ILMU TAUHID BAGI MENGE-"SAH"-KAN IBADAH*


 PENTINGNYA ILMU TAUHID BAGI MENGE-"SAH"-KAN IBADAH*

"AQIDAH ASWJ - ALLAH SWT TIDAK DI ARSY DAN BERTEMPAT..."
Sesungguhnya ILMU yang membahaskan tentangnya KEIMANAN kepada Allah SWT dengan mengetahui Sifat-Sifat-Nya merupakan ILMU yang paling Mulia, paling tinggi Martabatnya, paling Wajib diketahui dan hal pertama-tama yang harus diketahui juga difahami.
ILMU ini dinamakan ILMU USULUDDIN, ILMU TAUHID, ILMU KALAM dan ILMU AQIDAH...
Rasulullah SAW menyatakan dengan secara Tegas bahawa Beliau sangat-sangatlah memperhatikan ILMU ini sambil bersabda;
‎أَنَا أَعْلَمُكُمْ بِاللّهِ وَأَخْشَاكُمْ لَهُ
“Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang Allah dari pada kalian dan aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dari pada kalian.”
(HR. al-Bukhari)
Maka ILMU ini merupakan ILMU yang paling penting sekali didalam kehidupan umat manusia untuk dicapai, dan ILMU yang harus DIUTAMAKAN dan DIAGUNGKAN...
Allah SWT berfirman;
‎فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan.”
(QS. Muhammad : 19)
Didalam ayat ini disebutkan bahawa Perintah Mengetahui TAUHID adalah lebih didahulukan daripada Perintah Istighfar, kerana TAUHID ini berkaitannya dengan ILMU USULUDDIN, sedangkan Istighfar pula berkaitannya dengan ILMU FURU’ (ILMU TASAWWUF).
Maka mempelajari "ILMU TAUHID" Wajib didahulukan daripada ILMU FIQIH, TASAWWUF, HADITS dan Ilmu-Ilmu yang lain-lainnya.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa Ibadah yang paling utama sekali secara Mutlak adalah BERIMAN kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Rasulullah SAW bersabda;
‎أَفْضَلُ الْأَعْمَالِ إِيْمَانٌ بِاللّهِ وَرَسُوْلِهِ
“Perbuatan yang paling utama adalah BERIMAN kepada Allah dan Rasul-Nya.”
(HR. al-Bukhari)
ILMU TAUHID ini juga merupakan diantara "SYARAT SAH" diterimanya sesuatu Ibadah apapun, baik itu Ibadah Solat, Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, Berdzikir dan lain-lainnya.
Orang-orang yang tidak MENGENAL ALLAH SWT melalui Sifat-Sifat-Nya, maka Ibadahnya tidak akan diterima sama sekali dan tertolak.
Begitu juga dengan orang-orang yang MENGENAL atau MEYAKINI Allah SWT dengan Keyakinannya yang salah, seperti Meyakini Allah SWT berada di langit. Maka Ibadahnya itu juga tidak akan diterima dan tertolak.
Al-Imam Al-Ghazali ra menyatakan;
‎لَا تَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلَّا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الْمَعْبُوْدِ
“Tidak SAH IBADAH seseorang kecuali setelah dia mengetahui Tuhan yang disembah.”
Diantara point pertama ILMU TAUHID adalah Allah SWT ADA (Wujud).
Keberadaan Allah SWT tidak sama dengan keberadaannya makhluk. Bukti bahawa Allah SWT ADA adalah dengan Kewujudan Alam Semesta ini dengan segala-gala isinya.
Pergantian siang dan malam yang teratur, perjalanan matahari dan bulan yang silih berganti, penciptaan manusia yang sempurna, berfungsinya anggota tubuh dengan baik, memiliki mata yang boleh melihat, jantung sebagai nadi yang mengepam darah, hidup menghirup udara, lidah untuk berkata-kata. Berhajatnya umat manusia itu kepada udara serta air dan sebagainya.
Peristiwa kesemua ini tidak mungkin akan terjadi dengan sendirinya. Hal ini pasti ada yang menciptakan dan ada yang mengaturkannya, yaitu Allah ta’ala !
Allah SWT berfirman;
‎أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوْا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللّٰهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيْرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُوْنَ
“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka ? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (hikmah) benar dan waktu yang ditentukan. Dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar dengan melihat kepada Tuhannya (di akhirat).”
(QS. Ar-Rum : )
Allah SWT ADA sebelum terciptanya Alam Semesta, Allah SWT ADA sebelum umat manusia, malaikat, dan jin diciptakan.
Allah SWT ADA sebelum bumi diciptakan, Allah SWT ADA sebelum langit dan arsy diciptakan.
Maka Allah SWT lah yang menciptakan sekalian kesemua makhluk-makhluk ini...
Allah SWT menciptakan makhluk ini untuk menunjukkan KEKUASAAN-NYA, bukannya Allah SWT yang berhajat kepada makhluk Ciptaan-Nya. Jadi Allah SWT ADA tanpa tempat dan tanpa arah.
Allah SWT tidak di langit, Allah SWT tidak di arsy dan Allah SWT tidak di mana-mana. Allah SWT ada tanpa tempat, kerana tempat adalah makhluk. Dan Allah SWT tidak berhajat kepada segala sesuatupun.
Segala sesuatu itu berhajat kepada Pencipta, kesemua makhluk berhajat kepada tempat, makna tempat adalah ruang yang dipenuhi oleh jisim. Adapun Allah SWT bukanlah jisim.
Yang berhajat itu lemah dan yang lemah tidak layak menjadi tuhan !
Allah SWT tidak serupa dengan ciptaan makhluknya, sama ada dari satu sudut ataupun segala-gala sudut sekalipun.
Allah SWT berfirman;
‎لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
“Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi mahupun semua segi), dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.”
(QS. Asy-Syura : 11)
Ayat diatas ini adalah ayat yang paling jelas didalam Al-Qur’an yang menjelaskan bahawa Allah SWT tidak menyerupai Makhluk-Nya...
Al-Imam Abu Hanifah menyatakan;
‎أَنَّى يُشْبِهُ الْخَالِقُ مَخْلُوْقَهُ
“Mustahil Allah menyerupai makhluk-Nya.”
Mustahil Allah SWT menyerupai sifat-sifat makhluk. Diantara sifat-sifat makhluk adalah bergerak, diam, berubah, bersemayam, berada ditempat dan arah, duduk, naik, turun dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda;
‎كَانَ اللّٰهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُه
“Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan) dan belum ada sesuatupun selain-Nya.”
(HR. al-Bukhari, al-Baihaqi dan Ibn al-Jarud)
Makna Hadits ini jelas bahawasanya Allah ADA pada Azal (Wujud tanpa permulaan), tidak ada sesuatu (Selain-Nya) Bersama-Nya. (Pada azali) Pada azali tidak ada, udara, cahaya, kegelapan, ‘arsy, langit, manusia, jin, malaikat, waktu, tempat dan arah.
Hanya Allah SWT sahaja yang Wujud-Nya Azali (Tidak permulaan bagi Kewujuda-Nya).
Maka Allah SWT Wujud sebelum terciptanya segala sesuatu, sebelum terciptanya tempat, sebelum terciptanya arah, sebelum terciptanya cahaya, sebelum terciptanya kegelapan, sebelum ada segala sesuatu, DIA (Allah) sedia Wujud tanpa tempat dan tanpa arah.
Setelah DIA ciptakan segala sesuatu, Allah SWT TIDAK BERUBAH daripada Azali-Nya, yakni DIA tetap tanpa tempat dan tanpa arah.
Tidak dikatakan Allah SWT berubah-ubah daripada tanpa tempat kepada bertempat setelah DIA ciptakan tempat. Kerana berubah-ubah itu sifat-sifatnya makhluk, adapun Allah SWT tidak di sifatkan berubah-ubah.
Berubah-ubah itu berhajat kepada Pencipta untuk mengubahnya, kita sebelum keluar daripada Rahim Ibu, kita berada didalam perutnya, kemudian setelah itu kita meningkat menjadi dewasa, perubahan demi perubahan telah berlaku kepada diri kita, kerana adanya Pencipta yang menciptakan perubahannya.
Makhluk berhajat kepada Pencipta (Allah) untuk mengubahnya, ini bermakna makhluk itu lemah kerana berhajat, sesuatu yang lemah tidak layak menjadi tuhan !
Adapun Allah SWT itu Azali, tidak berubah, DIA tetap pada Azali-Nya. Tidak berlalu keatasnya masa, Allah SWT Wujud tidak sama dengan Ciptaa-Nya.
Allah SWT DIA ciptakan tempat dan arah, maka DIA tidak berhajat kepada tempat dan arah, Allah SWT tidak serupa dengan segala sesuatu !
DIA MAHA BERKUASA keatas segala sesuatu...
DIA Wujud tanpa bertempat dan tanpa arah, setelah mana DIA menciptakan tempat dan arah-arah yang enam. DIA tidak berubah daripada Azali-Nya, DIA yakni tanpa tempat dan tanpa arah.
Allah SWT tidak berubah, DIA Azali, tidak berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lainya.
Tidak boleh mengatakan Allah SWT setelah mana DIA menciptakan tempat dan arah, DIA berubah daripada Azali-Nya kepada bertempat, yakni seperti sebilangan fahaman kafir lagi sesat yang mengatakan Allah SWT berubah-ubah duduk diatas arasy setalah mana DIA menciptakan arasy. Maka ini adalah MUSTAHIL bagi SIFAT KETUHANAN !
Pencipta tidak berubah-ubah, adapun makhluk yang diciptakan itu berubah-ubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lainnya.
Siapa yang mengubah makhluk daripada satu keadaan kepada keadaan yang lainnya ?
Jawapanya Allah SWT yang mengubahnya...
Contohnya, dahulu kita kecil sekarang kita sudah besar, dahulu kita bujang sekarang sudah berkahwin, dahulu kita muda sekarang sudah tua, dahulu kita tinggal di arab sekarang kita tinggal di klang, dahulu kita jahat Alhamdulillah... Sekarang kita berubah menjadi lebih baik daripada dahulu.
Perubahan sifat kita, perubahan tempat kita, perubahan sikap kita, perubahan setiap makhluk itu terjadi adalah kerana adanya Pencipta yang mengubah-ubahnya.
Sesuatu yang berubah-ubah itu berhajat kepada Pencipta untuk mengubahnya, yang berhajat itu lemah dan yang lemah itu tidak layak menjadi tuhan !
Adapun Allah SWT tidak berubah-ubah, DIA Azali, DIA Wujud tanpa tempat dan tanpa arah. DIA Wujud tidak menyerupai sifat-sifat makhluknya.
Sayyidina Ali rodiallahu anha berkata;
‎إِنَّ الَّذِيْ أَيَّنَ الْأَيْنَ لَا يُقَالُ لَه أَيْنَ وَإِنَّ الَّذِيْ كَيَّفَ الْكَيْفَ لَا يُقَالُ لَه كَيْفَ
“Sesungguhnya yang menciptakan tempat tidak boleh ditanya bagi-Nya di manakah Dia (pertanyaan tentang tempat) dan yang menciptakan sifat-sifat makhluknya tidak boleh dikatakan bagi-Nya bagaimanakah Dia.”
(Diriwayatkan oleh Abu al-Muzhaffar al-Asfarayini dalam kitabnya at-Tabshir fi ad-Din : 98)
Imam Ath-Thahawi menyatakan;
‎وَمَنْ وَصَفَ اللّهَٰ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ
“Dan barangsiapa yang mensifati Allah dengan salah satu sifat manusia, maka ia telah kafir.”
Diantara sifat-sifat manusia adalah duduk, bertempat, bergerak, diam, berada pada satu arah atau tempat, berbicara dengan huruf, suara dan bahasa, berukuran, bersisi, berwarna, beranggota dan seumpanya.
Imam Ahmad ar-Rifa’i menyatakan didalam kitabnya “al-Burhan al-Muayyad”;
‎صُوْنُوْا عَقَائِدَكُمْ مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ فَإِنَّ ذٰلِكَ مِنْ أُصُوْلِ الْكُفْرِ
“Jagalah Aqidah kalian dari berpegangan kepada zhahir ayat Al-Qur’an dan Hadits Nabi yang mutasyabihat sebab hal ini merupakan salah satu asas kepada kekufuran.”
Contoh ayat Mutasyabihat adalah firman Allah SWT didalam surah Thaha ayat 5;
‎اَلرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَي
Ayat ini tidak boleh difahami makna Zahirnya. Kerana Istawa mempunyai banyak makna, diantaranya duduk, menetap, lurus, matang, menguasai, dan lain-lainnya.
Dan makna Istawa yang layak bagi Allah SWT adalah Menguasai, bukannya duduk ataupun bertempat diatas arasy, kerana Allah SWT tidak berhajat kepada arasy.
Allah SWT Azali, DIA Wujud sebelum DIA menciptakan segala sesuatu, DIA Wujud sebelum DIA menciptakan tempat, sebelum DIA menciptakan arah-arah yang enam. Atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang,
DIA Wujud sebelum DIA menciptakan warna, cahaya, kegelapan, langit, bumi, syurga, neraka, arasy dan segala-galanya.
Dan setelah mana DIA menciptakan segala sesuatu, DIA tetap pada Azali-Nya, Allah SWT Tidak Berubah !
Kerana berubah-ubah itu adalah sifat makhluk. Kita berubah, dahulu kecil sekarang besar, dahulu tinggal di shah alam sekarang tinggal di klang.
Sebagai contoh, sesuatu kawasan tertentu juga berubah-ubah dahulu hutan sekarang sudah menjadi bandar, begitulah alam ini banyak perubahan berlaku daripada satu masa ke masa.
Dan yang menciptakan perubahan pada alam ini adalah Allah SWT. Adapun Allah SWT tidak berubah-ubah, jika Allah SWT dinisbahkan kepada berubah-ubah, nescaya DIA serupa makhluk yang berhajat kepada yang lain untuk menciptakan perubahan Bagi-Nya. Ini sangat mustahil bagi Allah SWT…
Sesuatu yang berhajat kepada Pencipta maka ianya lemah dan sesuatu yang lemah tidak layak dinisbahkan sebagai tuhan !
Sayyidina Ali berkata;
‎إِنَّ اللّهَ خَلَقَ الْعَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَلَمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ
“Sesungguhnya Allah menciptakan arsy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah menjadikannya sebagai tempat bagi Dzat-Nya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Manshur al-Baghdadi didalam kitab al-Farq bayna al-Firaq)
Begitu juga al-Imam Malik menyatakan;
‎اَلرَّحْمنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلَا يُقَالُ كَيْفَ، وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ
“Allah yang maha Rahman istawa terhadap arsy sebagaimana Dia telah mensifati Dzat-Nya, tidak boleh dikatakan bagi-Nya sifat-sifat makhluk dan sifat-sifat makhluk bagi-Nya mustahil.”
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi didalam kitab al-Asma’ wa ash-Shifat)
Imam Ahmad ar-Rifa’i berkata;
‎غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللّٰهِ اْلإِيْقَانُ بِوُجُوْدِه تَعَالٰى بِلَا كَيْفٍ وَلَا مَكَانٍ
“Batas akhir pengetahuan seorang hamba tentang Allah adalah meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bagaimana (sifat-sifat makhluk) dan ada tanpa tempat.”
Inilah Keyakinan Rasulullah SAW, Para Sahabat, Para Imam Mujtahid dan seluruh Kaum Muslimin.
Para Ulama’ TASAWWUF yang telah mencapai darjat yang tertinggi Keyakinannya adalah Allah SWT ADA tanpa tempat dan tanpa arah.
Telah berkata dua Ulama Besar yakni pengasas Mazhab Hanbali dan anak muridnya kepada Imam Malik;
Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Tsauban ibn Ibrahim Dzun Nun al-Mishri;
‎مَهْمَا تَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللّٰهُ بِخِلَافِ ذٰلِكَ
“Apa sahaja yang tergambar di fikiranmu (tentang Allah) maka Allah tidak seperti itu.”
Allah SWT adalah Tuhan, Allah SWT tidak menyerupai sesuatupun daripada Makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang Menyerupai-Nya.
Allah SWT bukanlah makhluk dan bukan disifatkan dengan sifat-sifat makhluk. Maka kerana itu, Allah SWT tidak boleh dibayangkan. Dan haram membayangkan Allah SWT.
Adapun yang tergambar difikiran kita itu kesemuanya adalah makhluk, makhluk ia diciptakan daripada tiada kepada ADA (Wujud), ianya Baharu, ianya masuk dalam Kewujudan yang dimulai dengan permulaan, ia berbentuk, berjisim, memiliki size dan ukuran, berwarna, bertempat, berarah, bersifat dengan sifat lembut mahupun keras, memiliki kedalaman, panjang dan lebar, bersisi, memiliki batas-batas akhir dan seumpamanya (sifat-sifat makhluk).
Dan Allah SWT yang Menciptakan segala sifat-sifat makhluk, dan DIA tidak serupa dengan Ciptaan-Nya. DIA Wujud tanpa tempat dan tanpa arah.
Telah berkata Sahabat yang paling Afdhal Imam Abu Bakar ash-Shiddiq ra;
‎اَلْعَجْزُ عَنْ دَرَكِ اْلإِدْرَاكِ إِدْرَاكُ وَالْبَحْثُ عَنْ ذَاتِه كُفْرٌ وَإِشْرَاكُ
Mahfumnya,
“Pengetahuan seseorang hamba tidak mampu untuk sampai mengetahui hakikat Allah maka itu adalah sebenarnya keimanan, sedangkan mencari-cari hakikat Allah, yakni dengan membayangkan-Nya adalah merupakan satu kekufuran dan syirik.”
Keyakinan seseorang itu adalah mengetahui bahawa akan kewujudan Allah SWT, Kewujudan-Nya tidak sama dengan Wujudnya makhluk. Maka hal ini adalah KEIMANAN yang BENAR.
Sedangkan mencari-cari Hakikat Allah SWT sehinggakan Membayangkan-Nya, maka hal ini yang menyebabkan dia terkeluar daripada LANDASAN KEIMANAN.
Justeru HARAM bagi seseorang hamba yang membayangkan Allah SWT sama ada didalam Solatnya atau diluar Solatnya.
Tidak boleh sama sekali membayangkan Allah kerana Allah SWT bukanlah jisim. Dan sebagai orang yang BERIMAN, dia MENGIMANI akan Kewujudan Allah SWT, dan Wujud-Nya Allah SWT tidak sama segala sesuatupun.
Sebahagian manusia mereka mengambarkan Allah SWT seperti Cahaya Putih yang Bersinar-Sinar, maka ketahuilah hamba itu telah terkeluar daripada LANDASAN KEIMANAN, kerana dia telah mengadakan sekutu bagi Allah SWT dan WAJIB dia mengucap semua "DUA KALIMAH SYAHADAH" untuk kembali kepada AGAMA ISLAM.
Inilah AQIDAH ISLAM yang diajarkan oleh kesemua Para Nabi, daripada Nabi pertama yaitu Nabi Adam Alaihi Sallam sampailah kepada Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Solallahu Aalaihi Wasallam.
Kesemua Nabi itu KEIMANANNYA sama, Allah SWT ADA tanpa tempat dan tanpa arah. Dan Allah SWT tidak menyerupai sifat-sifat Makhluk-Nya.
Semoga Allah SWT senantiasa mengkuruniakan Hidayah, Taufiq dan Inayah-Nya kepada kita semua sehingga kita dikuatkan didalam memegang teguh ajaran Ahlussunnah Waljama’ah,
Dan semoga kita dipermudahkan didalam melaksanakan TUGAS sebagai Umat ISLAM dengan mudah, serta sentiasa berada diatas LANDASAN YANG HAQQ...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan