PERBEZAAN NABI DAN RASULULLAH*

 

PERBEZAAN NABI DAN RASULULLAH*
"NABI dan RASULULLAH itu adalah dua unsur yang berbeza..."
Dikeranakan banyaknya anggapan umat Islam harini, bahawa yang RASULULLAH itu adalah MANUSIA dan telahpun MATI. Maka RAHASIA AGAMA itupun telah terikut menjadi tertutup dan terkubur sekali.
Maka kesemua "PINTU-PINTU PENGETAHUAN MA'RIFAT" pun menjadi tidak terjangkau oleh Akal lagi...
Sedangkan satu-satunya Jalan untuk Menuju kepada Allah SWT adalah dengan adanya "WASILAH RASULULLAH".
Ertinya tidak mungkin boleh MENGENAL ALLAH SWT sebelum MENGENALI RASUL-NYA.
Maka AGAMA AKHIR ZAMAN harini telah kehilangan "JALANNYA"....
Lalu umat Islam pula telah menjadi buntu dan kekeliruan didalam duniawi harini, maka menjadilah ia sekadar kata-kata khayalan semata-mata.
Tidak ada yang berani menjamin KALIMAT NABI,
Bahawa AGAMA itu adalah "ILMIAH" (Sangat konsisten, logik, boleh dianalisa, direset dan akan selalu sesuai dengan kaedah Hukum Ilmu yang pasti saksama).
Dan juga "AMALIAH" (Boleh dibuktikan Kebenarannya dan Dialaminya sendiri melalui Pengalaman eksperimen).
Bagaimanakah mungkin kita boleh berfikir untuk membuktikan Kebenaran AGAMA ?
Sementara "JALAN" dan METODOLOGINYA tidak Diakui keberadaannya, dan itu adalah pembelajaran yang salah daripada Para Pendakwah-Pendakwah Agama di era moden Akhir Zaman harini.
Didalam AL-QUR'AN;
QS. Al-Ma'idah Ayat 35;
"Wahai orang-orang yang Beriman ! Bertakwalah kepada Allah dan carilah Wasilah (Jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung."
QS. An-Nur Ayat 35;
"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
QS. Al-Kahfi Ayat 17;
"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas di dalam (gua) itu. Itulah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan-Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
QS. Asy-Syura Ayat 52;
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Qur'an) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus."
QS. At-Taubah Ayat 128;
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
Surah-Surah diatas ini telah menerangkan bahawa adanya "JALAN" dan METODOLOGI AGAMA itu pada "PEWARIS RASULULLAH" yang disebutkan didalam Al-Qur'an sebagai "WALIYYAM MURSYIDA".
Dan,
RASULULLAH itu bukanlah MANUSIA...
RASULULLAH itu tidak pernah MATI...
RASULULLAH itu juga ada disetiap zaman, termasuklah di Akhir Zaman hari ini...
RASULULLAH itu membawa "WASILAH" dan Pintu Portal Menuju ke Dimensi Allah SWT iaitu MA'RIFATULLAH...
Ertinya, JALAN MENUJU AGAMA (MA'RIFAT) itu haruslah melewatinya WALIYYAM MURSYIDA (Surah Al-Kahfi : 17).
Jikalau beranggapan bahawa RASULULLAH itu adalah MANUSIA, dan hanya ada di zaman NABI MUHAMMAD sahaja, maka itulah Induk daripada kerosakkannya Agama.
NABI MUHAMMAD itu adalah MANUSIA, dan RASULULLAH itu pula bukanlah MANUSIA.
NABI MUHAMMAD dan RASULULLAH itu adalah dua unsur yang berbeza !
Tetapi dizaman dahulu, RASULULLAH itu telah ditanamkan kepada NABI MUHAMMAD. Maka umat-umat terdahulu menyebutkannya sebagai MUHAMMAD RASULULLAH.
Sementara NABI dan RASULULLAH itu adalah tetap dua unsur yang berbeza...
NABI itu sudah pastinya, ada masa hidupnya dan juga ada masa kematiannya.
Sedangkan RASULULLAH itu tidak pernah sama sekali akan Mati, kerana RASULULLAH itu adalah Fe'el Sifatnya Allah SWT sendiri.
Maka tidak mungkin sama sekali orang-orang dapat Mengenal Allah SWT sebelum Mengenal Cahaya-Nya ataupun yang disebutkan RASULULLAH.
RASULULLAH itu terbitnya kerana Allah SWT sendiri, dan dihujungnya RASULULLAH itu adalah Allah SWT sendiri.
Maka "WASILAH" itu terbentang diantara langit dan bumi (Kias)...
Yang mana, satu hujungnya itu ada pada Allah SWT, dan yang satu hujungnya lagi itu berada didunia ini yang berada pada "WALIYULLAH" yang membawa Frekuensi RASULULLAH tersebut.
Isi daripada MANUSIA itu adalah RASULULLAH yang sama dengan isinya yang ada pada NABI MUHAMMAD.
Tanpa itu, mustahil MANUSIA mampu MI'RAJ ataupun NAIK KE DIMENSI KETUHANANNYA.
Contoh yang paling sederhana saya cuba jelaskan kepada kamu semua, iaitu;
1) SYEH HAQTULLAH (MANUSIA), dan PRESIDENT (JABATAN atau yang bukan Manusia).
Apabila JABATAN PRESIDENT ditanamkan kepada SYEH HAQTULLAH, maka dengan tersendirinya jadilah "PRESIDENT SYEH HAQTULLAH".
Diantara SYEH HAQTULLAH dan PRESIDENT SYEH HAQTULLAH itu bentuknya adalah sama, rupanya sama, tetapi tetap PRESIDENT dan SYEH HAQTULLAH itu adalah dua unsur yang berbeza.
Sedangkan JABATAN PRESIDENT itu akan di WARISI setelah Wafatnya SYEH HAQTULLAH...
Dahulunya JABATAN itu diduduki oleh Safuan, Alif dan yang pastinya nanti, daripada SYEH HAQTULLAH itu juga akan digantikan kepada WARIS yang selanjutnya.
Sekalipun Safuan dan Alif itu telahpun Mati, namun JABATAN PRESIDENT itu tetap akan terus berlanjutan.
Kerana JABATAN PRESIDENT itu tidak akan pernah sama sekali Mati, yang Mati itu adalah MANUSIANYA sahaja.
Maka MANUSIA itu secara automatiknya menjadi bentuk rupa daripada PRESIDENT itu, ataupun PRESIDENT bentuknya pasti akan sama dengan MANUSIA yang menduduki JABATANNYA...
* KESIMPULANNYA.
Jikalau kamu tidak ketemui RASULULLAH di Akhir Zaman ini (Surah At-Taubah : 128), maka tidak mungkin kamu akan bertemunya dengan AGAMA MA'RIFAT.
Kerana Dialah yang akan membawa PINTU AGAMA itu kepada kamu...
Kata Nabi SAW;
"Awalludin Makrifatullah."
Ertinya, jikalau belum BERMA'RIFAT, itu bermaksud kita pun masih belum BERAGAMA ataupun hanya masih sebatas Berserah Diri sahaja.
BERFIKIRLAH WAHAI UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN...
BERAGAMA ISLAMLAH dengan yang sesuai NABI, dan bukanlah BERAGAMA ISLAM yang sesuai dengan Akal Nafsu sendiri atau prasangka semata-mata.
Iaitu AGAMA yang ILMIAH dan AMALIAH...
Carilah RASULULLAH di Akhir Zaman ini...
RASULULLAH itu di Akhir Zaman ini adalah "GURU WALIYYAM MURSYIDA".
Jikalau kamu tidak ketemuinya dan BERGURU kepadanya, maka akan sangat mustahillah kamu akan ketemui dengan AGAMA MA'RIFATULLAH.
Kerana Pintu Portalnya ada disitu !
Dan RAHASIA ALAM KETUHANAN juga ada disana,
ILMU juga ada disana,
PENGETAHUAN juga ada disana,
JALAN MENUJU TUHAN juga ada disana,
Dan segala-galanya juga berada disana...
Semoga seluruh Umat Islam Akhir Zaman harini yang berusaha bersungguh-sungguh untuk SEDAR daripada tidur yang melalaikan ini akan diketemukan dengan RAHASIA YANG HAQQ...
Janganlah terpancing dengan Agama-Agamaan yang hanya bersandar-sandar tidak ada dasarnya, dan yang tidak ILMIAH.
PERINGATAN !
Carilah GURU MURSYID YANG HAQ untuk kamu lebih mendalaminya dan memahaminya. Jikalau tidak nescaya kamu akan gagal faham dan boleh membuatkan kamu tersesat didalam Cahaya...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan