CIRI-CIRI NAFSU LAWWAMAH.

 


CIRI-CIRI NAFSU LAWWAMAH.

tingkatan kedua nafsu ialah lawwamah. orang bernafsu lawwamah ialah orang yang sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. rasa berat untuk keluar dari kejahatan. dia sedar bahawa diri dia sering terlibat dengan dosa, dan dia sering mengkritik diri dia bila terlibat dengan dosa....
nafsu lawwamah lebih baik sedikit daripada nafsu ammarah. peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui.Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina ini. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tingkat nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah swt, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari neraka Allah swt....
contoh kisah nabi yusuf AS.
zulaikha seorang yang jelita rupawan, suaminya pula seorang yang kacak dan tampan lagi berharta serta orang kenamaan ... tetapi .... bila syaitan dan nafsu dah menguasai hati yang sunyi dari iman ... zulaikha lupa siapa dirinya , lupa kedudukan dirinya, lupa kedudukan suaminya. Lantas tindakannya menurut nafsu dan tidak masuk akal. Walau sudah bersuami, dia masih mengharapkan cintanya terhadap nabi yusuf AS berbalas. yang akhirnya memalukan dirinya sendiri.
Jika Syaitan dan nafsu sudah mencampuri dalam urusan kehidupan kita, iman dan akal akan diketepikan. rosaklah hidup kita sebab kita akan lalai mentaati Allah... nafsu diperkuatkan dengan hasutan syaitan akan memusnahkan insan. Musuh nafsu dan syaitan adalah akal dan iman. akal yang diperkuatkan dengan imanlah yang bakal membenteng dan menjadi perisai kepada manusia dari ancaman nafsu dan syaitan...
nafsu kena ada dalam diri kita. Kalau tak ada nafsu, kita tak jadi manusia. Allah jadikan makhluk yang ada akal tetapi tak ada nafsu bernama MALAIKAT. Allah jadikan makhluk yang tak ada akal tetapi ada nafsu, bernama HAIWANIYAH. Dan Allah jadikan makhluk yang ada akal & ada nafsu bernama manusia..
apabila hati itu tidak berzikir, maka pelita iman yang kecil akan makin malap, makin malap dan akhirnya padam. Wal Iyazubillah.! Keadaan ini tidak disedari kerana ianya berlaku didalam keadaan yang perlahan2 dan beransur-ansur. Apa lagi jika keadaan diri orang ini terdedah kepada suasana kemungkaran dan kefasikkan, maka akan cepatlah padam nur pd hatinya!
Awaslah wahai tuan2 yang budiman. Peliharalah pelita hati yang telah di anugerahkan Allah swt...
Firman Allah swt.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (as-syam 9)
Setiap suatu ada alat pencucinya. Alat pencuci bagi hati adalah zikrullah...

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan