UJIAN ATAU ILMU ?*

 


UJIAN ATAU ILMU ?*
(Bebaskan jiwa kita dari ber-Prasangka Buruk)
Terkadang kita tidak menyedari yang kalau kita terbelenggu atau di kerdilkan oleh cara pemikiran kita sendiri.
Sebagai contoh;
Sering kali saya membaca atau mendengarkan kalau ada yang mengatakan bahawa hidup ini setiap detik adalah Ujian dari Allah swt.
Dengan cara pemahaman seperti itu akan terasa amat membebani perasaan kita sendiri, didalam hati kita Berprasangka terhadap Allah swt. Kenapa Allah swt menciptakan manusia kalau hanya untuk di UJI ???
Sebenarnya, didalam hal itu bukanlah Allah swt yang tersalah, hanya cara berfikir kita yang salah, berulang-ulang kali kita mengajar atau mempropagandakan akal fikiran kita sendiri yang terjebak didalam pemahaman yang salah dan berpanjangan.
Itu semua terasa sangat menyiksa dan membuatkan hidup yang kita jalani terasa sangat berat, kerana tanpa kita sedari bahawa Alam Bawah Sedar kita telah merecordkan pemahaman seperti itu.
Kerana kita menganggapkan hidup ini adalah Ujian dan Ujian akan terus menerus sampai bila-bila, keadaan itu terasa sangat melelahkan kita sendiri, seperti sewaktu senang mendapat Ujian dan sewaktu susah juga diberikan Ujian.
Kalau bagi Ahli (Orang Khusus) yang sudah sampai ke pemahaman Hakekat itu tidak mengapa, kerana beliau sudah di beri kefahaman oleh Allah swt dan boleh menikmati setiap Ujian itu di setiap detik. Bagi mereka "ALAH BISA TEGAL BIASA."
Tetapi bagi yang belum mendapatkan kefahaman dari sudut Hakekat (Orang Awam), orang-orang pada umumnya akan merasakan keberatan jika hidup ini hanya untuk Ujian demi Ujian, dan perkara itu akan boleh membuatkan jiwa seseorang jatuh atau murung.
Lebih baik kita ganti kata UJIAN itu dengan ILMU untuk kita mencapai Prasangka Baik terhadap Allah swt.
Sebagai contoh;
Hidup ini disetiap detik, disetiap hembusan masuk dan keluarnya nafas kita, kita ubah dari kata Ujian menjadikan Ilmu dari Allah swt yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang.
Dengan cara berfikir dan pemahaman seperti itu akan membuatkan Alam Bawah Sedar kita akan merakamnya dan tanpa kita sedari bahawa akan membantu kita ketika mana sedang kita menghadapi masalah didalam kehidupan harian.
Kerana kita akan beranggapan bahawa masalah hidup itu adalah Ilmu dari Allah swt dan jiwa kita akan secara Ikhlas menerima masalah itu dengan tenang. Serta kita akan mampu mempelajari masalah itu dan mencari jalan keluarnya.
Kerana yang kita rakam adalah perkataan Ilmu, dan itu akan membuatkan kehidupan yang kita jalani tidaklah akan terasa berat atau terbeban, kerana kita akan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian dari sesuatu masalah.
Allah swt berfirman;
"Sesungguhnya Aku seperti Prasangkaan Hamba-Hamba-KU."
Firman Allah swt tersebut sangat jelas bahawa sesungguhnya disetiap kehidupan kita ini adalah hasil dari cara pemikiran dan Prasangka kita sendiri.
Jika kita berfikir dengan cara baik maka jalan keluar dari perbuatan kita juga akan ikut baik.
Jika perbuatan kita baik, akan menghasilkan sesuatu yang baik dan jika hasilnya baik, sudah pasti nasib kita juga akan baik.
Sesungguhnya setiap yang diajarkan didalam Islam adalah sebuah proses untuk Penyucian Jiwa kita, Hati dan Fikiran kita supaya boleh di tapis untuk menjadi yang terbaik sebagai penyelamat Umat Muhammad.
Kerana ISLAM itu sendiri membawa erti kata SELAMAT, maka marilah menuju kejayaan serta selamat di Dunia dan Akhirat.
"HIDUP ERTINYA BELAJAR MEMAHAMI DIRI AWAL DATANG SERTA DIRI AKHIR PULANG"
[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan