertakbir dan zikir selepas solat fardu. Dan setengah dari mereka yang mengatakan sunat angkat suara itu dari kalangan mutakhirin ialah Ibnu Hazm Az-Zahiri.” (Kitab Mir’atul Mafatih)
Berkata Imam Syafie r.a. :
وَهَذَا مِنْ الْمُبَاحِ لِلْإِمَامِ وَغَيْرِ الْمَأْمُومِ قَالَ: وَأَيُّ إمَامٍ ذَكَرَ اللَّهَ بِمَا وَصَفْت جَهْرًا، أَوْ سِرًّا، أَوْ بِغَيْرِهِ فَحَسَنٌ وَأَخْتَارُ لِلْإِمَامِ وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ مِنْ الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يُحبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ مِنْهُ فَيَجْهَرَ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ تُعُلِّمَ مِنْهُ، ثُمَّ يُسِرُّ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: {وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا} يَعْنِي وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حَتَّى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك
Artinya : “Dan ini ialah dari perkara yang harus bagi imam dan selain makmum. Dan mana-mana imam berzikir akan Allah dengan ucapan yang telah aku sebutkan dengan kuat atau perlahan atau dengan lainnya maka ia adalah elok. Dan aku memilih bagi imam dan makmum keduanya berzikir akan Allah selepas dari selesai solat berzikir dengan perlahan melainkan jika imam itu suka hendak dipelajari daripadanya maka imam itu kuatkan zikir sehingga orang dapat belajar daripadanya. Kemudian perlahankan semula kerana firman Allah Taala : Jangan kamu kuat dengan doa mu dan jangan kamu sembunyikan dengannya. Yakni Allah Taala mengetahui akan doa dan jangan kuat sampai meninggikan suara dan jangan perlahan sampai diri sendiri tidak mendengarnya.” (Kitab Al-Uum)
Berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :
فإن كان إماماً فقد قال في التتمة: إنه يجهر، وعليه يحمل ما روي أنه عليه السلام كان يقول بصوته الأعلى ما ذكرناه من حديث جابر
Artinya : “Maka jika ada ia imam maka sungguh telah berkata di dalam kitab At-Tatimmah : Bahawasanya imam menguatkan akan zikir dan atasnyalah ditanggung akan hadith yang telah diriwayatkan bahawa Nabi sollallahu alaihi wasallam menyebut dengan suaranya yang tinggi yang telah kami sebutnya daripada hadith Jabi r.a.” (Kitab Al-Bayan)
Kesimpulannya harus bagi imam dan yang solat sendirian berzikir dengan perlahan atau dengan kuat dan jika imam melihat jika dia berzikir dengan kuat akan memudahkan para hadirin belajar daripadanya maka adfhal imam berzikir dengan kuat.
Dan jika makmum semuanya sudah belajar daripada imam akan zikir yang dibacakan maka yang afdhal ialah berzikir dengan perlahan.
Imam Al-Qastallani menyebut : Daripada Abu Ma’bad bekas hamba Ibnu Abbas mengkabarkan bahawa Ibnu Abbas r.a. memberitahunya :
أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ
Artinya : “Sungguhnya mengankat suara dengan berzikir ketika selesai manusia dari solat fardu berlaku ia pada zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam. Dan berkata Ibnu Abbas lagi : Adalah aku tahu apabila orang-orang telah habis solat apabila aku mendengarnya.” (Kitab Irsyad As-Sari Syarah Sahih Al-Bukhari)
LAFAZ ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDU
Berkata Imam Nawawi :
أجمع العلماءُ على استحباب الذكر بعد الصلاة، وجاءت فيه أحاديث كثيرة صحيحة في أنواع منه متعدّدة
Artinya : “Telah ijmak olih sekelian ulamak atas disunatkan berzikir selepas menunaikan sembahyang. Dan telah datang padanya banyak hadith yang sahih menyebut pelbagai jenis zikir.” (Kitab Al-Azkaar)
Ada banyak lafaz zikir yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith dan harus seorang itu hendak mengamalkan akan kesemua lafaz zikir tersebut atau sebahagiannya sahaja.
Berikut disertakan sebahagian daripada zikir-zikir yang elok dibaca selepas selesai daripada solat yaitu :
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ لَمْ يَقْعُدْ إِلَّا مِقْدَارَ مَا يَقُولُ : اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Artinya : “Adalah Nabi saw apabila telah memberi salam baginda duduk sekejap membaca : Ya Allah Engkaulah keselamatan dan dari Engkaulah keselamatan. Maha berkat Engkau wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Hadith riwayat Muslim)
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
Telah diriwayatkan daripada Tsauban r.a. berkata beliau :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا
Artinya : “Adalah Rasulullah saw apabila telah selesai daripada sembahyangnya baginda membaca أسْتَغْفِرُ اللَّهَ sebanyak tiga kali.” (Hadith riwyat Muslim)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Telah diriwayatkan daripada Al-Mughirah bin Syu’bah r.a. :
أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- كان إذا فرغ من الصلاة وَسَلَّم قال: "لا إلهَ إِلاَّ الله وحدهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ الملكُ، ولهُ الحمدُ، وَهُوَ على كُلّ شيءٍ قديرٌ؛ اللَّهُمَّ لا مانعَ لِمَا أعطيتَ، ولا معطي لِمَا مَنَعْتَ، وَلا يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw apabila telah selesai daripada sembahyang baginda berkata : Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa-Nya tiada sekutu bagi-Nya yang memiliki kekuasaan dan bagi-Nya kepujian. Dan Dia sangat kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah tiada yang bolih menghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada yang boleh memberi bagi apa yang Engkau halang. Dan tiada guna kesungguhan melainkan dari Engkau yang memberi guna pada kesungguhan.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ، وَلَهُ الْفَضْلُ، وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a. bahawasanya beliau membaca sebagaimana Rasulullah saw membaca pada setiap selesai dari sembahyang fardu akan :
لا إله إلا الله وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شَيْءٍ قديرٌ، لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ باللَّهِ، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إيَّاهُ، لَهُ النعمةُ، ولَهُ الفضلُ، ولهُ الثناءُ الحسنُ، لا إلهَ إِلاَّ الله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
Artinya : “Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa-Nya tiada sekutu bagi-Nya yang memiliki kekuasaan dan bagi-Nya kepujian. Dan Dia sangat kuasa atas segala sesuatu. Dan tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Dan tiada kami sembah melainkan kepada-Nya. Milik-Nyalah nikmat dan miliki-Nya kelebihan dan milik-Nya sebutan yang baik dan keelokkan. Tiada tuhan selain Allah. Sekeliannya ikhlas beragama bagi-Nya walaupun benci olih sekelian orang-orang kafir.” (Riwayat Imam Muslim& As-Syafie)
سُبْحَانَ اللَّهِ 33 x
الْحَمْدُ لِلَّهِ 33 x
اللَّهُ أَكْبَرُ 33 x
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi saw bersabda :
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ في دُبُرِ كُلّ صَلاةٍ ثَلاثاً وَثَلاثِينَ، وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاثاً وَثَلاثينَ، وكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاثاً وَثَلاثِينَ، وَقالَ تَمامَ المائة: لا إله إلا الله وحدهُ لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، غُفِرَتْ خطاياه وإن كانت مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
Artinya : “Barangsiapa bertasbih akan Allah setiap selesai dari sembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali dan memuji akan Allah sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertakbir akan Allah sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca bagi menyempurnakan seratus akan لا إله إلا الله وحدهُ لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ nescaya akan diampunkan segala kesalahannya sekalipun sebanyak buih dilautan.” (Hadith riwayat Muslim)
Ayat Qursi
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. beliau berkata Rasululah saw telah bersabda :
مَنْ قَرأ آية الكرسي في دُبر الصلاة المكتوبة كان في ذمة الله حتى الصلاة الأخرى
Artinya : “Barangsiapa membaca akan ayat Qursi setiap selesai dari sembahyang fardu adalah dia dalam jaminan Allah sehingga sembahyang yang seterusnya.” (Hadith riwayat At-Tabarani)
Dan pada riwayat Abi Umamah r.a. :
لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت
Artinya : “Tidak menghalang dirinya daripada masuk ke dalam syurga melainkan mati.” (Riwayat An-Nasaie dan At-Tabarani dan Ibnu Sunni)
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
شَهِدَ اللهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ * تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. :
ان فاتحة الكتاب وآية الكرسي والآيتين من آل عمران: شهد الله أنه، لاأله إلا هو والملائكة وأولوا لعم قائما بالقسط لا إله إلاهو العزيز الحكيم. إن الدين عند الله الإسلام و قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء، وتذل من تشاء. إلى قوله: وترزق من تشاء بغير حساب. هن مشفعات، مابينهن وبين الله حجاب، فقلن: يارب! تهبطنا إلى أرضك وإلى من يعصيك؟ قال الله: بي حلفت لايقرؤهن أحد من عبادي دبر كل صلاة إلا جعلت الجنة مأواه على ماكان فيه، وإلا أسكنته حظيرة الفردوس، وإلا قضيت له كل يوم سبعين حاجة أدناها المعفرة.
Artinya : “Sungguhnya surah Al-Fatihah dan ayat Qursi dan dua ayat daripada surah Al-Imran yaitu : شهد الله أنه، لاأله إلا هو والملائكة وأولوا لعم قائما بالقسط لا إله إلاهو العزيز الحكيم. إن الدين عند الله الإسلام و قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء، وتذل من تشاء. إلى قوله: وترزق من تشاء بغير حساب Adalah ayat-ayat yang memberi syafaat yang tiada antaranya dan antara Allah dinding. Ayat-ayat itu berkata : Engkau turunkan kami kepada bumi-Mu dan kepada orang yang derhaka kepada-Mu? Berkata Allah : Demi diri-Ku Aku bersumpah : Tiada membaca akannya olih seorang dari hamba-Ku selepas selesai dari sembahyang melainkan Aku jadikan syurga sebagai tempat tinggalnya atau aku tempatkannya di syurga Firdaus atau Aku tunaikan baginya setiap hari tujuh puluh hajat yang sekurang-kurangnya ialah keampunan.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan jika seorang itu tidak ada sebarang keperluan untuk keluar dari tempat solatnya maka yang afdhalnya dia memanjangkan zikir dan doanya kerana bertambah ganjarannya dan lebih diharap bagi makbul permintaannya.
Berkata Imam Syafie r.a. :
وَأَسْتَحِبُّ لِلْمُصَلَّى مُنْفَرِدًا وَلِلْمَأْمُومِ أَنْ يُطِيلَ الذِّكْرَ بَعْدَ الصَّلَاةِ وَيُكْثِرَ الدُّعَاءَ رَجَاءَ الْإِجَابَةِ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ
Artinya : “Dan aku menghukumkan sunat bagi yang sembahyang sendirian dan makmum bahawa dia memanjangkan zikir selepas sembahyang dan memperbanyakkan berdoa kerana mengharapkan bagi dimakbulkan selepas sembahyang fardu.” (Kitab Al-Uum)
Dan jika tiada sempat seorang itu hendak duduk berzikir selepas memberi salam solatnya kerana ada keperluan ke tempat lain maka hendaklah dia berzikir ketika berjalan atau ketika berada di dalam kenderaan kerana terlalu banyak faedah dan fadhilatnya.
wallahua’lam
[ Sumber dari ustaz azhar idrus ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan