RAHASIA ASAL DIRI*
Barang siapa yang telah mengenal dirinya
dia akan sibuk memperbaiki kekurangan dirinya. Barang siapa yang telah mengenal
"RABB" nya dia akan sibuk dan berjuang untuk
menundukkan "HAWA NAFSUNYA"
Hati nurani itu kalau mau benar harus dibentuk
dengan "NUR ILAHIYAH" yang akan menghidupkan Ma'rifatullah.
Allah SWT tiada didalam diri kita, tetapi kitalah yang ada didalam Allah SWT...
Bukanlah kita yang mengandung Allah SWT, tetapi Allah SWT yang mengandungi kita...
Bukanlah kita yang meliputi Allah SWT, tetapi Allah SWT yang MELIPUTI kita...
Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah MILIK MUTLAK ALLAH SWT.
Sifat yang ada pada diri kita ini pasti akan hilang, lenyap dan hancur Binasa.
SIFAT yang KEKAL dan ABADI itu hanyalah Allah SWT...
Firman Allah SWT;
"Tiap-tiap sesuatu akan Binasa, kecuali Dzat-Nya, baginya hukum itu dan kepada-Nya kamu dikembalikan."
Makhluk itu hanyalah menjadi sebagai 'BEKAS' ataupun tempat PENZAHIRAN KETUHANAN sahaja.
DIA YANG MENYATAKAN DIRI-NYA SENDIRI... !
* Melalui empat perkara yang DIZAHIRKAN-NYA, adalah;
1) USUL (DZAT).
2) ASAL (SIFAT).
3) NAMA (ASMA').
4) PERBUATAN (AF'AL).
* Yang menjadi empat JALAN-NYA, adalah;
1) SYARIAT.
2) TAREKAT.
3) HAKIKAT.
4) MA'RIFAT.
* MARTABAT-NYA, adalah;
1) SYARIAT ITU AF'AL-NYA.
2) TAREKAT ITU ASMA-NYA.
3) HAKIKAT ITU SIFAT-NYA.
4) MA'RIFAT ITU DZAT-NYA.
* ALAM-NYA, adalah;
1) ALAM SYARIAT - ALAM NASUT.
2) ALAM TAREKAT - ALAM MALAKUT.
3) ALAM HAKIKAT - ALAM JABARUT.
4) ALAM MA'RIFAT - ALAM LAHUT.
* MENJADI-NYA, adalah;
1) SYARIAT MENJADI TUBUH.
2) TAREKAT MENJADI HATI.
3) HAKIKAT MENJADI RUH.
4) MA'RIFAT MENJADI SIRR'.
* HURAIANNYA.
1) DZAT.
WUJUD DZAT yaitu WUJUD yang HAQ pada DZAT ALLAH TA'ALA...
Difahami dengan RABBUL IZZATI, iaitu WUJUD yang sebenar-benarnya melekat pada DZAT ALLAH TA'ALA, yang menjadi RAHASIA (SIRR').
Merupakan sesuatu yang TIDAK BOLEH DIUCAPKAN,
Tetapi secara NYATA boleh DIRASAKAN, sepertinya Rasa Manis pada Gula, Rasa Masin pada Garam.
Hanyalah boleh DIRASAKAN tanpa boleh DIKATAKAN...
2) SIFAT.
WUJUD SIFAT yaitu WUJUD yang melekat pada SIFAT DZAT ALLAH TA'ALA...
Difahami dengan SIFAT ALLAH TA'ALA, iaitu terhimpunnya SEKALIAN SIFAT daripada SEGALA SIFAT.
Yang dirangkum oleh PARA WALIYULLAH menjadi SIFAT 20.
Iaitu WUJUD SIFAT ini dinamakan juga "NUR MUHAMMAD", yang merupakan RUH ataupun NYAWA pada diri...
3) ASMA'.
WUJUD ASMA' iaitu WUJUD yang melekat pada NAMA DZAT ALLAH TA'ALA...
Yakni terhimpunnya SEKALIAN NAMA daripada SEGALA NAMA, yang diringkaskan menjadi ASMAUL HUSNA 99 NAMA dan 1 RAHASIA.
WUJUD ini dinamakan juga WUJUD IMAN...
Yang merupakan HATI pada diri tempatnya KEYAKINAN, yang menjadi IMAN kepada ALLAH TA'ALA sebagai CERMINAN setiap makhluk yang memahami tentangnya DZAT ALLAH TA'ALA...
4) AF'AL.
WUJUD AF'AL yaitu WUJUD yang melekat pada PERBUATAN DZAT ALLAH TA'ALA...
Difahami dengan KELAKUAN ALLAH TA'ALA didalam KUDRAT dan IRADAT-NYA,
Iaitu WUJUD yang KEBERADAAN-NYA disebabkan oleh Suatu Sebab sehinggalah tidak Terjadi Dengan Sendirinya.
WUJUD ini dinamakan juga WUJUD ADAM, merupakan TUBUH pada diri...
* Sehingga pemahaman tentangnya WUJUD ALLAH TA'ALA ini adalah;
1) DZAT ALLAH TA'ALA menjadi RAHASIA kepada diri.
2) SIFAT ALLAH TA'ALA menjadi NYAWA ataupun NUR MUHAMMAD ataupun RUH kepada diri.
3) ASMA' ALLAH TA'ALA menjadi HATI ataupun IMAN kepada diri.
4) AF'AL ALLAH TA'ALA menjadi TUBUH kepada diri.
- TUGAS SIRR' adalah MERASAKAN.
- TUGAS RUH adalah MENGHIDUPKAN.
- TUGAS HATI adalah MENGAKUI.
- TUGAS WUJUD adalah MEMPERLIHATKAN AF'AL-NYA.
- TUGAS AKAL adalah BERFIKIR.
- TUGAS NAFSU adalah BERKEINGINAN.
Jadi bukanlah DZAT melainkan RAHASIA pada diriku...
Bukanlah SIFAT melainkan NUR MUHAMMAD ataupun NYAWA menjadi RUH kepada diriku...
Bukanlah ASMA' ataupun NAMA melainkan HATI ataupun KEYAKINAN menjadi IMAN kepada diriku...
Bukanlah PERBUATAN melainkan BATANG TUBUH kepada diriku...
Inilah yang sebenar-benarnya "MENYATUKAN DIRI" (BERSERAH DIRI) kepada ALLAH SWT YANG MAHA ESA !
Yang dimaksud "WAHDATUL WUJUD", yang berada pada diri MELIPUTI DZAT, SIFAT, AF'AL dan ASMA'.
"TIADA JARAK DIANTARA HAMBA DAN ALLAH SWT..."
* NOTA SYEH HAQTULLAH.
Carilah GURU MURSYID YANG HAQQ (GURU AKHIRAT) untuk lebih kamu mendalami dan memahaminya dengan sebenar-benarnya daripada SETITIK NOKTAH sehinggalah ke NEGERI AKHIRAT.
"Agar kamu benar-benar SAMPAI KEMUNCAKNYA ILMU dengan SELAMAT KEPADA-NYA..."
Janganlah sesekali hanya Bersandar membabi buta ataupun Bertaqlid Buta sahaja kepada setiap penulisan-penulisan dan kitab-kitab, lalu kamu membuat segala KEPUTUSANNYA ILMU itu dengan Akal kamu sendiri tentangnya ILMU KETUHANAN ini.
Sedangkan kamu sendiri pun masih belum lagi memilikinya PENGETAHUAN dan PENGALAMAN didalam MEMAHAMINYA, MENGAMALKANNYA, MENGALAMINYA, MERASAKANNYA dan MENYAKSIKANNYA...
Kata Imam Al-Haddad;
"Ramai umat Islam telah menjadi Sesat oleh kerana Kitab yang dibacanya. Seseorang itu tidak akan sampai Kepada-Nya melainkan melalui GURU MURSYID..."
Ini adalah ILMU KETUHANAN, bukanlah sepertinya Ilmu-Ilmu yang lain umumnya. ILMU KETUHANAN ini adalah ILMU yang paling tertinggi daripada segala Ilmu-Ilmu yang ada didalam duniawi ini.
"Inilah ILMU segala ILMU..."
Jadi sudah pastilah ianya tidak boleh diambil sambil lewa sahaja, ambil remeh temeh, pandang sebelah mata, tidak ambil peduli, bermain-main dengannya dan sebagainya. Jikalau tidak CELAKALAH menimpa dirimu, dan akan memakan dirimu sendiri.
Ibaratnya seperti Ilmu untuk membaiki brake kereta, jikalau kita hanya bermain-main dan ambil sambil lewa sahaja, ataupun tidak adanya Pomen (GURU) yang mengajarkannya.
Maka sudah pasti CELAKALAH yang akan menimpa kita, kerana brake kereta itu tidak dapat berfungsi dengan betul ketika kereta itu sedang dipandu dengan laju.
Inilah akibatnya jika tidak benar-benar bersungguh-sungguh untuk Mendalaminya ILMU dan Memahaminya ILMU.
Dan itulah juga pentingnya Seorang Pomen Yang Berpengalaman (GURU MURSYID) untuk mendidik kita bagi menunjukkan kepada kita "ILMU JALAN YANG LURUS", agar kita tidak Tersalahnya ILMU ataupun Tersesat daripada LANDASAN ILMU !
Sebab itulah WAJIBNYA duduk BERGURU dengan penuh ADAB kepada GURU MURSYID YANG HAQQ (GURU AKHIRAT). Kerana Hakikatnya beliau telahpun BERPENGALAMAN SAMPAI kepada segalanya MATLAMAT ILMU dan KEPUTUSANNYA ILMU.
Jikalau tidak adanya GURU MURSYID, maka nescaya SYAITANLAH yang akan menjadi GURU kamu, dan sudah pastilah dia akan menyesatkan kamu daripada "JALAN YANG LURUS".
"Seseorang itu tidak akan menjadi ALIM BESAR jikalau dia tidak mempunyai GURU MURSYID..."
ILMU KETUHANAN ini sangat-sangatlah WAJIB mempunyai GURU MURSYID YANG HAQQ (GURU AKHIRAT),
Bagi beliau MENGE-"SAH"-KAN segala ILMU yang kita pelajari dan membawa kita MENCAPAINYA KEMUNCAK MATLAMAT ILMU serta KEPUTUSANNYA segala ILMU...
BERGURU DENGAN GURU MURSYID;
"Hendaklah engkau selalu bersama Allah, jika tidak mampu, maka berusahalah selalu bersama orang-orang yang dekat dengan Allah. Kerana sesungguhnya orang itulah yang akan MENYAMPAIKANMU kepada Allah..."
(HR. Abu Daud)
PERINGATAN !!!
Hanya kepada AHLINYA sahaja, ataupun kepada Umat Islam Akhir Zaman harini yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin mendalami dan memahaminya RAHASIA KETUHANAN, untuknya kembali BERSERAH DIRI kepada YANG MAHA ESA dan mencapainya NEGERI AKHIRAT yang Tenang dan Kekal Abadi...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan