DALIL-DALIL BILANGAN RAKAAT SOLAT SUNAT TARAWIH 8/10/20

 


DALIL-DALIL BILANGAN RAKAAT SOLAT SUNAT TARAWIH 8/10/20
1. Dalil 8 Rakaat
فلقول: جابر: صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فى شهر رمضان ليلة ثمانى ركعات وأوتر. فلما كانت القابلة اجتمعنا فى المسجد ورجونا أن يخرج إلينا، فلم نزل فيه حتى أصبحنا. ثم دخلنا فقلنا: يا رسول الله اجتمعنا فى المسجد ورجونا أن تصلى بنا. فقال: إني كرهت أو خشيت أن يكتب عليكم وتر.
Yang bermaksud, (Berdasarkan kata-kata) Jabir: Rasulullah S.A.W bersolat (sunat Tarawih) pada setiap malam bulan Ramadhan sebanyak lapan rakaat dan Baginda mengerjakan solat sunat witir. Maka pada malam berikutnya kami berkumpul di masjid dan kami menanti kedatangan Rasulullah tetapi Baginda tidak hadir ke masjid. Maka kami telah pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, kami telah berkumpul di masjid (semalam) dan kami menanti kamu untuk solat bersama-sama. Baginda menjawab: Sesungguhnya aku bimbang dan aku takut diwajibkan kepada kamu solat witir.
2. Dalil 10 Rakaat (1)
فروى أبو داود عن الأسود بن يزيد أنه دخل على عائشة رضي الله عنها، فسـألها عن صلاة رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم بالليل فقالت: كان يصلى ثلاث عشرة ركعة من الليل، ثم صلى إحدى عشر ركعة وترك ركعتين، ثم قبـض حين قبـض وهو يصلى تسع ركعات.
Yang bermaksud, Riwayat Abu Daud, daripada al-Aswad bin Yazid, beliau bertemu Aishah r.a dan bertanya tentang solat Baginda pada waktu malam. Aishah menjawab: Baginda solat sebanyak 13 rakaat pada waktu malam, adakala Baginda bersolat 11 rakaat kurang 2 rakaat...
وروى مالك عن عائشة، قالت: كان النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم، يصلى بالليل ثلاث عشرة ركعة.
Yang bermaksud, Diriwayatkan oleh Imam Malik, daripada Aishah r.a berkata: Nabi S.A.W melakukan solat sunat pada malam hari sebanyak 13 rakaat.
وقال: بعضهم: عدد ركعات الترويح عشر غير وتر (لقول) السائب بن يزيد: كنـا نصلى فى زمان عمر بن الخطاب فى رمضان ثلاث عشر ركعة، ولكن ما كنـا نخرج إلا فى وجاه الصبح، كان القارئ يقرأ فى كل ركعة بخمسين آية، ستـين آية. أخرجه محمد بن نصر ومحمد بن اسحاق وقال: وما سمعت فى ذلك حديـثا هو أثبت عندي ولا أحرى بأن يكون من حديث السائب. وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كانت له من الليل ثلاث عشر ركعة.
Yang bermaksud, Sebahagian daripada ulama’ berpendapat: Bilangan rakaat solat tarawih itu ialah 10 rakaat tidak termasuk solat witir, berdasarkan kata-kata al-Saib bin Yazid: “Pada zaman Umar bin al-Khattab, dalam bulan Ramadhan, kami mendirikan solat sebanyak 13 rakaat. Tetapi demi Allah, kami selesai menunaikannya ketika hampir masuk waktu subuh. Mereka yang mengimamkan solat tersebut membaca sebanyak 50 ayat atau 60 ayat pada setiap rakaat”.
Muhammad bin Nasr dan Muhammad bin Ishaq telah mentakhrijkan riwayat tersebut dengan berkata: Saya tidak pernah mendengar mana-mana hadith yang lebih thabit dan sangat teliti dalam membicarakan masalah itu selain daripada hadith yang diriwayatkan oleh al-Saib. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w telah bersolat pada malam bulan Ramadhan sebanyak 13 rakaat.
(2) Umar ra memerintahkan melakukan solat (tarawih ) 11 rakaat (3)
Adapun Umar ra memerintahkan melakukan solat (tarawih ) 11 rakaat sepertimana riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’ (1/137) (no 2487) daripada Muhammad bin Yusuf daripada al-Saib bin Yazid, beliau berkata:
أمر عمر بن الخطاب أبي بن كعب وتميما الداري أن يقوما للناس بإحدى عشر ركعة، وقال: وقد كان القارئ يقرأن بالمئين، حتى كنا نتعمد على العصى من طول القيام، وما كنا ننصرف إلا فى بزوغ الفجر.
Yang bermaksud, Umar bin al-Khattab memerintahkan Ubai bin Kaab dan Tamim al-Dariy mendirikan solat tarawih bagi jemaah 11 rakaat. Mereka membaca ayat al-Quran sebanyak 200 ayat sehinggakan kami terpaksa bertopang pada tiang oleh kerana terlalu panjang bacaannya dan kami tidak berganjak sehinggalah masuknya waktu fajar.
Pendapatku: Inilah sanad yang sangat-sangat sahih. Sesungguhnya Muhammad bin Yusuf guru Imam Malik yang disepakati thiqahnya dan pernah berhujah dengannya Imam al-Bukhari dan Muslim. Manakala al-Saib bin Yazid seorang sahabat nabi, pernah menunaikan haji bersama Baginda semasa beliau masih kecil. Melalui jalan Imam Malik inilah dikeluarkan juga oleh Abu Bakar al-Naisaburiy dalam kitabnya “al-Fawaid” (1/135) dan al-Fairabiy (1/76-2/75) dan al-Baihaqi dalam “Sunan al-Kubra” (496/1).
Antara yang mengikut Imam Malik melakukan solat (tarawih ) 11 rakaat ialah Yahya bin Said al-Qatan di sisi Ibn Syaibah dalam “al-Musannif” (2/89/2), Ismail bin Umayyah, Usamah bin Zaid, Muhammad bin Ishaq al-Naisaburiy, Ismail bin Ja’far al-Madaniy di sisi Ibn Khuzaimah pada hadith Ali bin Hajar (1/186/4) mereka semua berkata: Daripada Muhammad bin Yusuf dengannya (melakukan solat (tarawih ) 11 rakaat), kecuali Ibn Ishaq, beliau berkata: Dengan 13 rakaat sepertimana riwayat Ibn Nasr dalam kitab ”Qiyam al-Lail” (91):
قال ابن اسحاق: وما سمعت فى ذلك حديـثا هو أثبت عندي ولا أحرى بأن يكون من حديث السائب. وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كانت له من الليل ثلاث عشر ركعة.
Yang bermaksud, berkata Ibn Ishaq: Saya tidak pernah mendengar mana-mana hadith yang lebih thabit dan sangat teliti dalam membicarakan masalah itu selain daripada hadith yang diriwayatkan oleh al-Saib. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w telah bersolat pada malam bulan Ramadhan sebanyak 13 rakaat. Ini sepertimana dalam riwayat yang lain daripada hadith Aishah ra tentang qiyam Rasulullah saw dalam bulan Ramadhan.
Kemudian disebutkan Kaifiyyat solat malam Nabi SAW dan witir:
... 3) Baginda SAW solat 11 rakaat di mana membari salam setiap dua rakaat. Kemudian melakukan solat witir satu rakaat sebagaimana hadith daripada Aishah ra . (4)
3. Dalil 20 Rakaat
فى حديث ابن عباس: أنه صلى الله عليه وعلى آله وسلم صلى فى رمضان بعشرين ركعة، الذي رواه إبراهيم أبو شيبه.
Yang bermaksud, Hadith Ibn Abbas: Sesungguhnya Nabi S.A.W bersolat pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibrahim Abu Syaibah.
أما أنها عشرون ركعة (فلقول) السائب بن يزيد: كانوا يقومون على عهد عمر فى شهر رمضان بعشرين ركعة، وقال: وكانوا يقرءون بالمئين من القرآن، وكانوا يتوكئون على عصيتهم فى عهد عثمان من شدة القيام.
Yang bermaksud, Ada pun solat tarawih itu 20 rakaat berdasarkan kata-kata al-Saib bin Yazid: Mereka mendirikan (solat sunat tarawih) pada bulan Ramadhan ketika zaman Umar r.a sebanyak 20 rakaat. (5)
أخرجه البيهقي (ولقول) يزيد بن رومان: كان الناس يقومون فى زمن عمر بن الخطاب بثلاث عشرين ركعة.
Yang bermaksud, Dikeluarkan oleh al-Baihaqi, dan berkata Yazid bin Ruman: Orang ramai mendirikan (solat sunat tarawih) pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat.
Kesimpulan (6)
هذا: مجمل ما قيل فى عدد الترويح. والعمل بما كان فى زمن النبي صلى الله عليه وسلم وأبي بكر وأول خلافة عمر، أولى وأفضل. فتصلى ثمان ركعات أو عشرا غير الوتر. ويليه فى الفضل صلاتها عشرين عملا بما كان فى آخر عمر وعثمان و علي، فإن قيام الليل مرغب فيه ولم يرد فيه تحديد من الشارع.
Yang bermaksud, begitulah secara umumnya pendapat tentang bilangan rakaat solat sunat tarawih. Adapun beramal dengan sepertimana dilakukan oleh Nabi SAW, Abu Bakar ra dan di awal pemerintahan Umar ra adalah aula dan afdhal iaitu dengan bersolat lapan rakaat atau sepuluh rakaat tanpa (solat) witir. Kemudian seterusnya dari segi kelebihan, melakukannya dua puluh rakaat sebagaimana amalan pada akhir pemerintahan Umar ra, Uthman ra dan Ali kw. Sesungguhnya qiamullail itu digalakkan tanpa disebut had bilangannya oleh syarak.



RUJUKAN
(1)Tuhfah al-Akhyar bi Ahya’ Sunnah Sayyid al-Abrar, Imam Abi al-Hasanat Muhammad Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindiyy, Maktabah al-Matbu‘ah al-Islamiyyah bi Halab, Bab Taufiq al-Muallaf Bayna al-Riwayat fi Adada Rakaat al-Tarawih Annaha ‘Isyrun Au Thalatha ‘Asyrah Au Ihda ‘Asyrah Au Thaman Rakaat, hlmn 129-130.
(2)Al-Din al-Khalis, Mahmud Muhammad Khattab al-Subki, Bab ‘Adada Rakaat al-Tarawih, 1990, Jld 5, hlmn 159.
(3)Solah al-Tarawih, Muhammad Nasiruddin al-Bani, Maktabah al-Maarif lil Nasyr wa al-Tauzi’, 2000 hlmn 53.
(4)Solah al-Tarawih, Muhammad Nasiruddin al-Bani, Maktabah al-Maarif lil Nasyr wa al-Tauzi’, 2000 hlmn 103.
(5)Al-Din al-Khalis, Mahmud Muhammad Khattab al-Subki, Bab ‘Adada Rakaat al-Tarawih, 1990, Jld 5, hlmn 159.
(6)Al-Din al-Khalis, Mahmud Muhammad Khattab al-Subki, Bab ‘Adada Rakaat al-Tarawih, 1990, Jld 5, hlmn 160.
Disusun oleh
SYAIFUL NIZAM BIN MD JAN
Penolong Mufti / Bahagian Tarekat Tasauwuf
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan