DIAM ATAU BICARA*

 


DIAM ATAU BICARA*
"Lebih baik DIAM dan terlihat bodoh daripada banyak BERBICARA, malah bodohnya semakin kelihatan..."
Jagalah lisanmu dan Hatimu, DIAM itu adalah lebih SELAMAT daripada banyak BERBICARA.
Banyak BERBICARA akan mengeraskan Hatimu, kurang berwibawa, banyak kesalahan dan dusta akan berlaku.
"DIAM itu adalah EMAS, BERBICARA Baik itu pula adalah BERLIAN..."
Lebih Baik BERDIAM, kecuali BERBICARA yang Baik-Baik...
Lebih Baik BERDIAMKAN DIRI daripada BANYAKNYA BERBICARA dan MEMARAHI...



Ada bermacam-macam versi DIAM didalam bumi Allah SWT ini !
Tetapi menurut pendapat saya dengan secara peribadi, bahawa BERBICARA juga sangat-sangatlah diperlukan. Asalkan janganlah terlalu banyak BERBICARA.
Menjaga ADAB dan PERATURAN-NYA...
Kesemua umat manusia yang ada diatas bumi Allah SWT ini boleh BERBICARA.
Namun tidaklah kesemua umat manusia itu yang boleh melaksanakan segala apa yang DIBICARAKANNYA.
Sebaiknya, lihatlah situasi keadaan bilakah masanya yang harus BERBICARA ataupun bilakah masanya harus BERDIAM.
"Peka pada HAL KEADAAN sekeliling..."
Kerana hanya BERDIAM sahaja, itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah juga.
Nasihat Bijaksana daripada Umar ibn Khattab, beliau berkata;
“Pilihlah DIAM ketika kebanyakannya orang ingin BERBICARA dan BICARALAH ketika engkau sebenarnya sangat ingin memilih DIAM.”
"Orang yang takut Allah, sangat bagus Tutur Katanya."
(QS. 33 : 70)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;
"Siapa yang BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah dia Berkata Baik atau DIAM, siapa yang BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang BERIMAN kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."
(HR. Bukhari Muslim)
DIAM itu sangat-sangatlah baik, namun BERBICARA bukanlah pula sesuatu yang buruk.
Kedua-duanya itu perlu dipilih dengan Kejernihan Hati dan Fikiran, kerana,
Walaupun DIAM itu adalah Bermanfaat, namun Manfaatnya hanyalah pada diri kita sendiri sahaja. Sedangkan BERBICARA itu manfaatnya boleh dipetik oleh seluruh umat manusia.
Bukankah Para Rasul Allah SWT menyebarkan risalahnya juga melalui BERBICARA. Bukanlah hanya dengan BERDIAM semata-mata.
Tempat-tempat DIAM yang Terpuji adalah sangat-sangat sedikit, tetapi tempat dan ruangnya untuk BERBICARA yang Terpuji sangat-sangatlah banyak.
Lamanya BERDIAM itu boleh merosakkan kemampuan kita untuk memberikan sesuatu penjelasan.
Sedangkan BERBICARA dengan Para Ilmuwan dan Kaum Cendikiawan pula akan MEMANTAPKAN fikiran dan Ilmu.
Orang yang paling Bijaksana "ARIFBILLAH" itu adalah yang boleh membaca segala situasi "HAL KEADAAN", dan mengetahui bahawa sebagaimananya harus membawa Diri kedalam berbagai keadaan. Dan mengetahui bilakah saatnya dia harus BERBICARA ataupun BERDIAM.
Pilihan yang paling Bijaksana adalah untuk memperolehi "JALAN HIDUP" yang lebih bermanfaat.
BERBICARA ataupun BERDIAM yang sama-sama itu memerlukan kepada pemikiran yang sangat-sangat Bijaksana...
Sabda Nabi SAW;
"Barangsiapa yang Beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia BERKATA BAIK ataupun DIAM."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7 KELEBIHAN BERDIAM
Adakah orang yang selalu berdiam itu orang yang bermasalah atau orang yang tidak cerdik? Mari kita lihat kata-kata ilmuan berkenaan Kelebihan Berdiam
1 Berdiam diri adalah diantara Ibadah yang boleh dilaksanakan tanpa berusaha ataupun bekerja keras
2 Berdiam diri menjadi perhiasan diri walaupun seseorang itu tidak memakai sebarang alat perhiasan.
3. Berdiam diri merupakan kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Berdiam diri adalah benteng yang menjaga diri walaupun tanpa pagar.
5. Berdiam diri adalah sesuatu kekayaan walaupun tidak merendahkan orang lain.
6. Berdiam diri adalah satu kerehatan buat Malaikat pencatat amal.
7. Berdiam diri adalah penutup kepada sifat kebodohan dan aib diri.


[ Sumbr dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan