APA ITU RISALAH NUR ?*

 


APA ITU RISALAH NUR ?*
"RISALAH NUR" adalah Hujjah yang sungguh-sungguh LUAR BIASA dan Tafsir yang sangat-sangat berharga terhadap AL-QUR’AN AL-KARIM.
Ianya juga adalah merupakan sebuah kilauan yang memukau daripada KEMUKJIZATAN MAKNAWI AL-QUR’AN.
Setitis daripada Lautan AL-QUR’AN dan
Secercahnya CAHAYA daripada SIRNARAN AL-QUR’AN.
Sebuah HAKIKAT yang TERILHAMNYA daripada KHAZANAH ILMU HAKIKAT...
"RISALAH NUR" juga adalah merupakan terjemahan MAKNAWI yang bersumberkan daripada limpahan makna AL-QUR’AN.
"RISALAH NUR" bukanlah TAREKAT KESUFIAN, melainkan ianya adalah sebuah HAKIKAT.
DIA adalah CAHAYA AL-QUR’AN AL-KARIM...
Ianya tidak sama sekali bersumberkan daripada Ilmu-Ilmu daripada Timur dan pengetahuan daripada Barat.
Tetapi sesungguhnya, ianya adalah MUKJIZAT MAKNAWI daripada AL-QUR’AN AL-KARIM yang DIKHUSUSKAN untuk AKHIR ZAMAN ini.
Dapat disimpulkan bahawa "RISALAH NUR" adalah Penafsiran terhadap makna-makna AL-QUR’AN, yang membahaskan masalah-masalah mendasar didalam kehidupan Umat Islam.
"RISALAH NUR" dapat membangunkan KEYAKINAN dan KEIMANAN dengan menepis segala fahaman-fahaman yang keliru dan sikap-sikap yang lemah.
"RISALAH NUR" itu adalah membahaskan tentangnya makna-makna “TAUHID” dengan berbagai Hujjah, iaitu;
“HAKIKAT AKHIRAT”,
“KEBENARAN KENABIAN”
Dan “KEADILAN SYARIAH"...
Dan makna-makna lain yang menjadi tema utama AL-QUR’AN, disamping membahaskan tentang hal-hal yang berkaitan dengan DAKWAH, KECINTAAN kepada RASUL, KERINDUAN kepada AKHIRAT dan berbagai masalah tentangnya Umat Islam.
Oleh kerana itu;
“RISALAH NUR" telah memecahkan dan menjelaskan serta menyingkapkan lebih daripada RAHASIA KEAGAMAAN, SYARIAH dan AL-QUR’AN,
Dan telah membungkamkan orang-orang Atheis serta membuktikan dengan terang seterang-seterangnya HAKIKAT-HAKIKAT AL-QUR’AN yang dianggap jauh daripada sentuhan Akal, sepertinya peristiwa ISRA’ dan MI’RAJ dan KEBANGKITAN JASMANI juga ROHANI.
Ianya telah membuktikan kepada Para Filosof dan Atheis yang paling membangkang sekalipun, sehinggakan sebahagian diantaranya mereka itu telah MEYAKINI akan KEBENARAN ISLAM !
Oleh kerananya, RISALAH seperti ini mestilah memiliki hubungan dengan dunia dan sekitarnya. Sudah tentu ianya adalah HAKIKAT AL-QUR'AN yang akan menyibukkan masa sekarang dan akan datang serta mengambil sebahagian besar perhatiannya.
Ianya adalah 'PEDANG EMAS' yang sangat-sangat TAJAM didalam genggaman ORANG-ORANG YANG BERIMAN...
TERILHAMNYA Metode AL-QUR'AN untuk menjelaskan perbezaan diantara gaya "RISALAH NUR" dengan karya-karya lain didalam menjelaskan HAL MA'RIFATULLAH dan IMAN TAHQIQI (TERUJI).
MA'RIFATULLAH yang digali daripada Hujjah-Hujjah ILMU KALAM, Sejatinya bukanlah MA'RIFAT yang Sempurna.
Ianya tidak memberikan ketentraman Hati sama sekali. Sementara MA'RIFAT itu jikalau ianya digali daripada metode AL-QUR’AN yang penuh dengan Keajaibannya.
Maka ianya akan menjadi MA'RIFAT yang paling SEMPURNA, dan ianya akan mencurahkan ketenteraman didalam Jiwa-Jiwa yang Tenang.
InsyaAllah... Setiap bahagian daripada "RISALAH NUR" itu berfungsi sepertinya Pelita dijalan AL-QUR’AN yang sarat dengan CAHAYA.
Sebagaimana halnya MA'RIFAT yang lahir daripada ILMU KALAM akan ternampak kurang dan terbatas.
Maka MA'RIFAT yang lahir daripada Jalan TASAWWUF juga akan kurang dan terbatas jikalau dibandingkan dengan MA'RIFAT yang bersumberkan langsung daripada AL-QUR’AN dengan RAHASIA PEWARISAN KENABIAN.
Adapun metode AL-QUR’AN AL-HAKIM adalah, ianya akan mendapatkan Air dan Memancarkannya dimana sahaja dengan sangat-sangat mudah, kerana setiap Ayat daripada AL-QUR’AN itu dapat Memancarkan Air dimanapun ia dipukulkan.
"Laksananya "TONGKAT" Nabi Musa AS..."
Didalam setiap sesuatu itu terdapatnya TANDA-TANDA yang membuktikan bahawa DIA adalah ESA !
Kemudian, KEIMANAN itu tidak didapatkan melewati ILMU sahaja, kerana manusia memiliki LATAHIF (Indera Lahir mahupun Batin), yang kesemuanya itu memiliki bahagian didalam KEIMANAN.
Sebagaimana halnya makanan ketika memasuki perut, maka ia akan segera terbahagi dan tersalurnya ke berbagai uratnya. Sesuai keperluan setiap anggota badannya.
Demikian pula ketika masalah-masalah KEIMANAN yang diperolehi daripada ILMU yang memasuki ‘Akal dan Pemahaman’. Maka setiap LATHIFAH sepertinya;
ROH, HATI, SIRR', JIWA dan semisalnya juga turut akan mengambil bahagiannya dan segera menyerapnya sesuai tingkat keperluannya.
Oleh itu, jikalau sebuah LATHIFAH kekurangan dan kehabisan 'ZATNYA'.
Maka MA'RIFAT itu akan menjadi kurang dan tidak Sempurna. Dan senantiasa pula LATHIFAH tersebut akan terus merasakan kekurangan...


[ SumberdariSyeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan