BERSULUHKAN NUR ILLAHI*
Allah SWT hanya boleh DIKENAL jikalau DIA sendiri yang mahu DIKENALI !
Jikalau DIA mahu MEMPERKENALKAN DIRI-NYA kepada seseorang INSAN,
Maka HATI orang tersebut akan dipersiapkan dengan mengkurniakannya WARID.
HATI seorang INSAN tersebut akan DITERANGI dengan NUR-NYA.
Tidak mungkin seseorang itu boleh mencapai Allah SWT tanpanya dorongan yang kuat daripada NUR-NYA, kerana NUR-NYA adalah kenderaan bagi HATI untuk sampai ke Hadirat-Nya.
HATI adalah umpamanya BADAN.
Manakala ROH adalah NYAWA.
ROH itu berkaitan dengan Allah SWT dan kaitan itu dinamakannya AS-SIRR' (RAHASIA).
ROH menjadi NYAWA kepada HATI, SIRR' menjadi NYAWA kepada ROH.
Kerana;
HAKIKAT HATI adalah ROH, HAKIKAT ROH adalah SIRR',
SIRR' ataupun RAHASIA yang sampai kepada Allah SWT.
Maka SIRR' lah yang masuk ke Hadirat-Nya dan SIRR' lah yang MENGENAL Allah SWT.
SIRR' adalah HAKIKAT daripada sekalian yang MAUJUD.
NUR ILAHI menerangi HATI, ROH dan SIRR'...
NUR ILAHI akan membuka bidang HAKIKAT-HAKIKAT, sedangkan Amal dan Ilmu tidak mampu untuk menyingkapi RAHASIA HAKIKAT-HAKIKAT.
Maka NUR ILAHI yang berperanan menyingkapi TABIR HAKIKAT itu...
Seseorang yang mengambil HAKIKAT daripada kitab-kitab ataupun dari ucapan-ucapan orang lain, itu bukanlah HAKIKAT sebenar-benarnya yang ditemui. Tetapi hanyalah lebih kepada sangkaan, dugaan ataupun khayalannya semata-mata.
Jika mahu mencapainya HAKIKAT, maka perlulah Mengamalkannya WIRID sebagai Pembersih Hati, lalu kemudiannya Bersabar menanti sambil terusan juga BERWIRID.
Sekiranya Allah SWT Kehendaki WARID, maka akan Didatangkan-NYA kepada HATI yang 'ASYIK' dengan WIRID tersebut.
Maka itulah Kejayaan besar yang boleh dicapai oleh seseorang INSAN semasa hidupnya di dunia ini.
Alam ini pada HAKIKATNYA adalah Gelap, Alam menjadi Terang kerana adanya KENYATAAN ALLAH SWT...
Andaikan Syeh Haqtullah berdiri diatas puncak sebuah bukit pada waktu malam yang Gelap Gelita, maka apa yang terlihat hanyalah Kegelapan.
Manakala ketika siang pun tiba, Matahari akan Memancarkan Sinarnya. Maka akan terlihatlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang menghuni bukit itu.
Kewujudan diatas bukit itu menjadi Nyata kerana telah Diterangi oleh Cahaya Matahari, dan Cahaya Menzahirkan Kewujudan dan Gelap pula yang membungkusnya.
Jikalau Kegelapan hanyalah sedikit, maka Kewujudan akan kelihatan samar. Sekiranya Kegelapan itu tebal, maka Kewujudan tidak akan lagi kelihatan.
Hanya CAHAYA yang dapat Menzahirkan Kewujudan, kerana CAHAYA dapat menghalau segala Kegelapan...
Jikalau Cahaya Matahari dapat menghalau segala Kegelapan yang menutupi benda-benda Alam
yang Nyata, maka CAHAYA NUR ILAHI pula dapat menghalau segala Kegelapan yang menutupi HAKIKAT-HAKIKAT yang GHAIB.
Mata dikepala kita hanyalah dapat melihat benda-benda alam, sedangkan MATA HATI pula akan dapat melihat segala-galanya pada HAKIKATNYA.
Banyaknya benda alam yang dapat di lihat oleh mata itu adalah kerana banyaknya Cerminan yang membalikkan Cahaya Matahari.
Sedangkan Cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya daripada Matahari yang satu jua.
Begitulah juga halnya pandangan MATA HATI...
MATA HATI kita dapat melihat banyaknya HAKIKAT kerana banyaknya CERMINAN HAKIKAT yang membalikkan CAHAYA NUR ILAHI.
Sedangkan NUR ILAHI datangnya daripada NUR yang SATU. Yang bersumber daripada DZAT YANG MAHA ESA...
Kegelapan yang menutupi MATA HATI akan menyebabkan HATI terpisah daripada KEBENARAN !
HATILAH yang tertutup, sedangkan KEBENARAN TIDAK PERNAH TERTUTUP SAMA SEKALI...
Dalil ataupun bukti yang dicari-cari bukanlah untuk MENYATAKAN KEBENARAN, tetapi untuk mengeluarkan HATI daripada Lembah Kegelapan kearah CAHAYA yang TERANG BENDERANG untuk melihatnya KEBENARAN yang memang selalu tersedia ADA.
Bukanlah untuk mencari-cari KEBENARAN yang baharu, tetapi CAHAYA-NYALAH yang MENERANGI dan MEMBUKA PENUTUP HATI.
NUR ILAHI adalah CAHAYA yang MENERANGI HATI dan mengeluarkannya daripada Kegelapan serta membawanya MENYAKSIKAN sesuatu didalam keadaannya yang ASAL.
Apabila NUR ILAHI sudahpun membuka PENUTUP HATI dan CAHAYA TERANG telah BERSINAR.
Maka MATA HATI akan dapat memandang KEBENARAN dan KEASLIANNYA yang selama ini disembunyikan oleh Alam Nyata.
Bertambah TERANGLAH CAHAYA NUR ILAHI yang diterima oleh HATI,
Maka bertambah jelaslah KEBENARAN yang dapat dilihatnya serta Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan MATA HATI yang "BERSULUHKAN NUR ILAHI".
Yang dinamakannya ILMU LADUNI ataupun ILMU yang diterima daripada Allah SWT secara langsung...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan