PENANTIAN ADALAH SUATU 'PROSES

 


PENANTIAN ADALAH SUATU 'PROSES '
Penantian adalah waktu yang kita habiskan untuk menanti sesuatu harapan, impian dan cita-cita. Ianya menyamai maksud ungkapan pakar pendidik iaitu “ Masa adalah rawatan.”
Penantian itu suatu proses
Sebuah penantian dalam melihat sebuah kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan perlu dilalui dengan membayar sebuah pengorbanan yang tinggi harganya. Pengorbanan yang luar biasa dan kesabaran yang tinggi adalah kata kuncinya. Firman Allah SWT :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
( Al-Baqarah 2 : 153)
Bagi yang tidak sabar menunggu hasil sesuatu yang diusahakan, ia akan terseksa tanpa menyedari hakikat sebuah penantian yang menuntut ia melakukan sesuatu dengan penantian tersebut.
1-Bagi seorang pelajar, ia pasti akan menanti dengan penuh kesabaran untuk mengenggam sebuah ijazah sebagai tanda dan kayu ukur ia telah berjaya menamatkan di satu tahap proses pendidikan keilmuan. Penantian dengan ketekunan, kesungguhan dan keseriusan adalah proses untuk melihat hasilan yang dicita-citakan itu berhasil dengan kejayaan, kepuasan dan kecemerlangan.
2-Bagi seorang ibu dan seorang bapa, ia mengimpikan mempunyai seorang anak yang soleh, berjaya dan membuatkannya mereka tersenyum. Namun proses menjadikan seorang anak itu sebegitu adalah proses yang memakan masa yang panjang, lama dan sukar. Sebuah penantian untuk melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan Islamiyah adalah proses yang menuntut kesabaran yang bukan sedikit tetapi kesabaran yang luar biasa.
3-Bagi seorang pemuda dan pemudi, sudah tentu menanti untuk mengalami perubahan yang besar dalam kehidupan mereka daripada fasa hidup bersendirian kepada berteman. Menanti untuk dirisik atau bersedia untuk menimang suri sehinggalah memiliki adalah fasa-fasa penantian yang sangat getir dan memerlukan kekuatan hati dan jiwa yang kental dan penuh kesabaran.
(Proses penantian demi penantian ini ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dengan panduan yang tarbawi lagi terdidik. Inilah indahnya Islam, segalanya ada di dalam ajaran yang lurus dan benar ini)
4-Bagi seorang pendidik, murabbi dan dai pula, proses kesabaran mendidik anak murib atau mad’u adalah proses penantian yang harus dilalui dengan memahami konsep fitrah manusia dalam soal perubahan ke arah lebih baik. Murabbi yang baik, menanti dengan penuh kesabaran, dan juga ketenangannya dalam mendidik anak didik akan menyerlahkan kewibawaan sebagai qudwah dan contoh kepada anak didik. Tanpa sifat terburu-buru dan tergesa-gesa, ia bijak mencari peluang dan masa yang sesuai untuk memberikan didikan kepada sesiapa sahaja, terutamanya anak didiknya agar proses didikan itu selari dengan fitrah pembesaran insan itu sendiri.
Berdoa, bermunajat dan berharap kepadaNya
Dalam penantian ini, perhebatkanlah munajatmu di sepertiga malam dengan pengharapan hanya sanya kepada Allah SWT.
Tadahkanlah tanganmu itu dengan ketundukan, kerendahan dan penuh rasa perhambaan. Hadapkan wajahmu dengan penuh ketulusan, keikhlasan dan kemurnian hati. Mohonlah dengan kesungguhan, ketabahan, kesungguhan dan keteguhan :- bahawa dirimu benar-benar berhajatkan keampunan, kerahmatan dan keredhaan-Nya.
Linangan air matamu saat itu, penuh hangat membasahi pipi keringmu. Ketahuilah, manik-manik air mata yang bercucuran hanya kerana-Nya agar memberikan kemanisan yang tiada taranya. Saat ini, engkau tidak akan kecewa malah akan lebih kuat dan tabah.
Matamu yang berkaca-kaca, akan membersihkan dan menjernihkan hatimu. Detik ini, hembusan bayu ketenangan dan kebahagiaan akan menyapa relung jiwa dan hatimu. Dan kepuasan, kenikmatan dan kebahagiaan semakin mewarnai setiap sudut kehidupanmu.
Bersabarlah dengan penantian yang panjang. Saat ini – ketahuilah – Allah SWT sedang mengujimu. Sedang melihat kesabaran hambaNya. Menguji ketabahan, keteguhan dan kecekalanmu.

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan